Selepas beberapa hari Raiden kembali ke Jepun, terdapat agen baharu yang baru bekerja. Agen itu bernama Kaidou yang melepasi Universiti dengan mempunyai Sarjana Muda dalam Perisaian Komputer. Kaidou sangat kacak dan mudah menggodakan wanita dalam office. Umur Kaidou kurang setahun daripada Raiden. Kaidou dilantik sebagai penolong Raiden dalam menyelesaikan kes Cyclone. Pada mulanya Kaidou ni kurang bercakap dan banyak meluangkan masa dengan bermain game dalam iPhonenya. Raiden berasa Kaidou tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kes tersebut. Tiba-tiba, Raiden mendapat panggilan daripada encik Izanagi bahawa terdapat panggilan daripada Cyclone. Mereka berdua terus bergegas ke office dan mula berhubung dengan panggilan video secara langsung. Cyclone dengan seorang lagi mangsa yang juga tergantung secara songsang namun masih hidup. Cyclone memberi cabaran kepada Raiden dalam masa 30 minit segera menyelamatkan mangsanya. Jika tidak, mangsa tersebut akan kehilangan nyawa dengan cara kekejaman. Dengan menggunakan masa yang ada, seluruh agen dan pegawai dalam office bergegas mencari lokasi Cyclone berada. Lagi tinggal 20 minit namun masih tidak dapat mencari lokasi Cyclone. Tetapi apa yang menghairankan Raiden, Kaidou tiada dalam office selepas panggilan video secara langsung telah putus. Raiden mula mencari Kaidou, ditandas tidak dapat dijumpa, diluar bilik mesyuarat pun tidak ada. Dengan menghindarikan mencari Kaidou, Raiden menyambung balik misi untuk menyelamatkan mangsa daripada Cyclone. Beberapa saat kemudian, terdapat panggilan video daripada Kaidou yang diterima oleh Raiden. Dengan segera menyambung ke projector, Kaidou telah menyelamatkan mangsa Cyclone. Kaidou menunjukkan terdapat sebuah komputer riba dan sebuah cincin dalam sampul surat mempunyai kesan darah pada cincin itu.
Kaidou memanggil ambulans dan polis ke tempat kejadian. Pihak forensic membawa cincin itu untuk membuat siasatan ke atas kesan darah. Raiden bertanya "Kaidou, where have you been jut now when everyone was struggling to find Cyclone place?" Cyclone menjawab "Bro. You're are the second hacker in the world but you still can't find Cyclone. I am just a normal person with normal ranking but I can trace his place. Why can't you?" Raiden tersentap sekejap dan tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Beberapa hari kemudian, handphone Masumi tidak dapat dihubungi. Raiden menganggap Masumi pergi ke kampung untuk menziarahi neneknya. Setelah mendapat keputusan rekod forensic, kesan darah tersebut daripada darah Masumi. Raiden mula berdebar dan mangsa seterusnya ialah Masumi. Raiden segera menelefon Kaidou untuk berjumpa dengannya. Apabila tiba di sebuah tempat, Raiden memberitahu kepada Kaidou yang Masumi hilang semenjak beberapa hari yang lalu dan rekod forensic menyatakan bahawa kesan darah di cincin adalah darah Masumi. Kaidou senyum semacam dan berkata "I know where to find him. You just stay strong and keep your soul defending the fear". Kaidou membawa ke tempat rahsianya dibawah tanah rumahnya dengan mempunyai segala sistem-sistem yang membuat Raiden terkejut. Raiden berkata dalam hati "You said you were just a normal person but you have the technologies to trace and hack a system". Kaidou senyum dan berkata "Don't tell to anyone or else they will force me to trace the suspect". Mereka berdua mula mencari lokasi Masumi dengan menggunakan rangkaian Cyclone. Selama beberapa minit, Kaidou telah dapat lokasi dan segera membawa ke tempat tersebut. Tiba di lokasi, Raiden dan Kaidou bergerak dengan was-was kerana Cyclone akan melengkapkan segala perangkap untuk mencegah sesiapa yang ingin masuk dan keluar. Sebuah bilik yang gelap membuatkan Raiden berasa takut untuk memasuki. Namun dengan tidak pedulikan ketakutan, Raiden menerjah masuk ke dalam dan membuka lampu. Dengan terkejutnya Raiden dan Kaidou, badan Masumi dikunci dengan jacket yang mengandungi cecair asid dengan masa yang terhad. Raiden menitis air matanya dan sedaya upaya cuba membebaskan Masumi daripada perangkap Cyclone. Masumi yang kebuluran dan tidak berupaya untuk bercakap hanya air matanya mengalir pipinya. Kaidou cuba mencari kunci untuk membuka namun tidak jumpa. Masa sangat tersuntuk, tidak lama lagi Masumi akan mati didepan Raiden. Masumi dengan meluahkan perasaan cinta dan kasih sayang mencium dahi Raiden dan menyuruhnya meninggalkan tempat ini. Raiden enggan mendengar dan berusaha cuba membebaskan Masumi. Kaidou dengan menggunakan bijaknya, dia memyambungkan wayar pada masa dan segera menggodam dan msnghentikan serta merta. Kegembiraan pada mata Raiden membuat Masumi dan Kaidou sangat kagum dengan Raiden yang ingin menyelamatkan mangsa walaupun kesuntukan masa.

ANDA SEDANG MEMBACA
Who Are You?
Mystery / ThrillerTitle Bahasa Inggeris, tapi biasanya story nie semua Bahasa Melayu. Kisah pasal Raiden, seorang detektif Interpol dan juga hacker ranking ke-2 didunia berdepan dengan pembunuh dan juga hacker yang ranking pertama didunia, Takeshi atau lebih dikenal...