Part 2

3.7K 149 19
                                    

Seperti biasa keadaan banglo pasangan itu riuh setiap pagi. Tambahan lagi Christian sudah kembali bekerja dari rumah. Bertambah riuh la rumah itu.

“Mommy,later mommy pun mesti buat ofis di rumah juga..boleh?” Ayden mengunyah nasi goreng. Berly tersenyum. Dia membelai lembut rambut Ayden.

“Boleh Ayden Honey. Tapi mommy perlu masa dulu ok. Nanti tunggu daddy sudah panggil orang buat ofis besar di luar tu baru mommy pindah ok?” Berly.

“Yeah! Ok mommy! Daddy cepatlah panggil orang kasih siap tu ofis baru mommy sama daddy..” Ayden beralih pada Christian pula.

“Al right Ayden. Hari ni juga daddy sudah suruh uncle Boy urus ok?” Christian.

“Yeah! Ayden love mommy and daddy so much!” Ayden bersorak.

Christian pandang Berly dengan renungan dia yang tenang. Wajah isterinya dipandang penuh rasa cinta.

Baby..thank you so much..thank you sebab bagi saya peluang untuk rasa kebahagiaan ini. Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya dan buatkan hidup saya lebih bermakna. Terima kasih dengan cinta yang tidak perna kurang selama ini..terima kasih kerana bertarung nyawa untuk zuriat saya.. Christian berbisik didalam hati. Melihat senyuman di wajah Berly dan Ayden cukup buat dia rasa bahagia. 

“Dear? Why?” Berly menyentuh tangan Christian. Lamunan lelaki itu terus hilang.

“Nothing baby.. I just cant believe what I have today and now..thanks to you my wife..” Christian menggenggam tangan isterinya.

“Dear,saya yang patut terima kasih sebab kebahagiaan yang saya rasa sekarang ni. Mempunyai keluarga yang lengkap dan bahagia. I have you and our prince,Ayden..” Berly memberikan senyuman.

Ayden diam dan hanya menghabiskan sarapan paginya. Sesekali Berly dan Christian akan melayan kerenah anak lelaki kecil itu.

“Good morning madam..Good morning master.. Hi little Prince!” Maria tiba-tiba muncul.

Berly terkejut melihat wanita itu tiba-tiba berdiri di hadapan mereka. Berly segera melihat jam di tangannya kemudian pandangannya beralih kearah Maria yang berdiri dengan senyuman. Wajah Christian berubah 360 darjah. Senyumannya bertukar dengan wajah bengis.

“Awalnya?! Sekarang baru jam7.45 pagi. Kelas bahasa inggeris Ayden jam10 pagi kan?” Berly.

“Opps! Ya madam. Tapi saya datang awal supaya Ayden tidak bosan. Lagipun Ayden sangat sukakan kelas bahasa inggeris. Right Ayden?” Maria mengenyit mata pada Ayden.

“Yeah! I like it!” Ayden. Wajah Berly berubah. Dia melihat tajam kearah Maria. Berly pantas bangun.

“Maria,come with me.” Katanya tegas.

“Oh! Ok madam..” Maria sempat melambai tangan dengan Ayden dan curi pandang kearah Christian yang langsung tidak memandang dia. Wajah Christian jelas tidak menyukainya.

Maria berjalan mengekori Berly menuju kearah ruang tamu. Berly sedaya upaya cuba bersabar dan menahan rasa geram. Dia melihat kearah Maria.

“Maria,rumah ini ada peraturan. Saya membayar kamu sebagai guru peribadi anak saya. Ini bukan seperti sekolah biasa.  Setiap peraturan di rumah ini saya yang tentukan terutama sekali hal berkaitan anak saya Aiden.  Saya yang akan sediakan jadual dan kamu harus patuh dengan jadual saya.” Berly bersuara tegas.

“Tapi Madam,rasanya tidak salah saya datang awal. Ini juga untuk kebaikan Ayden kan..” Maria masih berdalih.

Semakin tajam renungan Berly. Keningnya sudah naik sebelah melihat Maria yang masih buat muka bodoh.

RED BUTTERFLY SEASON IIIWhere stories live. Discover now