Part 1

71 2 0
                                    

Kelana Jaya, Selangor

Cuaca pada malam itu kelihatannya amat kurang baik sekali. Bunyi dentuman guruh di langit kedengaran dengan begitu jelas. Cahaya kilauan sang halilintar dan juga petir kelihatan jelas memancar di dada langit. Kemungkinan besar hujan yang amat lebat akan mula menghujani seluruh kawasan salah sebuah bandar elit yang terletak di dalam kawasan milik negeri bendera merah kuning itu. Barangkali sang bumi ketika ini sedang menyeru sang awan agar meluahkan sedikit bebanan air yang ditakungnya. Tambahan pula, sudah beberapa hari bumi daerah ini sudah kering tidak dihujani air rahmat dariNya.

Namun ternyata keadaan di dalam minda Farhan pada ketika ini jauh lebih berkecamuk berbanding situasi di luar sana. Bunyi dentuman guruh di angkasa raya membuatkan dirinya semakin serabut. Lantas, kedua matanya yang agak bundar itu dipejamkan dengan seerat-eratnya. Kesepuluh jari-jemari beliau yang agak runcing itu ditemukan dan dikepal bersama dan dilekapkan ke bibir beliau yang agak kemerahan sedikit itu. Keadaan beliau ketika ini hampir sama seperti seorang paderi yang sedang berdoa di dalam gereja. Kedua belah telinganya dibuka dengan seluas-luasnya, sehinggakan setiap bunyi yang terhasil dek keadaan di sekitarnya ketika itu dapat didengari dengan jelas.

Selang beberapa minit kemudian, kelihatan hujan yang merupakan sebahagian daripada tanda-tanda rahmat Allah kepada para hambaNya mula turun dan membasahi setiap sudut permukaan bumi. Lantaran terdengar bunyi deruan hujan yang teramat lebat itu turun maka dengan spontan kedua mata Farhan itu dibuka. Pandangan Farhan ketika ini dikalihkan ke luar jendela bilik tidurnya itu. Seketika itu jugalah beliau termenung. Jaub merenung ke dalam dasar mindanya yang paling dalam. Cuba untuk mencari apakah solusi yang paling positif dan relevan untuk diambil. Beliau sedar, sekali sahaja keputusan dibuat maka ianya akan mempengaruhi seluruh kitaran hidupnya. 

Keluhan jelas kedengaran daripada dalam dirinya. Farhan bangkit, mula mendekatkan dirinya dengan jendela bilik tidurnya. Balkoni yang berada di bahagian luar bilik itu sudah basah kerana tempias air hujan yang mencurah itu. Setiap langkah yang diambil itu semacam memberikan keringanan terhadap bebanan masalah yang beliau hadapi pada detik ini. Bunyi titisan air hujan yang mengenai lantai jubin balkoni bilik tidurnya itu seakan-akan menjadi pelembut kepada masalahnya yang kian mengeras dan mengeras di ruang jiwanya. Sungguh Farhan kelu. Jiwanya buntu. Apakah yang harus dilakukannya? 

Di atas katil tidurnya itu, kelihatan beberapa pucuk senjata api yang amat berbahaya. Kesemua senjata api itu telah ditempah oleh beliau daripada seorang broker penjual senjata api yang cukup terkenal di kalangan para pembunuh upahan. Matanya mula meneliti setiap satu senjata yang ada di hadapannya pada ketika itu. Dalam beberapa jam yang lalu seorang transporter telah menghantarkan kesemua senjata yang diminta oleh Farhan itu ke rumahnya. Bayaran telah dibuat dengan menggunakan kaedah wire transferring. 

