Bab 22

1.4K 31 11
                                    

Puan Nazrina memeriksa surat di peti surat rumahnya dan mendapati terdapat beberapa surat di dalamnya. Dia mengambilnya dan berlalu masuk ke dalam rumah. Satu demi satu surat dilihatnya dan kebanyakkanya adalah bil-bil yang perlu dijelaskan.

“Nazrul! Kamu nak bangun pukul berapa ni? Dah dekat jam 12 tengah hari!” jeritnya. Masuk kali ini sudah banyak kali dia menjerit menyuruh anak lelaki itu bangun tapi sampai sekarang, Nazrul tidak kelihatan lagi. Mesti tengah nyenyak tidur di atas. Dia mengeluh lemah. Tidak tahu bagaimana hendak mengubat penyakit Nazrul yang asyik suka tidur. Kalau dulu disebabkan Nazrin tapi sekarang Nazrin sudah tiada, perangai Nazrul masih lagi tidak berubah.

Senyap. Tiada kedengaran apa-apa di atas. Semestinya Nazrul tengah nyenyak tidur lagi sehinggakan tidak mendengar jeritannya. Puan Nazrina menggeleng lemah. Mungkin malam tadi tidur lewat lagi menonton perlawanan bola sepak di televisyen.

Sampul surat dari University of Sheffield menarik perhatiannya. Dia tersenyum setelah membaca kandungan surat itu. Memangnya dia bercita-cita untuk belajar di luar negara dahulu tapi di sebabkan cintanya kepada arwah suaminya, dia sanggup lupakan cita-citanya. Dia berkahwin dalam usia yang muda dan menjadi ibu kepada dua anak kembar dalam usia yang muda juga.

Hajatnya hendak sambung belajar di luar negara selepas berkahwin terhalang apabila Nazrul di sahkan menghidap penyakit jantung berlubang. Hidupnya teruji lagi sekali apabila anaknya, Nazrin terlibat dalam kemalangan apabila sebuah kereta melanggar Nazrin ketika anaknya itu sedang bermain di taman permainan. Di fahamkan pemandunya berada dalam pengaruh alcohol. Tidak cukup dengan itu, hidupnya sekali lagi teruji apabila suaminya meninggal dunia kerana serangan jantung. Dan kini hanya tinggal Nazrul sahaja di sisinya. Dia tiada saudara mara yang lain. Dia anak tunggal dalam keluarganya dan ibubapanya sudah lama meninggal dunia.

“Morning mama,” sapa Nazrul tiba-tiba mengejutnya dari lamunan.

“Morning? Matahari dah menegak dah,” balas Puan Nazrina memerli.

“Bukan ke hari ni cuti sekolah, mestilah bangun lambat sikit,” balasnya berlalu ke meja makan. Nasi lemak sudah pun tersedia di atas meja. “Surat apa tu?” dia menjeling melihat surat yang membuatkan mamanya termenung tadi.

“Sheffield University,” ujar mamanya dan menolak surat itu ke tepi.

“Baguslah! So, mama terima?”

“No,” jawab mamanya mengukir senyuman manis. “Mama sengaja memohon untuk belajar di sana dan tak sangka dapat pula.”

“Kalau mama suka, terima sajalah.”

“Jangan risau, mama takkan terima.”

“Tapi tukan cita-cita mama juga.”

“Honey, kalau mama terima, ini bermakna kamu kena ikut mama juga. Dan semestinya kamu tak nak tinggalkan kehidupan kamu di sini, right? Mama takkan benarkan kamu tinggal seorang diri selagi usia kamu tak mencecah 21 tahun,” ujar Puan Nazrina membuatkan Nazrul terdiam. “So, jangan risau. Mama takkan terima tawaran tu,” dia cuba meyakinkan anaknya.

Nurul menghampiri Nazrul yang sejak dari tadi asyik mendiamkan diri. Memang sesuatu yang pelik kalau Nazrul yang selama ini suka tidur tidak kira di mana-mana saja dan tiba-tiba pada hari ini pula dia asyik termenung sepanjang masa. Padahal sepatutnya pada hari ini mereka semua bergembira di pusat bowling. Menghilangkan segala tension belajar dan urusan kelab bola sepak.

“Kau tak main pun,” sapa Nurul setelah dia dipaksa oleh Zaki dan Ridzuan yang juga perasan akan perubahan Nazrul.

“Aku tak berminat,” jawab Nazrul acuh tak acuh. Sejak perbualan dengan mamanya semalam, dia lebih suka menyendiri. Betul juga kata mamanya, kalau mamanya terima tawaran belajar di universiti tersebut, hendak tak nak, dia terpaksa mengikut mamanya ke sana dan ini bermakna dia akan meninggalkan kehidupannya di sini buat satu jangka yang lama. Dan sudah semestinya tidak tidak mahu meninggalkan kehidupannya di sini.

Prince CharmingWhere stories live. Discover now