Do you willing to sacrifice everything for love?
" Oii Fahim! Balik la wei! Ingat Putri kau kat rumah tu!" laung rakan lelaki yang menarik tangan Hanna ke pentas menari. Lelaki yang bernama Fahim itu hanya mencebik meluat.
" Kata orang kau pun sama jugak! Blah la!" katanya ketawa. Langsung tak terkesan di hatinya apabila nama Putri disebut-sebut. 'ada aku kisah?' menyampah pula mengingatkan isterinya itu.
Terus dia memeluk Hanna yang kelihatan mabuk sedikit. Untung-untung, dia akan membawa perempuan ini pulang. Wajah Putri langsung tidak terlintas di matanya apatah lagi wakaj polos si anak.
**********************************
Eireen bertatih mendekati Putri, dan duduk di ribanya.
" Hmm..kenapa ni, sayang?" Putri mengusap sayang kepala anaknya. Sudah pukul 10.30 malam. Namun bayang Fahim tidak kelihatan lagi. Selepas peristiwa petang tadi, dia langsung tidak kelihatan. Dia tersenyum melihat Eireen. Kesal tidak sesekali bermukim di jiwanya kerana menikahi Fahim, apabila merenung wajah tanpa dosa anaknya ini. Kerana Allah mengurniakannya anugerah yang tidak terhingga kepadanya. Fahim...hatinya menyeru nama itu. Benarlah, cinta membutakan juga mengasyikkan. Perkahwinan mereka hanya bahagia selama tiga bulan pertama sahaja.
Putri menerima Fahim sebagai suami bukan kerana cinta jauh sekali kasih. Semuanya termaktub dalam takdirnya apabila pak cik dan mak cik yang tidak sesenang mana, baik hati mahu menjaga Putri yang kehilangan kedua ibu bapa sejak usianya lima tahun dalam kemalangan jalan raya. Kebetulan, mak cik Asiah iaitu adik emaknya, bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Datin Halina.
Putri selalu membantu mak ciknya membuat kerja rumah di kediaman Datin Halina. Dari situlah, Datin Halina yang langsung tidak kisahkan latar belakangnya sebagai anak yatim, yang hanya bekerja sebagai kerani di syarikat kecil selepas tamat pengajiannya di universiti, berkenan pada Putri untuk dipadankan dengan anak sulungnya, Fahim. Putri diterima di tengah-tengah keluarga kaya itu namun, tidak Fahim.
Sungguh Putri berasa seperti mimpi, disunting oleh orang berstatus seperti Datin Halina. Namun, hati kecilnya ragu untuk menerima Fahim, melihatkan pandangan merendah-rendahkan Putri dalam matanya, pertama kali mereka bertemu sebagai tunang. Fahim memang tidak sukakannya dari mula lagi. Pernah Fahim menghinanya, anak yatim, ada hati hendak kahwin dengan dirinya, anak Datuk!
Tetapi, selepas peristiwa Putri menyelamatkannya dari dipatuk ular, Fahim mengubah prisepsinya terhadap Putri dan menyayangi gadis itu seadanya, dan berusaha meninggalkan segala tabiat buruknya. Entah di mana silapnya, perkahwinan mereka hanya manis selama tiga bulan pertama sahaja, begitu juga dengan segala janji Fahim untuk berubah demi masa depan mereka.
Pada masa yang sama, Putri pula disahkan mengandung dua bulan. Ketika itu mereka sudah pun tinggal di New Zealand menguruskan cawangan perniagaan keluarga Fahim. Selepas itu, ada sahaja yang tidak kena pada pandangan Fahim. Putri tidak ubah seperti melukut di tepi gantang. Ada seperti tiada, apatah lagi jika tiada.
