Bab 21

708 25 1
                                    

Dua bulan kemudian

“Mujurlah aku bukan pengawas, kalau tak sudah lama aku bom handset kau tu,” ujar Nurul menghampiri Sofea dengan semangkuk bihun sup yang baru sahaja dibelinya tadi. Keadaan kantin penuh sesak dengan para pelajar sebaik sahaja loceng waktu rehat dibunyikan. Sofea yang dari tadi menyorok-nyorok handsetnya sejak dari tadi hanya tersengih-sengih bagaikan kerang busuk.

“Jangan kata kau jealous tengok aku asyik dengan handset saja,” handsetnya di simpan semula di dalam kocek bagi mengelakkan di kesan pengawas. Adalah menjadi satu kesalahan bagi pelajar membawa handset ke sekolah.

“Aku tak pernah jealous dengan sesiapa pun,” Nurul menjeling tajam. “Cuma aku tak faham, kenapa kau sorok kekasih hati kau tu? Dia tu kekasih gelap ke?”

“Aku cuma tak nak kau rasa bengang seperti mana kau bengang dengan kawan-kawan kita yang lain yang asyik bercakap tentang keistimewaan boyfriend mereka. Kau pernah cakap, yang kau bengang dengan Lili bila dia bercakap tentang boyfriend dia bila kita berbual bersama dan sejak itu bila dia datang berbual dengan kita, kau tutup telinga ataupun memberi alasan yang kau nak ke tandas ataupun ada urusan lain di kelab,” tambah Sofea lagi yang sememangnya kenal akan sikap Nurul yang tidak gemar mendengar cerita yang tidak berfaedah terutama sekali cerita-cerita teman lelaki kawan-kawannya.

“Itu sebab dia sengaja hendak menunjuk yang dia tu dapat pikat lelaki yang kiranya sempurna dari Prince William sebab aku pernah tak perdulikan keinginannya untuk berkenalan dengan Rezza. Dan sejak hari tu, dia memang suka berperang psikologi dengan aku. Dia ingat aku masuk kelab tu untuk baginya peluang berkenalan dengan mereka semua? No way! Kalau nak berkenalan, usahalah sendiri,” balas Nurul bila teringatkan seorang teman sekolahnya yang dikenali sebagai Lili.

Dia sememangnya tidak rapat dengan Lili seperti mana dia rapat dengan Sofea. Baginya, kawan memang ramai tapi yang betul-betul mengenalinya adalah Sofea kerana perangai Sofea lebih kurang sepertinya juga. Suka buat hal sendiri dan tidak suka mengambil tahu hal orang lain.

“Oh patutlah, dia pernah paksa aku selongkar nombor telefon di handset kau dan meminta nombor telefon Rezza. Dan bila aku cakap, aku tak jumpa nama Rezza dalam handset kau dia marah tak tentu pasal,” balas Sofea.

“Sebab aku tukarkan nama Rezza kepada nama Aminah,” balas Nurul selamba.

“Well, aku dah agak. Kau memang pandai dalam peperangan psikologi. Tapi kenapa nama Nazrul tetap Nazrul?” tanya Sofea lagi membuatkan Nurul hampir tersedak apabila nama Nazrul di sebut.

“Boleh tak kau jangan sebut nama tu masa aku makan?”

“Fobia?”

“Ini bukan fobia tapi dah jadi pantang larang semasa aku makan. Sejak dia keluar saja dari hospital dia dah jadi makin agresif sehinggakan aku pun dah tak larat nak berperang mulut dengan dia. Aku ingat bila semuanya sudah selesai, dia akan berubah, takkan tidur lagi tapi Ya Allah… lagi kuat dia tidur. Kau bayangkan aku kena kejutkan dia setiap hari sampai dan pernah satu hari tu, di tengah-tengah gawang pun dia boleh tidur. Dan lagi satu, bila dia cakap satu perkataan aku rasa hati aku ni di cucuk-cucuk pisau tajam. Sakitnya hati. Aku pun tak tahu kenapa aku anti sangat dengan dia tu,” ujar Nurul dengan geramnya.

“Orang katakan….”

“Ya! Orang kata bila kita dah benci dengan seseorang tu tak tentu pasal itu maknanya kita dah suka tapi tak semestinya aku sukakan dia okey? Dia sangat membencikan! Sangat-sangat!” ujar Nurul lagi hampir menghentak meja makannya itu. Sofea di hadapannya hanya tenang seperti biasa seperti seorang yang tidak pernah ada perasaan bila bercakap tentang hal Nazrul.

“Aku rasa kau dilamun cinta. Okey, memanglah kau rasa bila dia ada di sisi kau, kau rasa bengang semacam tapi pernah ke kau terfikir kalau dia tak de di sisi kau?”

Prince CharmingWhere stories live. Discover now