DEMI KASIH PUTRI BAHAGIAN 3

868 14 0
                                    

Ku berikan hati yang telah mati untukmu...


  " Bila you nak berhenti ganggu hidup diorang, Hanna? Tak penat ke?" tanya Fahim. Dia bosan mendengar segala cerita Hanna mengenai Rheya. Dan betapa Radit rugi kerana meninggalkan perempuan sepertinya.

" Penatlah jugak. Tapi I ada you untuk hilangkan penat I ..." Hannar ketawa galak. Kakinya menggesel-gesel menggoda Fahim. Fahim sudah bosan dengan Hanna. Baginya, Rheya adalah perempuan yang baik. Pada pandangannya, tiada yang cacat langsung dengan wanita itu. Dia menolak tangan Hanna yang melingkari lehernya. Mengelak kucupan Hanna. Entah kenapa dia tiba-tiba teringat akan isterinya.

Dia tidak mengenali Rheya secara individu, tetapi dia amat mengenali orang yang bernama Putri Alina. Isterinya yang tidak kurang cantiknya, pandai dalam pelbagai hal, dan amat baik tingkah lakunya. Dia pantas bangun tanpa pamitan. Tindakan Fahim itu hampir membuat Hanna tersungkur ke lantai. " Hei! Apa you ni??!" mencerlung melihat perilaku janggal Fahim itu.

Fahim seakan-akan lupa di mana dia berada. Dia seperti baru tersedar dari tidur yang panjang. Tuhan...kenapa aku tidak nampak apa yang aku punya selama ini? Malah aku pukul dia. Fahim melihat kedua-dua belah tangannya yang mencekak leher Putri, dan menampar kuat pipi gebu isterinya. Ya Allah...nama suci itu meniti di bibirnya. Aku mesti minta ampun pada Putri. Ya! Mesti!! Dia buru-buru menuju ke pintu, tetapi di halang oleh Hanna.

Hanna berang. Tak pernah lelaki selain Radit menolak sentuhannya sebelum ini! Tidak pernah! Semuanya tersungkur dalam dakapannya.

" Kenapa dengan you ni?!" tinggi sekali nada Hanna. Fahim tersentak. Putri tidak pernah sesekali meninggikan suaranya.

" I dah bosan dengan you! Boleh blahlah!" Fahim terus mengangkat kakinya meninggalkan apartment Hanna. Terasa silap datang ke sini. Putri mesti ditemui sebelum terlambat. Elok sahaja pintu dibuka, terjengul wajah yang tadinya bermain di benaknya. Putri!

" Putri, ap..apa yang Putri buat kat sini?" tergagap-gagap Fahim dengan kemunculan yang tidak diduga itu. Putri tidak nampak terkejut, cuma wajahnya sarat dengan kekecewaan.

" Putri ikut abang. Putri nak lihat sendiri dengan mata Putri, kecurangan suami Putri. Selamat tinggal abang." Putri berpaling dan berlari menuju ke lif. Fahim masih bungkam di situ. Tidak tahu apa yang mesti dilakukan.

" Oh, itu ke bini you? Padan muka, satu lagi rumah tangga dah hancur...! hahaha..." Hanna tadi hendak menjerit pada Fahim, tidak jadi dengan kehadiran Putri. Dia terus menghempaskan pintu di belakang Fahim yang langsung tidak peduli dengan ketawa melalak Hanna itu.

Putri menangis semahu-mahunya. Wajahnya disembam pada stereng kereta. Jika selama ini, dia tidak peduli apa jua tindakan Fahim. Tetapi, hatinya sudah tidak tahan lagi. Sesuatu mesti dilakukan. Nampaknya diamnya selama ini menambah lagi luka di hati sendiri. Fahim juga semakin hanyut dalam dunia ciptaannya. Hari ini, Putri kuatkan hati untuk mengekori Fahim dari pagi. Dia melihat Fahim datang ke sini tadi. Mulanya Putri teragak-agak, bimbang menjadi mangsa baran Fahim yang kebelakangan ini kerap memukulnya pantang tersilap. Dia tahu, itulah rumah kekasih Fahim.

Putri kuatkan semangat demi Eireen. Dia pun mengikut senyap-senyap Fahim naik ke tingkat dua bangunan itu. Masa Fahim berada di dalam tidak lama, dan jelas di pendengarannya pertengkaran antara Fahim dan perempuan itu. Putri juga jelas mendengar perempuan itu menyebut Rhea, juga Radit. Apa kena-mengena dengan pasangan itu dan perempuan di dalam ni? Tidak lama kemudian pintu dibuka dari dalam. Entah kekuatan apa yang merasuk dirinya, Putri menyatakan apa yang selama ini tersemat di jiwanya. Perkahwinan ini mesti berakhir. Dia sudah tidak sanggup lagi menderita!

" Putri! Bukak pintu ni. Abang minta maaf Putri! Please...sayang, jangan tinggalkan abang!" Fahim mengetuk-ngetuk cermin tingkap kereta isterinya. Putri cepat-cepat menekan pedal minyak dan berlalu dari situ. Dia tidak lagi mahu menoleh melihat dukanya. Hidup mesti diteruskan. Biarlah dia mencari bahagianya sendiri.

CERPEN : Demi Cinta PuteriWhere stories live. Discover now