Namun, demi kasih pada mak cik dan pak ciknya, juga yang telah pergi menghadap Ilahi hanya selepas lima bulan dia mendirikan rumah tangga bersama Fahim. Putri menjadi wanita yang paling tabah menghadapi ujian maha berat itu. Setiap penghujung solatnya, Putri tidak pernah lupa untuk berdoa supaya Fahim berubah demi anak mereka walaupun bukan deminya. Putri dapat rasakan, cinta Fahim buatnya hampir tiada. Walau layanan buruk yang diterima dari Fahim, hati Putri tetap setia menyintai lelaki itu.
" Ma...tu.." suara Eireen, memecahkan lamunan panjangnya. Anak itu sedang menunjukkan ke arah televisyen yang sedang menunjukkan dokumentari tentang penguin yang setia kepada pasangannya buat seumur hidup. Alangkah bahagianya hidup Putri andai kata Fahim juga sesetia penguin itu.
" Comel kan penguin tu sayang?" kepala Eireen dicium penuh kasih.
*************************************
" Kita tak jadi balik minggu depan. Saya nak duduk sini lama lagi." ujar Fahim kasar. Putri tidak berkutik langsung dengan nada yang langsung tidak menunjukkan kemesraan itu. Sudah lali.
" Macam mana dengan kerja abang kat sana?" Putri terkejut dengan keputusan yang tiba-tiba itu. Langsung tidak berbincang dengannya. Patutlah lelaki ini pulang awal. Rasanya dia tahu kenapa Fahim membuat keputusan mendadak itu. Fahim tidak menjawab pertanyaan Putri itu.
" Kerana perempuan tu ke?" tanya Putri perlahan. Fahim tersentak sedikit. Tapi tersenyum sinis. Cerdik rupanya.
" Bagus kalau awak tahu. So, we'll live here till I feel like going back to Aucland." Putusnya. Air mata Putri mengalir senyap. Dirinya umpama pasir di pantai.
Fahim berasa dia ketagih dengan layanan Hanna. Memang cuti tahunan dia di sini hampir habis, tetapi hatinya masih tidak mahu melepaskan Hanna.
" Kahwinlah bang, kalau itu yang abang nak. Putri izinkan. Tapi berhentilah berzina. Putri tak nak abang bertambah berdosa." Begitu berani sekali Putri menyatakan perkara itu. Fahim berpatah semula ke arah isterinya. Barannya datang.
Terus sahaja dicekak leher baju Putri. " Hei! Kau ingat, kalau aku nak kahwin, aku perlukan izin kau ke? Kau akan kena sain jugak walaupun kau tak izin. Itu hak aku kalau aku nak kahwin! Kau faham! Jangan nak perasan. Kalau aku ceraikan kau, merempat kau anak-beranak!" Fahim menolak kuat kepala Putri hingga hampir tersembam ke lantai. Air matanya seperti empangan pecah. Kata-katanya umpama Eireen bukan anak kandungnya.
" Astaghfirullah....Eireen juga anak bang, sampai hati abang cakap macam tu. Putri cuma nak abang berhenti lakukan maksiat. Berdosa bang!" Putri masih tidak putus asa.
" Aku punya pasallah nak buat dosa ke pahala, kau peduli apa?! Ya Eireen anak aku! Kalau kau tak nak aku buang kau dan dia ke jalan, berhenti nasihat aku!!" terus sahaja Fahim keluar dari rumah itu. Jam sudah pukul 11.30 malam. Hanna sudah menunggunya. Fahim senyum gembira, terasa dirinya berkuasa.
Putri tidak akan putus asa. Suatu hari nanti, Fahim akan berubah, lihat sahaja nanti. Putri mengusap kepala Eireen yang tidur pulas. "Mama sayang Eireen..."
to be continued...
YOU ARE READING
CERPEN : Demi Cinta Puteri
RomansaPuteri yang selalu dikasari suaminya Fahim yang suka berpeleseran di luar bersama gadis-gadis yang lain. Dapatkah Puteri bertahan hati atau tegakah dia berundur demi kebahagian duniawi yang dikejar Fahim?