BAB 9

19 0 0
                                    

Pada minggu seterusnya , ibubapaku telah berpindah ke Malaysia jadi aku membawa barang-barangku ke rumah Taeyong. Ibubapanya menyambut aku dengan mesra termasuk Mark. Aku sangat pelik dengan kelakuan Mark apabila dia memberikan 'wink' kepadaku. Aku hanya berfikir yang mungkin dia dah boleh menerima yang aku telah bersama abangnya sekarang.

Pada malam tersebut , Taeyong mengatakan yang dia mahu keluar bersama kawannya sekejap kerana ada hal yang perlu diselesaikan. Aku hanya mengizinkannya kerana aku tahu dia tidak akan curang terhadapku. Ibubapanya pula terpaksa keluar kerana ada kenduri yang perlu dihadiri. Aku melambaikan tanganku kearah ibubapanya apabila mereka memasuki kereta dan hilang daripada pandanganku.

Tinggallah aku dengan Mark di rumah. Aku terus masuk ke bilikku tanpa memikirkan apa-apa. Aku terlupa untuk mengunci pintu bilik dan secara tiba-tiba ada tangan yang melingkari pinggangku. Aku sungguh terkejut tetapi aku tahu bahawa itu adalah Taeyong. Dia mula mencium leherku sebelum aku perasan yang warna rambutnya lain. Aku sungguh terkejut lalu menolak dia. Rupa-rupanya Mark yang telah memeluk dan mencium leherku.

Dia mengunci pintu bilikku dan terus meluru ke arahku. Aku terkejut lalu menjerit meminta pertolongan. Dia menutup mulutku dengan tangannya sebelum merebahkan aku ke atas katil. Aku terdengar ketukan dari luar lalu menggigit tangannya untuk menjerit. Apabila aku menjerit , pintu tersebut dipecahkan oleh Taeyong dan terkejut dengan perlakuan Mark terhadapku.

Taeyong menumbuk Mark sehingga Mark lemah dan tidak berdaya. Aku segera menghentikannya supaya Mark tidak akan parah dikerjakannya.


[COMPLETED] I Love You , TaeyongWhere stories live. Discover now