DEMI KASIH PUTRI BAHAGIAN 1

1.3K 16 0
                                    

  Love somehow come in the most painful way... 

 

Selepas mematikan enjin dia keluar dari kereta sebelum cepat-cepat ke pintu sebelah. "Sayang, jom kita masuk ya.." lembut suaranya mengagah si anak. Dia turut mencapai beg tangan dan beg keperluan si kecilnya. Langkah di atur ke pintu rumah. Pembantu rumah pula sudah membuka pintu belakang mengambil kotak-kotak yang tadinya diambil dari kedai tadi. Beberapa hari lagi mereka akan meraikan pernikahan adik iparnya. Semua kotak itu berisi bunga-bunga telur.

"Bik tolong letak di ruang makan tu ya." Pintanya kepada pembantu rumah.

"Ya buk." Jawab bibik itu.

"Assalamualaikum." Sapanya. Kelihatan ibu mentuanya sedang berehat di ruang tamu.

"Waalaikumussalam. Putri? Ingatkan papa." Sapa ibu mentuanya. "Hai cucu nenek! Lambat Putri? Risau mama," kanak-kanak perempuan itu diambil dari dukungan menantunya. Almaklumlah, menantunya jarang berada di sini, takut-takut kalau Putri tersesat. Ada suami seperti sudah menjanda sahaja. Sebal sungguh hatinya apabila mengenangkan anak sendiri jadi begitu.

"Jam teruk betul tadi, ada accident. Itu yang Putri lambat. Itu ma, Putri dah ambil bunga telur untuk majlis nanti, kat kedai yang mama tempah tu," Ujar ibu kanak-kanak itu. Ada empat kotak yang diangkut oleh pembantu rumah mereka tadi.

"Terima kasih ya. Mama tak sempat semalam. Lepas tempah catering, butik pengantin pula call suruh pergi tengok contoh pelamin. Fahim tak ada dengan Putri ke?" tanya Datin Halina. Dia kasihan pada menantunya, sudahlah, perlu menjaga anaknya, tidak kisah pula untuk membantu menguruskan persiapan pernikahan anak keduanya.

Hendak harapkan bantuan Fahim? Alamat menunggu bulan jatuh ke ribalah jawabnya! Isteri dan anak langsung tak masuk dalam kepala otaknya. Asyik nak berfoya-foya sahaja! Walau Fahim anaknya sendiri, dan Putri adalah menantu pilihannya, tidak selayaknya perempuan sebaik Putri mendapat layanan sekejam itu dari suami.

"Dia keluar dari tadi. Katanya nak ke pejabat papa." Ujar Putri. Dia sudah biasa dengan ketiadaan suaminya. Dia tidak lagi kisah. Eireen yang bermain-main dengan patung beruangnya tidak mengerti apa-apa. Polos benar wajah. Datin Halina hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Mama dah nasihat dia macam-macam, Putri. Tak pernah nak dengar. Macam mana Putri boleh bertahan, mama pun tak faham." Benar, dia mengagumi sifat sabar yang ada pada menantunya. Kalaulah dia yang berada di tempat Putri, sudah lama dia berundur diri! Biar padan muka Fahim yang tidak tahu diuntung!

"Mama, Putri okay. Putri selalu doa, mudah-mudahan Fahim akan berubah. Hanya berdoa dan bersabar. Kita bersabar ye ma." Perlahan diusap-usap bahu ibu mentuanya yang kemarahan itu. Cintalah yang membuatkan Putri bertahan selama ini. Hinggakan, dia tidak lagi mampu menghalang Fahim dari berfoya-foya dibelakangnya.

*********************************

BUM! Kedengaran bunyi hempasan yang agak kuat. Putri bingkas bangun dan membuka pintu. Dia baru sudah menidurkan Eireen. Eireen agak meragam hari ini membuatkan Putri keletihan melayan kerenahnya.

"Abang, dari mana ni? Dah makan?" tanyanya lembut, apabila Fahim muncul dari balik pintu.

"Dah. Dengan kawan tadi. Lama tak jumpa diorang, lama pulak sembang." Hambar jawapan yang diberikan. Dilihat sekilas wajah Putri. Memang cantik. Tapi rasanya tak secantik dan selincah gadis yang ditemuinya tadi di kelab yang sudah selalu dikunjunginya apabila pulang ke Kuala Lumpur.

"Oh, takpelah. Mandi dulu ya, baru tidur," Putri berpesan. Dia tidak langsung menyebut tentang bau yang melekat pada tubuh suaminya itu. Bukan dia tidak tahu, sudah tiga tahun dia berumah tangga dengan manusia yang bernama Fahim ini. Dan bau perempuan dan arak yang bercampur baur, sudah sebati dengan derianya.

