Part 16 (final)

4.8K 242 55
                                    

“No! I will never leave my husband here!” Berly.

“Bahaya Berly!” Top.

“Top you just go after them! Saya tidak akan tinggalkan Christian!” Berly.

“Berly,listen..Becka need you..” Danny.

Christian memandang Berly. Dia harus akui keadaan di sini sangat bahaya. Dia tidak mahu Berly didalam bahaya. Dia dan Danny akan cuba keluar dari tempat ini selepas 'selesaikan' Steve.

Steve senyum. Matanya memandang Christian dan Danny. Dua Naga itu sudah ada didepannya. Inilah saat yang dia nantikan. Dia akan membunuh kedua-duanya.

Christian memeluk Berly.

“Baby..please go..and wait for me ok?” Christian.

Berly melihat tepat ke anak mata Christian. Hatinya sedih. Dia tidak sampai hati meninggalkan suaminya ketika itu. Tetapi dia juga harus akui keadaan sangat bahaya ketika ini.  Dan Becka perlukan dia sekarang.

“Dear..promise me..please come back..” Berly.

Christian angguk.

“Now go..” Christian.

Top terus menarik Berly keluar dari kawasan itu.  Steve masih merenung mereka.  Dia kemudian memberi arahan kepada pengikutnya yang lain untuk mengepung Christian dan Danny.

Christian tersenyum. Tiba-tiba pengikut Steve tumbang satu persatu dan hanya tinggal Steve sahaja. Steve memandang hairan. Wajahnya jelas kerisauan!

“Ba..ba..bagaimana?!” Steve.

Christian ketawa lagi. Danny tersenyum.

“Steve,aku boleh bunuh kau kalau aku mau! Tapi kalau aku bunuh kau bermakna peperangan akan bermula! Aku tau kau mendapat sokongan dari ramai pihak. Dan kau juga harus ingat tentang kuasa mutlak yang aku miliki Steve.  Sekarang pilihan ada di tangan kau! Kau pilih samada untuk hentikan semua ni atau tidak!” Christian.

Steve ketawa.

“Christian,kau memang hebat! Tidak hairanlah kau boleh menguasai tenggara. Tapi kau harus ingat,tidak selamanya kau diatas. Kau sudah terlalu lama duduk di takhta! Sekarang giliran aku!” Steve.

“Kau tidak layak Steve!” Danny.

“Danny..Danny..Danny..kau jangan fikir kau sudah terlepas. Kau lupa sudah tujuan kau datang sini?” Steve.

Danny teringat Mabel dan Joe!

“Mabel! Mana Mabel?! Mana adik aku!” Danny meluru dan menarik kolar baju Steve. Steve ketawa.

Danny melayangkan penumbuk tepat ke muka Steve. Dia memberikan beberapa kali tumbukan sehingga dia puas.

Steve ketawa lagi.

“Kau bunuh aku,kau tak kan jumpa adik kau lagi..” Steve.

Danny melepaskan kolar baju Steve.

Christian merenung Steve tajam. Kali ini dia dan Danny tidak dapat berbuat apa-apa lagi selain berundur. Mabel dan Joe masih berada ditangan Steve. Mike masih di posisinya menunggu arahan dari Christian.

“Mana adik aku!” Danny menjerit.

Steve berjalan dan mengambil remot yang jatuh jauh terpelanting semasa dia diterajang oleh Christian. Dia menekan button remot tersebut.

Christian dan Danny melihat ke skrin.  Mabel dan Joe sedang berada didalam sebuah bilik. Kaki dan tangan mereka di gari dengan rantai. Mabel kelihatan sangat lemah dalam pelukan Joe.

RED BUTTERFLY SEASON IIIWhere stories live. Discover now