Dance Pt.3 | Jimin |

402 24 2
                                    

"Jin Hee yah! Kau ada kat sini ke?" Laung Hye Jin. Kelibatnya takde. Dahlah lorong belakang ni sunyi. Apa yang Jin Hee nak bagi? Tanpa disedari Hye Jin,ada satu bayang menghampirinya dari belakang. Ditangannya ada sebuah kayu besar dihayunkan ke kepala Hye Jin. Darah terpercik keluar. Hye Jin rebah ke tanah. Matanya samar-samar menangkap sebuah figura perempuan sedang mencampak kayu tersebut.

"Aku akan pastikan kau lenyap." Itu adalah kata-kata terakhir yang Hye Jin dengar sebelum menutup matanya.

Hye Jin membuka matanya perlahan-lahan. Tangannya berasa kebas dek kerana diikat ke belakang.Pemandangannya yang kabur mulai jelas sedikit demi sedikit.

"Argh..sakitnya.." Hye Jin mengerang kesakitan. Kepalanya rasa sangat pedih.

"Kau dah bangun?" Satu suara perempuan menerjah telinga Hye Jin. Hye Jin tersentak. Suara ni..

"Baguslah. Senang aku nak seksa kau." Dia mengakhiri kata-katanya dengan ketawa yang sinis. Hye Jin mengangkat kepalanya. Memang benar tekaannya.

"Kenapa..kenapa kau buat semua ni,Jin Hee..?" Tanya Hye Jin dengan kecewa. Jin Hee merentap dagu Hye Jin dengan kasar. Matanya penuh dengan kebencian.

"Kenapa? KENAPA KAU KATA?! KAU ADALAH PENGHALANG IMPIAN AKU UNTUK MENYERLAHKAN BAKAT AKU DIKHALAYAK RAMAI! KAU MENCURI PERHATIAN ORANG RAMAI DARI AKU!" Laung Jin Hee dengan kemarahan yang meluap. Hye Jin tergamam.

"Jin Hee..Aku tak bermaksud nak mencuri perhatian orang ramai..Aku-"

"AH! SEMUA TU ALASAN! DALAM HATI KAU,KAU GELAKKAN AKU!"

"Song Jin Hee!" Jerit Hye Jin. Tidak sangka sahabatnya sendiri mencemburuinya.

"Huh..Semua tu dah tak bermakna. Selagi kau hidup,aku takkan dapat peluang untuk bersinar.Aku perlu lenyapkan kau!" Jin Hee tersenyum sinis sambil memegang pisau ditangannya. Hye Jin mengalirkan air matanya,cuba meminta simpati.

"Jin Hee...Kau sahabat baik aku.."

"Maaf,Hye Jin. Kau dah bersinar terlalu lama.Impian tak mengira sahabat atau tidak."

Jin Hee menghunuskan pisau itu tepat ke leher Hye Jin. Hye Jin menjerit kesakitan sambil meminta untuk berhenti. Tidak cukup di leher,Jin Hee menikamnya bertubi-tubi di bahagian perutnya sampailah Hye Jin menghembuskan nafas terakhirnya. Muka dan baju Jin Hee dipenuhi dengan percikkan darah. Dia menelefon seseorang.

"Panggil orang-orang kau datang kat kilang terbiar di Itaewon cepat. Bersihkan tempat ni."

-

-

"Cepat sikitlah! Aku rasa lain macam dengan bilik ni!"

"Sabarlah! Kau bukannya nak tolong pun!"

2 orang lelaki bersut hitam meletakkan mayat Hye Jin di dalam sebuah stor milik bangunan terbiar di Gyeonggi-do. Selepas siap melakukan tugas mereka,mereka cepat-cepat beredar dari tempat itu,takut diketahui orang ramai.

Sebaik sahaja kereta mereka beredar meninggalkan tempat itu,ada sepasang mata melihat mereka pergi.

Ku bersumpah akan mencari jasad yang akan membalas dendamku.

-
-
"Sekarang kau dah ingat semula,Jin Hee?" Tanya Jimin dengan senyuman sinis. Jin Hee terduduk diatas lantai.

"M-maafkan aku,Hye Jin..Maafkan aku." Jin Hee mulai merintih.

"Maaf? MAAF KAU KATA?!" Suara Jimin bercampur dengan suara Hye Jin. Tiba-tiba,lampu-lampu di dalam bilik itu mulai berkelip-kelip.

BTS Horror Oneshot [MALAY Fanfic]Where stories live. Discover now