1 jam 24 saat

9 0 0
                                        


"Hidup di dunia ini singkat sahaja sehari hidup di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun hidup di dunia jadi fikir fikirkan" - warden block damai

1000 tahun dunia = 1 hari akhirat 1000 tahun dunia = 24jam
1000×12bln/24jam = 1jam akhirat
500 bulan = 1jam akhirat
41 tahun 8 bulan = 1jam akhirat

1 bulan = 60saat×60/500 bulan
1 bulan dunia = 7.2 saat akhirat
1 tahun dunia = 7.2×12bulan
1 tahun dunia = 86.4 saat
1 tahun dunia = 1 minit 26.4 saat

   Perkiraan purata hidup umur manusia ialah sekitar 60an kalau dihitung mengikut umur Rasulullah saw wafat ialah 63 tahun jadi perkiraan hidup umur manusia mengikut waktu akhirat ialah seperti dibawah.

63 tahun = 86.4 saat × 63
63 tahun = 5443.2 saat
63 tahun = 90 minit 43.2 saat
63 tahun = 1 jam 30 minit 43.2 saat

   Ternyata dunia yang sering kita banggakan selama ini dimana didalamnya kita berlumba mengejar kemewahan, saling membunuh, menyakiti, korupsi, berzina, mabuk dan khayal ini hanya bernilai 1 jam 30 minit 43.2 saat di akhirat. Jika ditolak dengan waktu tidur pula iaitu secara purata 8 jam sehari 1/3 daripada 24 jam mendapati kita telah tidur selama 21 tahun daripada 63 tahun jadi hanya tinggal 42 tahun atau 1 jam 24 saat di akhirat.
   Kesimpulanya berbaloikah menggunakan masa 1 jam 24 saat dengan kenikmatan, kesukaan, keseronokan di dunia sedangkan kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Bahagia atau sengsara selepas akhirat bergantung pada perbuatan kita sebelum mati. Kerana itu, Rasulullah saw pernah bersabda, "Al-dunya mazra’atu-l-akhirah" (dunia merupakan tempat menanam, yang hasilnya akan dipetik di akhirat kelak).

Rebel Sampai Ke SorgaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang