Jam loceng milik Hara kembali menganggu mimpi indah yang telah dicipta oleh Hara sendiri. Ruang dalam bilik Hara hanya kedengaran bunyi jam sahaja.
Dengan malasnya Hara bangun lalu menutup jam loceng yang telah menganggu tidurnya itu.
"Hara bangun nanti lambat pulak nak ke sekolah!Lepas bersiap nanti turun bawah makan."Kata Puan Kim yang melalui bilik Hara lalu turun untuk sediakan sarapan pagi.
"Nae. "Balas Hara ringkas yang masih lagi mamai.
Hara mula turun dari katilnya. Dengan langkah yang malas, Hara mengambil tualanya lalu menuju ke arah bilik mandi.
Setelah Hara mengambil masa beberapa minit di dalam biliknya. Hara mula turun ke bawah untuk bersarapan.
Woobin yang melihat Hara turun untuk makan pagi terus menyapa Hara.
"Morning Hara. "Sapa Woobin dengan mulutnya masih penuh dengan makanan.
"Morning ,apa oppa ni,habiskan makanan dalam mulut tu dulu. Habis keluar makanan oppa. "Hara berkata lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Nah...makanlah omma buat nasi goreng. Omma nak ambik air kejap dekat dapur."Kata Puan Kim kepada Hara. Hara hanya mengangguk lalu mengambil sudu.
"Hari ni oppa yang akan hantar Hara ke sekolah ."Woobin memulakan perbualan Hara hanya mengangguk.
Hara yang melihat jam pada dinding rumahnya telah menunjukkan pukul 7.25 pagi terus mengajak oppanya untuk bertolak ke sekolah.
"Oppa kajja!kita pergi,dah lewat ni nanti nak daftar lagi. "Hara terus bangun lalu mangambil beg dan kasutnya lalu terus keluar rumah.
~S K I P~
"Okay dah sampai, balik nanti oppa mari ambil jugak tau. Balik nanti Hara call,baru oppa mari. Sebab oppa tak tahu Hara balik pukul berapa. "Woobin memberhentikan keretanya di depan pintu pagar sekolah.
"Okay, gomawo sebab hantar Hara. Hara masuk dulu.Annyeong! "Hara membuka pintu lalu keluar dari kereta oppanya dan melambai tangannya.
Setelah bayangan Hara hilang dari pandangan Woobin mula pergi meninggalkan kawasan sekolah tersebut.
"Cantik jugak sekolah ni. Besar pulak tu, ni mesti anak-anak orang berada yang sekolah dekat sini ni.Nampak mewah je sekolah ni. "Kata Hara dalam hati yang mula melangkah masuk.
Ramai pelajar yang melihat Hara tidak kira lelaki atau perempuan. Hara yang merasa dirinya diperhatikan berasa agak kurang selesa. Terasa dirinya bagai artis pulak.
"Dah kenapa diorang ni?pandang aku macam tu? Aku bukannya artis,sampai nak pandang aku macam tu. Ke aku yang salah masuk sekolah? Haish... susah jugak kalau jadi orang cantik ni, banyak sangat mata memandang. "Kata Hara dalam hati dengan bangganya lalu tersenyum sendiri.
Hara masih meneruskan perjalanannya untuk mencari pejabat sekolah.
"Mana pejabat ni. Tak jumpa pun, nak tanya diorang takutlah pulak."Rugut Hara sendiri.
Sedang Hara ralik mencari, Hara tidak perasan bahawa ada sekumpulan pelajar lelaki dihadapnya. Lalu Hara terlanggar salah seorang ahli kumpulan tersebut.
"Aduh! Sakitnya sapa pulak yang aku langgar ni.Mianhae,saya tak sengaja.Saya tak nampak tadi. "Hara menundukkan sedikit badannya tanda mintak maaf."Aduh! Sakitnya, kau buta ke apa! Aku yang besar kat sini boleh kau tak nampak.Lain kali jalan guna mata, ni tak jalan guna lutut. Marah lelaki tersebut kepada perempuan dihadapannya.
Membernya yang lain hanya melihat sahaja lelaki tersebut memarahi perempuan yang berada dihadapannya itu.
"Mianhae, saya tahu saya salah."Kata Hara sekali lagi yang berasa bersalah sambil menundukkan sedikit kepalanya.
"Kau ingat dengan kata maaf kau tu rasa sakit kat badan aku ni boleh hilang ke?hah!."Sekali lagi lelaki tersebut mencari kesalahan Hara.
Hara yang berasa dirinya terus dipersalahkan terus berada tidak berpuas hati terhadap lelaki berkulit putih seputih susu dihadapannya itu.
"Tapi saya dah mintak maafkan dan saya tak sengaja TAK SENGAJA bukannya suka-suka saya nak langgar awak."Balas Hara dengan tidak puas hati dan menekankan perkataan tak sengaja itu.
