Dance Pt.2 | Jimin |

472 23 4
                                    

"Uhmm....Dahaga lah.." Taehyung terbangun dari tidurnya. Dia mengambil iPhone 5+ nya lalu menekan butang "On" Jam didalam telefonnya menunjukkan pukul 1:30 a.m. Taehyung menutup semula telefonnya lalu menggosok matanya. Seokjin di sebelahnya sudah nyenyak tidur. Baru sahaja dia bangun dari katilnya,bunyi hempasan pintu kedengaran dari tingkat bawah.

Siapa pula yang balik pagi-pagi begini?
Taehyung bermonolog didalam hatinya. Dia perlahan-lahan membuka pintu lalu ternampak satu figura sedang berjalan. Taehyung memerhati figura itu.

"Min? Kau ke tu?"

Jimin tidak membalas. Dia hanya diam membisu.

"Min,kau pergi mana pagi macam ni?" Taehyung bertanya dengan lembut.

"Tak perlu tahu." Mendatar sahaja suaranya. Taehyung agak terguris dengan sikapnya yang tiba-tiba berubah. Tiba-tiba,Taehyung perasan yang Jimin berjalan elok seperti biasa tanpa tongkatnya. Mana dia campak tongkat tu?

"Min…"

"APA LAGI?!" Tiba-tiba suara Jimin menjadi kuat. Tersentak Taehyung dibuatnya. Dia menelan air liurnya sebelum menyatakan hasratnya.

"K-kau tak bawak tongkat ke..? Kaki kau kan tak pulih lagi."

"Kaki aku dah pulih. Ha,tengok ni."

Dengan sengajanya,Jimin memutarkan kakinya sehingga mencapai betisnya. Taehyung terkejut besar. Jimin hanya tersenyum sinis lalu memutar semula kakinya. Dia meninggalkan Taehyung keseorangan lalu bergerak ke bilik dia dan Hoseok. Taehyung masih terkaku. Adakah ini mimpi..?

"Taehyung? Apa awak buat pagi-pagi buta ni?"

Terkejut Taehyung dibuatnya. Seokjin memandangnya dalam keadaan pelik.

"Dah kenapa awak ni?"

"T-takde apa-apa..Tae nak minum air jap." Taehyung berlalu pergi ke dapur. Jin menggelengkan kepalanya. Ada-ada sahaja budak tu.

"Jimin? Buat apa sini sorang-sorang? Boleh hyung join sekali?"

Jimin hanya diam tanpa memandang Yoongi. Yoongi tidak berkata apa-apa lalu mengambil tempat disebelahnya. Pemandangan di tingkat rooftop sangat menenangkan.

"Kaki macam mana? Okay?" Yoongi memecahkan kesunyian.

"Dah pulih."

"Jinjja? Baguslah. Boleh menari semula kan?"

Jimin hanya diam. Yoongi pelik. Budak ni jarang diam macam ni. Dia sedih lagi ke?

Tiba-tiba Jimin bangun lalu melangkah kearah penghujung rooftop. Dia meletakkan kakinya diatasnya. Yoongi mulai perasan lalu bangun mendapatkannya.

"Jimin! Awak buat apa tu! Turun sekarang!" Laung Yoongi namun Jimin mengendahkannya. Dia meletakkan sebelah lagi kakinya. Dia berada betul-betul dihujung pangkal rooftop itu.

"Jimin! Hyung kata turun!"

"Dendam tetap dendam.SONG JIN HEE."

"PARK JIMIN!!!!"

Jimin membiarkan dirinya jatuh dari rooftop tersebut. Yoongi jatuh terduduk. Dia tidak tahu untuk berfikir apa lagi. Jimin dengan beraninya terjun.

"Yoongi hyung? Wae geurae ?" Jung Kook menyentuh bahu Yoongi. Yoongi masih terketar-ketar.

"J-jimin.."

"Kenapa dengan Jimin hyung?" Tanya Jung Kook

"D-dia… Dia terjun dari situ!" Yoongi berkata sambil jari telunjuknya menunding kearah penghujung rooftop.

BTS Horror Oneshot [MALAY Fanfic]Where stories live. Discover now