Part 7

3.2K 157 8
                                    

April mengangkat barang-barang yang baru sahaja dia beli bersama Top tadi. Top masih dikereta sedang mengeluarkan barang-barang lain.  Penuh tangan si April sampaikan dia tidak nampak jalan. Dia jalan perlahan-lahan masuk ke dalam banglo besar itu.  Hampir sahaja dia terjatuh nasib baik seseorang menyambut dia.

“Tq..” April meletakkan barang-barangnya di tepi. Dia berpaling melihat orang yang membantunya. Dia terpaku.

“Zakry!” April terkejut melihat Zakry.

“Hi April..” Zakry menegur mesra. Seolah-olah antara mereka tidak perna ada apa-apa yang terjadi. April maish terpaku terkejut.

“What a you doing here?” April.

“Oh! Saya cikgu baru Ayden..” Zakry senyum lagi.

“Cik..cikgu baru Ayden?!” April

“Ya. Baru start hari ni..” Zakry.

“Berly tak cakap pun dengan saya yang kau...” April.

“Hrmm...dia lupa lah kali tu. Apa khabar kau sekarang ni? Sudah kawin?” Zakry.

“Hrmm..kawin belum. Tapi sudah tunang..” April. Zakry terdiam. Senyumannya sedikit hambar.

“Oh..i see..” Zakry.

Top tiba-tiba muncul dengan barang-barang yang penuh di tangannya. Nampak sahaja April dan Zakry bebual seperti sudah kenal lama terus panas sudah si Top.

“Ehemm!” Top.

April beralih pandangan melihat Top yang berdiri dihadapan pintu. Cepat-cepat April ambil barang dari tangan si Top.

“Er..Zakry,ini tunang saya. Top..” April.

“Hby,ni Zakry kawan sekolah saya dulu..” April.

Top tersenyum. Cuba buat-buat cool di depan Zakry. Sebelum ini abangnya sudah mention pasal Zakry. Tapi dia tidak tahu Zakry kenal dengan April.

“Saya Zakry..” Zakry hulur tangan.

“Top. Uncle Ayden and this is my fiancee..” Top sambut tangan Zakry dan menarik April dalam pelukannya.

Sekali lagi Zakry terkejut. Berly kawin sama Christian. Dan kini April pula dengan adik gangster NAGA. Kegilaan apakah ini? Kenapa ni dua wanita suka sama jenis lelaki yang macam ni? Apa sudah jadi sama otak dorang dua..? Zakry mengeluh dalam hati.

Langsung dia tidak menjangkakan Berly dan April akan bersama dengan lelaki ketegori ganas mafia.  Maish ramai lagi lelaki budiman di luar sana!

April memeluk pinggang Top dan kepalanya di dada Top. Dia tersenyum gembira. Top tersengih sementara Zakry terpanah dengan pemandangan itu.  Tiba-tiab dia merasa pedih dan sakit di hatinya.

“Wow! So bila wedding?” Zakry.

“Soon..kami sekarang sibuk urus persiapan juga ni. Dont worry Mr Zakry,kami mesti akan jemput kau..” Top.

Zakry senyum dan angguk. Matanya masih merenung April yang nampak bahagia di sisi tunangnya,Top. Masih ada rasa sedikit kesal dan rindu dengan wanita itu.

“Oklah..masa kerja saya sudah habis, saya balik dulu..” Zakry shakehand lagi sama si Top dan April sebelum cepat-cepat berlalu pergi.

Zakry cepat masuk dalam keretanya. Sempat dia menjeling kepin tu banglo itu. Kenapa dia harus terjumpa lagi dengan si April?selepas beberapa tahun tidak berjumpa. Dia fikirkan April berada di luar negara. Rupanya wanita itu masih ada di sini.

Sepanjang perjalanan dia asyik memikirkan April. Kau masih cantik seperti dulu..senyuman dan keayuan kau masih boleh buat jantung aku berdegup kencang.  April.. kenapa jodoh kita tiada?kenapa kau perlu muncul balik sekarang? Arrgh!

RED BUTTERFLY SEASON IIIWhere stories live. Discover now