"Fahim faham. Ya..ya..baik pa," Fahim meletakkan semula telefonnya ke gagang. Dia menyandarkan kepalanya di penyandar kerusi empuknya. Sudah sebulan dia menjadi penghuni di bilik ini. Memang dia tidak pulang ke New Zealand. Termakbul! Apa yang dikatakan kepada Putri, benar-benar tidak terjadi. 'Sehingga aku terasa nak balik!' angkuh bukan? Sememangnya dia tidak langsung terasa hendak pulang. Tidak tanpa Putri dan Eireen!
Fahim meneruskan kerja-kerjanya. Sembahyang Asar sudah ditunaikan tadi bersama papa. Walaupun jam sudah hampir pukul 7.00 malam, Fahim masih tidak mahu pulang. Pulang pun bukan ada Putri dan Eireen. Suram sahaja kamarnya. Hatinya benar-benar merindui anaknya, lebih-lebih lagi rindu buat Putri.
Sehingga kini, dia tak habis fikir bagaimana dia boleh terlepas memandang segala yang dia punya selama ini. Semuanya dalam genggaman. Ikutkan, dialah lelaki yang paling bertuah di dalam dunia. Punya kekayaan, isteri yang baik, sabar, malah sangat cantik. Juga seorang anak yang comel. Namun, semuanya musnah gara-gara terlalu ego, terlalu mementingkan diri!
Fahim mencapai bingkai yang terletak atas mejanya. Gambar Putri sedang memeluk Eireen sedang memberi makan seekor koala semasa mereka melancong ke Australia setahun yang lalu. Eireen hanya setahun semasa gambar ini diambil. Namun, sangat bijak anaknya itu. Sudah pandai memanggilnya papa dan mama kepada Putri. Sudah pandai berjalan jatuh. Gambar itu dibawa ke wajahnya lalu dikucup. Dadanya terasa berat. Air matanya mengalir di pipi. Oh Tuhan..rindu sungguh dia kepada Putri. Pada Eireen. Fahim teresak-esak. Sesalan yang tiada gunanya. Betapa bodoh, dungunya dia!
Adakah waktu ini dia kisah akan semua itu? Fahim mengusap mukanya perlahan. Mengelap air matanya. Terlalu banyak masa yang berlalu tidak dihargainya. Sangat berharga!
Dia mencapai kot dan telefonnya sebelum bergerak meninggalkan pejabatnya. Dia tahu yang dia akan pulang ke rumah yang sudah tidak berseri lagi tanpa Putri dan anak mereka.
****************************
Teksi yang ditahannya dari jauh itu langsung tidak berhenti. Isy. Hari dah makin lewat. Bas pun tak ada. Hatinya resah. Malam bakal menjengah tidak lama lagi. Hanya Putri seorang yang menunggu di situ. Risau juga kalau-kalau ada yang berniat tidak elok padanya. Tadi selepas berkenalan dengan semua staf, dia dibawa Sabina melawat di sekitar pejabat. Sabina juga menerangkan skop kerjanya mulai esok. Eireen berada di rumah dijaga oleh Shita yang dengan senang hati menjaga anak saudara kesayangannya itu, semata-mata Putri menghadiri temuduga di pejabat Radit. Dan esok, Eireen akan dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak, memandangkan Shita juga bekerja.
Dengan kelulusan dan pengalaman selama dua tahun di syarikat pembinaan dalam jawatan yang sama, sebelum dia berkahwin, Putri diberi kepercayaan oleh majikan barunya untuk memegang jawatan pengurus kewangan menggantikan Ganesh yang ditukarkan ke cawangan Pulau Pinang tiga hari yang lalu.
Dia berdebar-debar juga hendak memulakan kerjanya esok. Yalah, sudah tiga tahun tidak menghadap pen, kertas dan komputer. Putri kuatkan juga semangatnya untuk memulakan hidup baru.
Pin..pin!! bunyi kuat itu hampir membuat Putri melompat. Diurut-urut dadanya. Kus semangat! Dia tidak perasan siapa gerangan pemandu kereta silver bercermin gelap itu.
"Lindungilah aku ya Allah.." ucapnya. Dicuba untuk tidak melayan, mudah-mudahan siapa pun yang berada di dalam kereta itu membatalkan apa jua niat terhadapnya.
" Putri!" Putri segera berpaling kepada suara yang memanggilnya. Ya Allah! Bukan dia ya Allah! Putri mula menyusun langkah pantas hendak melintas ke seberang jalan yang begitu sibuk itu. Wajah isterinya itu kelihatan sangat cantik. Ditambah pula dengan baju kurung yang dibeli olehnya dahulu. Kenapa aku tak pernah nampak semua itu selama ini?
" Putri, jangan la macam ni, mari abang hantarkan Putri pulang," ujar Fahim. Keajaiban berlaku. Baru sahaja hatinya memikirkan alangkah baiknya jika dia terserempak dengan Putri. Segera Allah memakbulkan niatnya, dia terpandang seorang perempuan di pondok bas yang sedang diangannya.
" Putri, please.." tetapi tangannya ditepis kasar.
" Lepas! Jangan ganggu saya boleh tak?" suara keras Putri menusuk ke telinganya. Fahim terpempam. Belum pernah mata itu mencerlung melihatnya sebelum ini. Juga tiada lagi panggilan biasa dituturkan Putri untuknya.
