ROJAK & CENDOL

22 1 0
                                    

Gabungan kemanisan gula melaka, lemaknya santan, cendol pandan, kacang merah, jagung, ditambah lagi dengan ais batu ialah cendol iaitu gabungan elemen dessert yang sempurna di malaysia bagi aku. Tapi tidak ramai yang tahu asalnya cendol dari melaka makanan peranakan baba nyonya resepi cendol yang dimakan pada ketika dahulu hanyalah santan, gula melaka dan cendol pandan sahaja kerana revolusi citarasa rakyat malaysia kian berubah akhirnya terjadilah variasi cendol yang ada pada masa kini.
   Amat sinonim pasangan cendol ialah rojak kebiasan yang menjualnya mamak kerana popularnya rojak di penang. Rojak hidangan sepinggan yang lengkap membuatkan sesiapa sahaja makan akan jatuh cinta dengan kerangupan jemput-jemput dan kuah kacang. Kuah kacang rojak manis dan pedas adalah unsur utama dalam mengikat segala-galanya bersama-sama untuk membuat rojak. Fuh lagi sedap ditambah mee kuning menjadikan mee rojak hidangan yang sangat sempurna.
   Dalam cuaca yang panas terik lagi-lagi di bawah pohon yang rendang sambil menikmati cendol dan rojak adalah satu rasa kegembiraan, kasih sayang, memori dan kenangan yang cukup indah.

Rebel Sampai Ke SorgaWhere stories live. Discover now