Jin | Drunk confession

364 16 9
                                    

OC: Lee Sojin

Aku meneguk air kopi untuk menghilangkan mengantuk. Aku merenung balik karangan Bahasa Inggeris di atas meja belajar. Sepanjang minggu ini, kerja kursus yang diberi semakin bertimbun-timbun umpama gunung everest.

Aku mengeluh untuk ke-100 kalinya dan automatik tangan aku mencapai air kopi supaya kepala aku tidak tumbang. Tiba-tiba, telefon bimbit aku bergetar bermakna ia sedang menerima gelombang. Aku melihat skrin telefon, terpapar nama 'Seokjinnie'. Dahi aku berkerut, kenapa dia telefon aku pada lewat malam?

"Hello? Kenapa kau--" "Jagiya..." Mata aku terbuntang luas mendengar perkataan pertama yang keluar dari mulut dia. Aku melihat balik nama contact pada skrin telefon untuk memastikan aku tidak gila.

"Jagiya..." "Hello? Sojin?" Suara orang lain kedengaran pula dari belah sana. "Oh! Taehyung....kenapa kau eh tak maksud aku kenapa dengan Seokjin tu?" Taehyung menggelakkan aku manakala pipi aku sedang membahang menjadi merah.

"Dia mabuk teruk ni. Boleh tak kau ambil dia?" "Boleh...Tempat biasa dia pergi?" Aku mula bangun dan bergegas mengambil kunci kereta. "Yup, jumpa di sana nanti. Terima kasih!" Dia membalas sebelum menamatkan panggilan.

Aku memandu ke tempat tersebut dengan halaju yang tinggi. Aku tidak sangka aku akan memandu pada waktu begini. Aku akan pastikan Seokjin akan makan penumbuk aku sebab dah menyusahkan orang lain.

Aku tiba di tempat tersebut. Aku memasuki ke dalam bar dan berharap tiada bala menimpa aku. Aku terjerit kecil apabila ada manusia menarik tangan aku secara mengejut. Aku memusingkan kepala dan mendapati orang tersebut ialah Taehyung. Dia membawa aku tempat rakan-rakannya berada. Aku melihat Jin yang sudah pun terbaring atas tempat duduk.

"Aku tolong kau angkat dia ke kereta." Taehyung menjadi sukarelawan. Aku dan Taehyung berusaha untuk mengangkat badan Jin yang sememangnya bukan ringan seperti bulu ayam. "Terima kasih." Aku senyum kepada Taehyung. "Sama-sama, noona. Jumpa lagi!" Dia melambaikan tangannya sebelum aku memasuki ke dalam kereta.

Aku memapah Jin ke dalam bilik tetamu di rumah aku. "Awak tahu tak Sojin...Awak comel." Jin mula merapu apabila kami tiba di tangga. "Dan kelakar..." "Saya tahu, saya sepatutnya jadi pelawak." Aku memuji diri sambil mengflip rambut. "Dan bijak..." "Oh jadi saya sepatutnya jadi seorang pensyarah?" "Dan sangat...sempurna."

Aku hanya senyum mendengar percakapannya. "Lawaklah awak ni, Jin." Aku meletak Jin di atas katil. "Jagiya...Saya cintakan awak." Mata aku berkelip-kelip memandang dia, terkejut. Aku menyentuh dahinya untuk memeriksa suhu tetapi tangannya laju menepis tangan aku. "Kenapa awak sentuh saya? Hanya Sojin sahaja yang boleh tau."

"Saya berharap saya boleh beritahu dia yang saya cintakan dia." Aku tercekik air liur mendengar luahan perasaannya. "Cukuplah Jin. Pergi tidur." Aku mengusap kepalanya. Aku ingin beredar tetapi Jin menarik aku dengan kuat dan kini aku berada dalam pelukannya. "Aku cintakan kau." Dia bisik dengan perlahan sebelum tertidur di atas katil balik.

Keesokan paginya, aku sedang menyediakan sarapan di dapur. Aku terdengar jeritan Jin yang seperti perempuan dari bilik tetamu. Aku bergegas berlari untuk melihat keadaannya. "Kenapa aku dekat sini? Apa yang aku cakap kepada dia malam tadi? Adakah aku ada tercakap yang--" "Awak cintakan saya?" Aku bersandar pada pintu, muka Jin kelihatan terkejut.

Aku ketawa kecil, "Awak nak tahu tak, awak memang lawak malam tadi." "Tetapi Sojin, bukan itu yang saya risaukan." Muka dia merah menahan malu. "Awak dah tau perkara sebenar, itu yang saya risaukan."

"Saya rasa awak tak perlu risau sebab saya pun ada perasaan yang sama." "Tetapi aku sepatutnya buat dengan lebih romatik. Jap, betul ke?" Aku mengangguk. "Betul ni? Yes!" Dia mengangkat aku lalu memusingkan aku 360°.

"Jom makan sarapan. Perut saya lapar dah." Jin menggosok perutnya. "Awak tak rasa pening ke? Makanlah ubat dulu." "Mungkin pening saya dah hilang sebab awak dah terima cinta saya." Dia membuat pickupline lalu menghasilkan ketawa lap tingkap manakala aku hanya membuat muka judge.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 07, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BTS Imagines ( malay )Where stories live. Discover now