Rebel sampai ke sorga

9 1 0
                                    


BULAN LALU.
Bulan lalu aku kecundang
Punca alpa dengan yang maha esa
Harap bulan yang mendatang
Revolusi hidup lebih sempurna

PILIHAN.
Apa fungsinya hidup apa fungsinya mati?
Mengejar kemewahan dan kesenangan duniawi
Atau mengumpul ganjaran akhirat yang kekal abadi
Pilihan terletak di tangan sendiri.

LALAI.
Kebiasaan darah muda mengejar "life goals" yang diimpikan sampaikan aku lupa tanggungjawab aku kepadaNya

PERTAMA.
Pertama kali cuba untuk sukasuka
Kedua kali cuba jatuh cinta
Tiga kali cuba sudah biasa
Harihari cuba membawa bahana
Tiba masa kau masuk penjara

HIDUP.
Hidup tak seindah apa yang diharapkan,
Harapkan seperti dunia fantasi ketika kecil
Realiti hidup penuh kekejaman
Baik aku bermimpi sampai mati
...
Tapi aku lupa esok masih ada hari
Masih ada sinar matahari.

ANARKI.
Sifat anarki masih ada lagi,
Belum mati
Bukan mahu melanggar hukum dunia
Tapi mengutuk syaitan bertopengkan malaikat
Memegang panji-panji kepercayaan umum sejagat
Mengambil kesempatan tak kira masyarakat
Kerana wang bikin engkau sesat
Ternyata engkau bangsat!
Bukan langsat!

Rebel Sampai Ke SorgaWhere stories live. Discover now