Dalam masa yang sama Hara mengambil peluang untuk bertanya kepada kawan lelaki tersebut di mana pejabat sekolah berada.Kerana malas mahu melayan lelaki tidak waras dihadapannya itu.
"Boleh saya tahu pejabat sekolah dekat mana? Saya nak tanya diorang tapi takut lah pulak. Diorang tengok saya lain macam je. "Kata Hara dengan lembut kepada sekumpulan lelaki di hadapannya kecuali Suga.
"Boleh, nanti saya tunjukkan. Awak ni budak baru ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni? "Tanya seorang lelaki yang bernama Jin.
"Nae... saya budak baru kat sekolah ni, sebab tu saya nak cari pejabat. "Balas Hara lalu memberi senyuman. Yang lain hanya mengangguk.
Suga yang masih tidak berpuas hati hanya melihat Hara bertanya kawan-kawannya bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.
J-hope yang perasan Suga agak tidak puas hati, terus berkata supaya bergaduhan perang mulut tidak bersambung kembali.
"Dah lah tu hyung. Dia cakap dia tak sengajakan, lagipun dia dah mintak maafkan? Dah lah. "J-hope cuba untuk memenangkan hyungnya.
"Banyaklah dia tak sengaja!. Bukan main besar lagi hyung dekat sini boleh pulak dia cakap tak nampak. Lain kali jalan guna mata tengok depan, ni mesti jalan guna lutut sebab tu main redah je."Perli Suga yang masih marah.
Hara sedikit marah dengan kata-kata mamat putih susu a.k.a mayat hidup di hadapannya itu,atau lebih tepat diperli sebegitu.Sudah di mintak maaf tapi masih lagi mahu cari kesalahannya.
"Saya dah mintak maafkan? apa yang awak nak marah lagi?"Kata Hara dengan suara yang sedikit tinggi. Sikit je lah tak banyak pun.Lalu menjeling.
"Boleh saya tahu nama dia? "
"Nama dia Min Yoongi tapi kitorang panggil dia Suga. "Kata Jungkook dengan ringkas.
"Ouh...btw Min Sugar saya jalan guna kaki dan mata untuk tengok depan... tapi tak tahu lah kalau awak ni pelik jalan guna mata tak guna kaki. Tapi boleh ke?mestilah bolehkah kalau awak yang buat. "Bidas Hara dengan pedas sekali lalu memberi senyuman sinis.
Suga yang dibidas sebegitu tergamam sekejap. Hatinya kini benar-benar bertambah membara dengan kata-kata Hara.Yang lain hanya menahan ketawa, kalau ketawa nanti kena marah pulak dengan Suga yang sememangnya tengah membara itu.
"Awak boleh tak tunjukkan saya pejabat.Sebab saya takut lewat nanti masuk kelas.Kalau saya duduk dekat sini lama-lama lain pulak jadinya nanti. "Kata Hara lalu mengajak Jin.
"Korang masuk kelas dulu, hyung nak tunjukkan pejabat kejap. Nanti kita jumpa masa rehat okay? "Kata Jin lalu pergi meninggalkan mereka yang lain.
~S K I P~
"Okay semua, sila beri perhatian hari ni kelas kita ada seorang budak baru.Kamu boleh masuk. "Kata guru yang mengajar mata pelajaran matematik iaitu Cg. Jihyo.
Hara mula melangkah masuk ke kelas barunya iaitu kelas 4B-1
"Annyeonghaseyo Kim Hara imnida, sila beri tunjuk ajar. "Kata Hara ringkas lalu menundukkan sedikit badannya.
"Okay Hara awak boleh duduk sebelah Mina. Mina sila angkat tangan awak. "Kata Cg. Jihyo.
Hara yang melihat Mina mengangkat tangan, terus menundukkan sedikit badannya sebelum pergi ke tempat duduknya untuk memulakan pembelajarannya.
Setelah beberapa mata pelajaran berlalu. Akhirnya loceng telah berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba.
Ramai pelajar mula keluar dari kelas masing-masing dengan berpusu-pusu. Hanya Hara sahaja yang masih berada didalam kelas. Sedang Hara menyimpan barang-barangnya tiba-tiba datang seorang perempuan lalu menyapa Hara.
-----------------------------------------------------
Thanks sapa yang baca ff ni😊😊Sorry kalau part ni agak membosankan.T_T
Sorry kalau ada typo😅😅.....
#Vote and Comment.......
YOU ARE READING
Seoul High School [GOT7/BTS]
RandomMengisahkan seorang budak perempuan yang terpaksa bertukar ke sekolah lain iaitu Seoul High School di sebabkan oleh ayahnya terpaksa ditukarkan ke tempat kerja yang lain... Maaf author tak pandai nak buat sinopsis sebenarnya..... T_T