Takeshi ialah Cyclone

3 1 0
                                    

Raiden mula menceritakan kepada ibunya yang Cyclone telah membunuh saudaranya iaitu, Yagami. Ibunya tersentap seketika, Raiden juga turut dicabar oleh Cyclone. Raiden memberitahu ciri-ciri fizikal Cyclone. Tiba-tiba ibunya terjumpa satu ciri fizikal Cyclone ialah tanda lahir pada leher Cyclone yang sama seperti Raiden. Ibu Raiden mula mengingati kenangan manis dan pahit apabila Raiden dan adiknya dilahirkan. Ibunya memberitahu bahawa Raiden mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Takeshi. Jurang perbezaan umur Raiden dan Takeshi ialah 1 tahun. Namun, mereka dua dipisahkan oleh ibu bapanya yang sedang bergolak rumah tangga semasa mereka sebagai bayi. Ayahnya Shigeo, seorang usahawan berjaya namun mempunyai sifat kuat cemburu terhadap isterinya yang sangat cantik. Ramai lelaki cuba menggodakan isterinya namun hanya hati isteri tetap untuk suaminya. Apabila Raiden dan Takeshi dipisahkan, Raiden dijaga oleh ibunya manakala Takeshi dijaga oleh bapanya. Bapanya telah membawa Takeshi ke USA dan menetap disana. Raiden mula rasa gembira tetapi sedih yang Cyclone itu adik kandungnya sendiri yang membunuh saudaranya. Beberapa hari kemudian sebelum memyambung balik kerja, Raiden mula menyiasat tentang Takeshi. Raiden mendapat gambar Takeshi yang belajar Universiti yang sama Raiden belajar. Raiden terkejut sebab selama ini Takeshi juga belajar di universiti yang sama. Takeshi adalah seorang hacker yang cemerlang dan pertama dalam ranking didunia. Raiden pula berada dalam ranking kedua. Raiden mula mendapat gambar ayahnya bersama Takeshi dan juga alamat rumah mereka di USA. Raiden membeli ticket di online dan segera bergegas ke lapangan terbang untuk berlepas ke USA. 13 jam perjalanan dari Tokyo ke Manhattan memakan masa yang lama. Sejurus tiba, seorang rakan Raiden mengambilnya untuk pergi ke rumah ayahnya. Apabila sampai, rumah Takeshi dan ayahnya besar dan mempunyai penolong peribadi Takeshi. Apabila ditanya kepada P.A. Takeshi, "where is mister Shigeo?" P.A. Takeshi memberitahu bahawa encik Shigeo telah meninggal dunia akibat kemalangan. Raiden dengan rasa sedih menitiskan air matanya. Apabila Raiden dapat menenangkan dirinya, dia bertanyakan tentang Takeshi. Namun, apa yang P.A. Takeshi jawab "he is already dead after his father died in crash". Tetapi, Raiden mempunyai sedikit syak terhadap P.A. Takeshi yang mengatakan bahawa Takeshi telah meninggal dunia.

Who Are You?Where stories live. Discover now