BAB 4

20 0 0
                                    

Aku mula menarik Taeyong untuk ke kedai yang menjual aiskrim. Taeyong menyuruh aku menunggu di luar sementara dia membelinya di dalam. Selepas beberapa minit , dia keluar membawa aiskrim kegemaran aku iaitu Vanilla. Aku melompat kegembiraan apabila dia membeli aiskrim kegemaranku itu.

Kami mula memakan aiskrim itu bersama-sama. Taeyong menyuapkan aiskrim ke mulutku. Hati aku berdegup kencang semasa dia menyuapkannya. Aku berharap agar masa itu berhenti buat selamanya. Aku melihat senyumannya yang menawan lalu mula mengukirkan senyuman yang menawan untuk dia.

Aku tidak terperasan yang Mark sedang melihat kami berduaan memakan aiskrim itu. Mark berasa sangat marah dengan perbuatan kami itu. Dia perlahan-lahan hilang daripada pandangan aku. Aku masih lagi memakan aiskrim itu bersama Taeyong. Selepas beberapa minit di situ , kami mula membuka langkah untuk pulang bersama.

Setibanya di rumah aku , aku mencium pipi Taeyong sebelum berlari masuk ke dalam rumah. Taeyong memberikan death glare kepada aku. Aku hanya buat bodoh lalu melambaikan tangan ke arahnya sebelum memasuki rumah.

Malam itu , aku teringat kembali peristiwa aku dan Taeyong memakan aiskrim bersama. Aku tersenyum tanpa menyedari yang ibuku ada di sebalik pintu bilikku. Ibuku berdehem lalu aku kembali ke dunia nyata. Aku bertanyakan kepada ibu,'' ibu buat apa kat sini ? ada benda yang ibu nak cakap ke ?''. Ibu memberitahu,'' bulan depan kita akan berpindah ke Malaysia''. Aku sungguh terkejut dengan kenyataan ibuku.


[COMPLETED] I Love You , TaeyongWhere stories live. Discover now