Keluarga Kim mula bertolak untuk ke rumah baru.Perjalanan mereka mengambil masa kira-kira beberapa jam sahaja. Setelah sampai di rumah baru, Hara terpegun melihat rumah barunya itu.Seakan tidak percaya bahawa rumah barunya itu lebih besar dari rumahnya yang sebelum ini.
Mana tidaknya rumah Hara yang sebelum ni hanya 2 tingkat, tetapi rumah yang berada dihadapan Hara sekarang ni 3 tingkat dan kawasan rumahnya jauh lebih luas dari sebelum ini.
"Wah! Besarnya rumah ni, omma appa betul ke ni rumah baru kita?ke kita salah alamat?"Hara seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat sekarang ini.
"Betul lah ni rumah baru kita, Hara suka tak dengan rumah ni?"Tuan Kim bertanya kepada Hara yang masih melihat rumahnya itu.
"Suka... Suka sangat. "Balas Hara ringkas.
"Jomlah kita masuk dulu panas duduk kat luar ni.Kita pergi tengok-tengok dulu dekat dalam apa yang patut sebelum orang yang hantar barang-barang rumah kita sampai. "Ajak Puan Kim kepada yang lain lalu mengambil beberapa buah beg lalu dibawa masuk.
Yang lain hanya mengangguk lalu masuk kedalam rumah.
"Wah!!!besarnya kat dalam ni cantik pulak tu!!!"jerit Hara kerana terlalu gembira.
"Yah!!appo!!senyap lah sikit sakit telinga oppa tahu tak.Dah lah jerit tu dekat telinga oppa kalau jauh tak apa lah jugak."Mingyu menjeling ke arah Hara dengan tangannya menutup telinga.
"Hihihi.... Sorry oppa tak sengaja. Hara gembira sangat tengok kat dalam ni.. Dah lah besar cantik pulak tu."Hara tersengih sambil melihat Mingyu.
"Kalau gembira pun tak payah lah jerit kat telinga oppa sakit tahu tak.Boleh cair tahi telinga oppa dengar Hara jerit tahu tak.Kalau merdu tak apa lah jugak, ni hmmm malas lah cakap. "Mingyu mengusik Hara dengan nada sedikit memerli.
"Yah!!!!"Lalu Hara memukul lengan Mingyu.
"Appo!!! sakit lah tahu tak. "Reget Mingyu lalu mengosok tempat yang Hara pukul.
"Tak tahu dan tak nak tahu. Tu lah sapa suruh cari pasal lagi. "Kata Hara dengan nada merajuk.
"Kenapa bising-bising ni?Sapa yang jerit tadi? Sampai tingkat atas dengar."Tanya Woobin yang berada di tangga lalu turun ke tingkat bawah untuk melihat di bahagian lain pulak.
"Sapa lagi kalau bukan adik kesayangan hyung ni.Gembira sangat sampai terjerit dibuatnya."Kata Mingyu lalu cuba memujuk adik kesayangannya itu.
"Apa-apa je lah,hyung nak pergi tengok bahagian lain pulak. Hara jangan terjerit-jerit pulak kalau tengok dekat bahgian lain. "Usik Woobin lalu pergi meninggalkan Hara dan Mingyu.
Hara hanya buat-buat tidak dengar apa yang dicakap oleh Woobin kerana malas nak melayan.
"Hara jom kita tengok bahagian lain. "Mingyu masih lagi cuba memujuk Hara untuk kali-2 .
Hara hanya buat tidak tahu dan terus melayan handphonenya yang sememangnya sudah ada di tangannya dari tadi.Mingyu mengeluh sedikit kerana Hara tidak mahu melayannya.
"Haish....Mian oppa mintak maaf pasal tadi tu oppa gurau je lah.Dah lah merajuk tu nanti oppa belanja aiskrim nak? "Kata Mingyu sememangnya tahu Hara sangat suka makan aiskrim lagi lagi kalau yang orang belanja lagi lah dia suka.
"Betul ni oppa nak belanja aiskrim?Kalau tipu Hara merajuk lagi."Hara bertanya untuk memastikan betul atau tidak.
Mingyu tersenyum apabila Hara tidak lagi merajuk dengannya,lalu Mingyu mengangguk.
"Betul sayang oppa nak belanja Hara aiskrim. Nak ke tak nak? Kalau tak nak tak pe oppa tak kisah pun."Mingyu mengusik Hara.
"Nak lah. "Hara balas dengan ringkas.
"Jom kita tengok kawasan rumah. "Mingyu mengajak Hara.
~S K I P~
Setelah barang-barang dan perabot sampai di rumah baru mereka maka bermulalah misi mengemas rumah dan susun atur perabot.