"Hmm...yalah." Fahim tidak faham, samada Putri sengaja buat-buat tidak tahu ataupun memang bodoh. Apa pun, perempuan ini tidak merungut dengan gaya hidup bebasnya itu. Dia bangun menuju ke kamar. Fikirannya melayang-layang kepada gadis seksi yang bertubuh menggiurkan tadi. Sungguh mempersonakan!

************************************

PANGG!!! wajah wanita itu terteleng ke kanan. Tangisan kanak-kanak juga nyaring kedengaran.

" Kenapa kau tak sudah-sudah tanya aku ke mana? Suka hatilah nak ke mana pun!" tengking Fahim lantang.

" Putri cuma tanya aje bang. Tak berhakkah seorang isteri nak bertanya ke mana suaminya pergi sampai ke pagi bari balik?" balas Putri. Air mata mengalir laju. Bukan kerana sakit, kerana dia sudah lali dipukul oleh Fahim. Tetapi, bicara Fahim lebih menyakitkan.

" Dah pandai menjawab pulak sekarang ya? Mana kau belajar?!!" baju Putri dicekaknya kasar. Sekali lagi tangannya diangkat untuk dihayunkan ke muka Putri. Putri hanya berserah dan menunggu sakit yang bakal kunjung datang. Pijar di pipinya menyengat-nyengat.

" Abang! Apa yang abang buat ni?!" jerkah satu suara di belakang mereka. Fahim menurunkan tangannya. Dan melepaskan kasar cengkaman di leher baju isterinya. Putri menangis teresak-esak. Malu benar dihadapan adik iparnya.

" Kau jangan menyibuklah! Ini urusan aku dengan isteri aku!" bentak Fahim kasar.

" Tapi, memang urusan aku kalau kau pukul perempuan. Kau takde belas kasihan ke pada isteri kau sendiri?" tanya lelaki yang hanya muda dua tahun dari Fahim. Meluat benar dia melihat perangai syaitan abangnya ini.

" Aku kata tak payah masuk campur, tak payah la!" jerkahnya lagi. Barannya hati melihat si adik mempertahankan isterinya yang dirasakan menyibuk urusannya. Elok sahaja dia sampai tadi, terus Putri bertanya di mana dia bermalam. Laju tangannya terhayun ke muka wanita itu.

" Hei! Diamlah! Memekak aje!" jerkahnya pula kepada Eireen yang menangis kuat.

" Kau jangan nak pukul budak takde dosa tu pulak." Pantas lelaki itu menjauhkan anak saudaranya dari menjadi mangsa bapa yang seperti dirasuk itu. " Bukan lelaki kalau nak pukul-pukul perempuan!" cemuhnya lagi. Biadap sungguh lelaki ini!

" Ah! Sudahlah!" Fahim terus meninggalkan ruang tamu itu. Beranilah abangnya itu, kerana tiada sesiapa pagi Sabtu begini. Mamanya sudah pasti keluar untuk menyelesaikan urusan perkahwinannya. Papa seperti biasa menghabiskan masa senggang di kelab golf. Mujur sahaja dia tidak ke mana-mana hari ini. Dapatlah menyaksikan sendiri perlakuan tidak berperikemanusiaan Fahim! Nanti aku cakap pada mama dan papa!

" Terima kasih Ammar." Ujar Putri. Dia hendak bangun tetapi terasa pening. Ammar membantu kakak iparnya itu duduk di sofa. Pipi kakak iparnya yang merah dilihat dengan perasaan marah.

" Kenapa akak nak bertahan lagi dengan jantan tak guna macam tu? Kakak tu baik sangat. Tengoklah apa yang dia sanggup buat pada akak!" tanya Ammar geram. " Kat rumah dia macam ni jugak ke?" tanya Ammar lagi. Mereka tinggal jauh di perantauan, siapalah tahu apa yang berlaku di sana.

" Takdelah, akak yang salah. Masuk campur urusan dia. Dah, akak okay. Eh, kata Ammar, Shita ajak keluar, pergilah. Nanti merajuk buah hati awak tu," Putri cuba bersuara ceria. Dan mahu Ammar segera beredar. Tidak mahu membuka rahsia rumah tangganya. Fahim boleh lakukan apa sahaja. Dia akan bertahan selagi mampu! Demi Eireen.

" Yalah, kak. Mar pergi dulu."


to be continued..

CERPEN : Demi Cinta PuteriWhere stories live. Discover now