BAB 2

27 1 1
                                    

Setibanya di kelas , aku terus pergi ke tempat dudukku. Mark merupakan kawan semeja aku. Oleh itu , aku selalu memberi tiru apa yang dia tak dapat buat. Dengan kata lain , yang dia malas fikir. Mark bertanya,'' awak sukakan abang saya ke ?''. lalu aku menjawab,''ya , saya sangat sukakan abang awak , Taeyong''. Mark melihat aku dengan rasa terkejut.

Aku melihat Mark termenung buat seketika. Lalu aku bertanya,'' Mark , awak kenapa ? awak sakit ke ? jom saya bawa awak ke bilik rawatan.'' Mark menjawab ,'' saya tak apa-apa, Cuma saya rasa tak sedap badan saja.'' Mark cuba menipu aku. Mark bertanya lagi,'' sejak bila awak sukakan abang saya ?''. lalu aku menjawab,'' sejak pertama kali kita memasuki alam persekolahan tinggi ini''.

Sejak dari tadi , aku melihat Mark termenung. Masa guru tengah mengajar , dia tidak memberikan tumpuan semasa guru sedang mengajar. Cikgu Bora memarahi Mark kerana tidak memberi tumpuan semasa dia mengajar. Mark hanya mendengar tanpa bersuara. Dia tahu bahawa mulut cikgu ini sangat cepat.

Aku mula bertanya,'' Mark , awak dah kenapa ? saya risau tengok awak macam ni''. Mark menjawab ,'' saya nak pergi ke tandas sekejap , saya rasa sakit perut''. Aku hanya memerhati Mark berjalan keluar dari kelas tapi aku dapat merasakan yang dia kelihatan sedih sangat. Aku pun meminta kebenaran Cikgu Bora untuk ke tandas. Aku hanya mengikuti Mark daripada belakang.

Aku mengikuti Mark sehingga ke belakang sekolah. Setibanya di sana, aku melihat Mark duduk di bangku kosong. Aku hanya memerhati Mark daripada belakang pintu stor. Aku terdengar Mark berkata ,'' I love you '' tapi aku tidak tahu kepada siapa dia ingin ungkapkan perkataan tersebut. Aku mula balik ke kelas sebelum Mark menarik tangan aku dengan kuat.


[COMPLETED] I Love You , TaeyongWhere stories live. Discover now