Brother | Jungkook |

398 14 0
                                    

| maafff tadi tu false alarm bab adik author kacau author (;ω;) |

"kenapa seorang je ni?"

"sebab saya tiada kawan..Hyung-hyung saya semua sibuk.."

"kalau macam tu,nak tak jadi kawan saya?"

"boleh ke?"

"boleh sangat. Kita akan jadi kawan yang sangat sempurna. Awak. Saya. Hanya kita."


"Kook ah,buat apa tu~" Taehyung bertanya ke arah Jungkook yang sibuk melukis. Jungkook mengukirkam senyuman sambil tangannya fokus melukis.

"Kook tengah melukis. Cantik tak hyung?" Jungkook mengambil kertas lukisannya lalu diberikan kepada Taehyung. Taehyung mengambilnya lalu menilik lukisan itu. Hatinya terdetak.

 Hatinya terdetak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"uh,Kook. Ni siapa ya?" Taehyung cuba bertanya. Lukisan itu memang menaikkan bulu romanya.

"tu kawan Kook! Dia perempuan. Nama dia Hye Lim!" Jungkook membalas dengan gembira,bangga dengan hasil lukisannya. Taehyung tersentak.

"Ka-kawan..?"

"Ya! Kawan!" Jungkook tersenyum mempamerkan gigi arnabnya.
Taehyung hanya terdiam.Mungkin 'kawan' ini kawan imaginasinya,detik Taehyung dalam hati.

--------------- • ------------

"…………"

"oh tadi tu TaeTae hyung.Dia baik dengan Kook! Selalu ajak Kook main."

"hahahah,TaeTae hyung kacak kan?"

Taehyung yang baru sahaja pulang dari kedai serbaneka pada malam itu terdengar sayup-sayup adiknya,Jungkook berbual dengan seseorang.Dahinya berkerut.

"siapa pulak yang berbual dengan Kook malam-malam buta ni?" kata Taehyung dalam hati.Dia melihat jam didinding.

Dia melihat jam didinding

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BTS Horror Oneshot [MALAY Fanfic]Where stories live. Discover now