"Banyaknya nak kena kemas..malasnya ahhhhh!! "Rungut Hara apabila melihat barang-barang yang baru sahaja sampai.
"Jangan nak merungut sangatlah kemas je lah. Cepat kita buat cepat lah siap nanti Hara nak kena kemas barang Hara pulakkan?Dah cepat. "Kata Puan Kim sambil menyusun apa yang patut.
"Ahhh! Dah lah barang Hara banyak yang nak kena kemas." Kata Hara cuba untuk lari dari tugasan mengemas rumah.
"Tu lah barang tu banyak sangatkan. Dah-dahlah merungut tu nanti lagi lambat Hara boleh kemas barang Hara kat dalam bilik."Balas Puan Kim.
Hara hanya menurut arahan Puan Kim. Lalu Hara mula misinya untuk mengemas rumah. Lagi cepat dia kemas lagi cepat siap,boleh lah dia mula mengemas bilik dia pulak.
Setelah selesai mengemas apa yang patut, Hara mula naik ke tingkat atas untuk mencari bilik yang sesuai sama ada tingkat atas sekali ataupun tingkat 2.
Setelah beberapa minit Hara mencari bilik yang sesuai,akhirnya Hara membuat keputusan untuk memilih bilik yang berada di tingkat 2 bersebelahan bilik abangnya iaitu Mingyu.
"Bilik ni pun okaylah, tingkat 2 bersebelahan bilik Mingyu oppa."Kata Hara kepada dirinya sendiri.
Lalu Hara mengambil kunci bilik itu untuk membukanya.Apabila Hara masuk ke dalam bilik itu,Hara seakan terkejut dengan keadaan bilik itu.
"Wow!!besarnya bilik ni lebih besar dari bilik aku yang dulu.Dah lah besar cantik pulak tu. "Hara terus berlari ke arah katil lalu merebahkan badannya.
~S K I P~
"Hyung ada orang baru pindah lah kat sebelah rumah kita. "Kata seseorang lalu membuka pintu untuk masuk.
"Tahu,aku pun nampak ni. Tapi siapa? Lelaki ke perempuan? Tapi nampak macam sekeluarga je.."Balas seorang lagi sambil melihat ke arah rumah tersebut.
"Jomlah masuk, kita tanya diorang mana tahu diorang tahukan?"
"Kau jangan nak masuk je,angkat barang-barang ni. Takkan nak suruh aku angkat sorang-sorang dah lah banyak. "Lalu mengangkat barang-barang tersebut.
"Hyung ni angkat je lah sorang-sorang. "Rugut lelaki tersebut lalu mengangkat barang-barang itu.
Mereka berdua terus ke dapur untuk meletakkan barang-barang yang mereka beli sebentar tadi.
Setelah selesai mereka berdua terus ke ruang tamu untuk berehat.Yang lain hanya menonton tv tanpa mempedulikan mereka yang baru melabuhkan punggungnya.
Akhirnya salah seorang membuat keputusan untuk bertanya pasal jiran baru mereka itu.
"Korang semua tahu tak siapa yang baru berpindah kat sebelah rumah kita tu?Nampak macam sekeluarga je. "Tanya lelaki tersebut.
Yang lain hanya melihat ke arah orang yang bertanya.
"Tak tahu lah pulak. Ade orang baru pindah ke?Hyung duduk dalam rumah je hari ni tak keluar pun."Kata kawannya.
"Emm...esok jelah kita tegur jiran baru tu. Kalau nak tegur sekarang pun mungkin diorang tengah sibuk kemas rumah kan? Jadi esok jelah. "Balas yang lain pulak.
~S K I P~
"Akhirnya siap jugak aku kemas fuhh penatnya.Dah pukul berapa ni?" Lalu Hara mengambil telefonnya dan on untuk melihat jam.
"Dah pukul 5.50 petang ke.Hmm....esok jelah aku mintak aiskrim kat Mingyu oppa. Malaslah pulak nak pergi hari ni, nak rehat lah kejap. "Kata Hara lalu merebahkan badannya diatas katil lalu Hara tertidur.
-----------------------------------------------------------
Mian kalau part ni banyak skip 😅😅~~~
Mian kalau part ni membosankan😭😭
Jangan lupa vote and comment🐇🐇
YOU ARE READING
Seoul High School [GOT7/BTS]
RandomMengisahkan seorang budak perempuan yang terpaksa bertukar ke sekolah lain iaitu Seoul High School di sebabkan oleh ayahnya terpaksa ditukarkan ke tempat kerja yang lain... Maaf author tak pandai nak buat sinopsis sebenarnya..... T_T