Part 8

2.7K 131 3
                                    

Top merenung keluar jendela. Wajahnya yang suram jelas menggambarkan kesedihan hatinya. Dia memandang toxedo putih miliknya yang kemas tergantung. Seminggu lagi adalah hari perkahwinan dia dan April. Dia sekali lagi terpaksa menunda perkahwinan mereka yang ke 3x. Dia kesal dan sangat kecewa dengan keputusannya.

Dia tidak mampu meneruskan detik bahagia itu sementara abang dan anak buah kesayangannya masih bersedih kerana Berly. Kakak iparnya masih dalam keadaan koma. Bagaimana dia boleh bergembira dalam keadaan ahli keluarganya seperti itu.

Pintu biliknya dibuka. Christian berjalan masuk dengan tenang sambil dua tangan di dalam poket seluarnya.

“Top..kenapa kau kasih tunda wedding kau lagi? Kau tidak fikir apa perasaan April kah?” Christian.

Top hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu bergaduh dengan abangnya . Dia tahu Christian dalam keadaan yang sangat sedih sekarang dan emosi Christian tidak menentu. Tiada gunanya mereka bertekak sekarang.

Christian menghelah nafas panjang. Dia duduk di kaki katil Top sambil bongkokkan badannya. Dia sebenarnya tahu mengapa Top menundakan majlis tersebut dan dia tidak mahu Top mengorbankan kebahagiaannya demi mereka.

“Top,kau jangan risau pasal kami. Abang dan Ayden tetap bersama kau..” Christian.

“Tapi kakak ipar?” Top.

“Top,abang yakin Berly mahu kan yang terbaik untuk kau sama April. Teruskan sajalah majlis kau. Jangan buat April macam tu..” Christian.

“Macam mana saya mau happy mau buat tu wedding kalau ahli keluarga saya tidak lengkap? Kakak ipar kan ahli keluarga kita. Mommy Ayden,wife abang..macam mana abang boleh suruh saya teruskan saja?” Top.

“Top,Berly akan kecewa kalau dia tahu kau buat macam ni. Dia yang akan rasa bersalah nanti. Kau tidak fikirkah apa parents si April akan cakap kalau kau buat macam ni?” Christian.

“April akan faham..” Top.

“Ya. Dia akan faham. Macam amna dengan family dia? Dorang akan faham kah juga? Rasanya dorang akan salahkan Berly kalau kau buat macam ni!” Christian.

Top tunduk. Dia mengiyakan kata-kata abangnya didalam hati. April sudah lama menunggu saat ini. Adilkah tindakan dia untuk April?satu-satunya wanita yang dia sangat cintai dengan sepenuh hatinya..

“Baiklah..saya akan teruskan. Tapi saya tidak mahu majlis besar-besaran. Saya hanya mahukan majlis tertutup sahaja. Saya mahu menghormati keadaan kakak ipar saya..” Top.

Christian tersenyum. Dia berdiri dan berjalan menuju kearah Top. Dia memeluk adiknya itu.

“Baiklah. Ikut suka kau sajalah macam mana kau mau buat tu majlis. Asalkan berjalan dengan lancar..” Christian. Top angguk. Dia membalas pelukan Christian.

“Saya mau bawa Ayden keluar sekejap. Kalau kau keluar,jangan lupa pesan sama Marta untuk tengok si Berly..” Christian.

“Ok..” Top.

Christian kemudian keluar. Ayden sudah menunggunya dibawah. Setiap kali Berly yang selalu membawa Ayden keluar membeli barang. Tapi sejak Berly didalam keadaan koma,Christian yang membawa Ayden. Dia tidak mahu Ayden bersedih sehingga sakit memikirkan keadaan Berly.

Top tersenyum. Dia ambil hp dan dail nombor April.

“Hello Hby...” April.

“Sayang..where a you?” Top.

“Klinik. Why?” April.

“About our wedding...” Top.

“I know. Hby saya faham tu. Kalau hby mau kasih tunda,its ok..saya pun tidak senang hati mau buat wedding saya kalau Berly masih dalam keadaan macam tu..” April.

RED BUTTERFLY SEASON IIIWhere stories live. Discover now