Terbayang-bayang di ruang mata Putri, imej Fahim yang muncul di pintu rumah perempuan simpanannya tempoh hari. Hatinya bagai ditusuk. Pedih.
" Putri, please. Dengarlah dulu cakap abang." ujar Fahim. Dia mesti kuat menghadapi kemarahan Putri yang sudah lama berkepuk di hati wanita itu. Salah aku!
" Apa lagi yang awak nak cakap? Hmm? Tak habis lagi ke nak menyakiti saya? Fahim, saya tak perlukan awak! Saya dah mulakan hidup baru dengan anak saya. Please leave me alone!" suara itu masih keras. Tiada satu pun teksi ataupun bas yang kelihatan!
" Ampunkan abang. Tolonglah Putri, abang banyak berdosa pada Putri, pada Eireen. Abang tak pinta Putri terima abang semula tapi, tolonglah maafkan abang. Supaya abang dapat hidup dalam tenang. Abang dah bertaubat Putri. Abang berdosa pada Allah, entah masih ada keampunan buat manusia kotor macam abang ni. Entahlah...abang harap Allah ampunkan abang. Mahukan Putri maafkan abang?" air mata Fahim mengalir deras.
Masih mahu meminta maaf selepas apa yang dilakukan pada aku?! Hati Putri menjerit ganas. " Selepas apa yang awak buat? Layan saya macam sampah? Nak buang saya dan anak saya ke tepi jalan? Awak masih ada hati nak minta maaf dari saya? Baliklah Fahim!" mata Putri terasa berdenyut-denyut kemarahan.
" Abang faham, sudah tentu Putri bencikan abang. Putri tak salah, abang yang salah. Tapi walau macam mana pun Eireen tetap anak abang. Abang rindukan Putri dan anak kita..." diluahkan kata-kata rindunya yang menggunung sejak dari hari Putri melangkah keluar dari kamar mereka, sebulan yang lalu. Dari kejauhan, telinganya mendengar seruan azan, menandakan waktu Maghrib sudah masuk.
" Rindu? Pelik sungguh dengar awak rindu isteri dan anak. Kenapa tak cari perempuan simpanan awak atau mana-mana pelacur untuk menghilangkan rindu awak tu?" sinis sekali Putri meluahkan apa yang selama ini berbuku di jiwanya. Fahim tidak marah mahupun terkejut dengan kata-kata Putri. Malah, itulah hakitkatnya, tentang siapa dirinya dahulu.
" Abang dah cakap yang abang dah bertaubat, Putri. Abang dah tinggalkan semuanya. Abang sedar yang abang tak bersyukur selama ini dengan apa yang abang ada. Abang punya isteri yang cantik, baik, dan sempurna serta anak yang comel, tetapi abang sia-siakan hidup abang dengan mengejar keseronokkan. Abang buta, sayang..." perkataan terakhir itu menusuk ke hati Putri. Sudah terlalu lama dia tidak mendengar kata-kata itu. Ah! Dia hanya nak beli jiwa aku! Persetankan!
" Please Fahim, saya dah lelah jadi isteri boneka awak. Saya tau siapa saya, hanya melukut di tepi gantang. Miskin, tak berharta, malah anak yatim. Tapi saya juga manusia yang ada perasaan. Satu yang saya harap, biar saya cari kehidupan saya. Lepaskan saya Fahim." Suara Putri kedengaran lembut, tetapi kata-katanya terasa mencantas jantung Fahim. Begitu sekali kemahuan Putri. Apalah ertinya hidup Fahim selepas ini. Jika inilah pengakhirannya, Fahim menguatkan hatinya supaya menerima dengan hati yang terbuka.
" Abang faham..." kata Fahim. Tiada guna lagi memujuk jika Putri sudah membuat keputusan begitu. Semua salahnya. Dia tahu takkan ada satu hari pun akan berlalu tanpa dia menyesal segala perbuatannya. Fahim pasrah.
" Abang akan turuti kemahuan Putri. Tapi, marilah abang hantarkan Putri pulang. Dah malam, bahaya naik teksi. Bas pun jarang ada jalan ni." Ujar Fahim dengan suara yang rendah. Putri memikirkan sejenak samada Fahim boleh dipercaya ataupun tidak. Namun, apalah sangat dengan bahaya yang lebih buruk jika dia masih berkeras menolak ajakan suaminya. Suami? Mungkin tidak lama lagi boleh dipanggil bekas suami!
" Baiklah. Tapi bukan bermakna saya menerima awak." Tegas nada Putri memberi amaran.
"Ya, abang tahu," pantas Fahim membukakan pintu untuk Putri. Putri memandangnya penuh curiga. Tetapi kakinya tetap melangkah masuk ke perut kereta itu. Lantas Fahim meluru ke seat pemandu, dan laju menekan minyak. Hatinya agak gembira. Putri ada di sebelahnya. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu risau kerana dia sendiri yang menghantar Putri pulang. Kalaulah Putri berkeras menolak perlawaannya, sudah tentu dia tidak lena tidur malam ini kerana bimbang sesuatu mungkin terjadi kepada isterinya.
to be continued
YOU ARE READING
CERPEN : Demi Cinta Puteri
Lãng mạnPuteri yang selalu dikasari suaminya Fahim yang suka berpeleseran di luar bersama gadis-gadis yang lain. Dapatkah Puteri bertahan hati atau tegakah dia berundur demi kebahagian duniawi yang dikejar Fahim?