"Bukankah engkau kata yang engkau sudah bertaubat? Kenapa engkau masih lagi berurusan dengan manusia-manusia yang menjadi penentang Tuhan? Bukankah engkau mahu mencari kedamaian yang abadi? Mengapa engkau masih lagi mahu membiarkan diri engkau bergelumang dengan dosa-dosa silam yang telah engkau tinggalkan? Apa engkau tidak takut dengan azabNya yang pedih dan keras?" Persoalan-persoalan itu semuanya menghinggapi benaknya. Ya, benar beliau sudah lama berhenti daripada melakukan kerja-kerja kotor itu. Beliau sudah lama mendiamkan diri daripada melakukan tugas membunuh untuk mendapatkan ganjaran. 

Namun ternyata berita yang diterimanya semalam cukup mengejutkan. Baru sahaja pulang daripada menunaikan solat fardhu Isya dari masjid berdekatan, Farhan telah dikejutkan dengan berita penculikan Shahirah. Ya, Shahirah iaitu wanita yang menjadi punca kepada perubahan yang mendatangi dirinya. Wanita muslimah yang menjadi pemangkin kepada dekatnya diri beliau kepada Allah. Cahaya Islam yang selama ini susah untuk menembusi relung jiwanya kini sudah menjadi penyuluh hidup Farhan tatkala mana Allah mempertemukan dia dengan Shahirah. Kini, wanita muslimah itu diculik oleh bekas majikannya yang cukup terkenal dengan kekejaman beliau di dalam arena dunia hitam. Mengenangkan kembali itu semua membuatkan Farhan mula mengepal tangannya menjadi sebuah penumbuk. 

Waktu sudah menunjukkan tepat pukul 8.30 malam. Tidak lama lagi azan fardhu Isya akan berkumandang di udara. Selalunya pada waktu begini Farhan akan membersihkan diri dan mengenakan jubah putih yang dihadiahkan oleh rakannya yang bertugas sebagai seorang imam masjid di Setiawangsa. Namun malam ini beliau tidak berbuat demikian. Sehelai baju kemeja turtleneck berwarna hitam beserta dengan sehelai baju coat yang berwarna sama dikenakan pada tubuhnya. Sehelai seluar kemeja berwarna hitam juga turut dipakaikan. Malam ini Farhan berketrampilan lain. Rambutnya disikat kemas ke tepi. Wajahnya yang kelihatan ala-ala penyanyi terkenal Korea iaitu Taecyeon itu kelihatan sedikit bengis. Tidak seperti selalu, tenang dan bersahaja. 

Sepucuk pistol jenis TTI Glock 26 dicapai oleh Farhan. Diperiksanya senjata itu dengan teliti. Dari sudut kelancaran tembakan, dan sebagainya. Setelah itu, Farhan kemudiannya mencapai sepucuk pistol jenama SIG Sauer p226 yang disaluti dengan stainless steel. Pistol pertama itu tadi disisip di bahagian belakang pinggangnya manakala pistol yang kedua itu pula disisipkan di bahagian sisi kanannya. Setiap satu senjata api kecil itu telah disediakan bersama tiga kotak peluru yang dipanjangkan (extended mags ) dimana setiap satunya memiliki pusingan tembakan yang agak lama daripada biasa . Sejurus setelah itu beliau beralih pula kepada senapang AR15 Tactical yang dimana dilengkapi dengan hybrid sight. Senapang buatan Amerika Sayrikat ini pula disertakan dengan lima kotak peluru di mana empat kotak diikat secara berdua dan satu lagi pula sebagai spare-part.  Sebilah pisau kecil auto disisipkan di bahagian kaki beliau sebagai senjata terakhir. 

Seusai sahaja melakukan pemeriksaan yang teliti terhadap kesemua senjata tersebut, Farhan kemudiannya melakukan tindakan yang seterusnya. Senapang AR15 Tactical disimpan di dalam sebuah beg berbentuk gitar. Baju coat berwarna hitam yang disarungkan pada badannya itu tadi dibutangkan agar beliau kelihatan lebih kemas. Setelah dipastikan segalanya lengkap dan tiada apa yang berkurangan, Farhan kemudiannya terus menggalab beg gitar itu tadi dan terus beredar dari biliknya itu. Setelah mana beliau menuruni tangga rumahnya, Farhan dengan segera mengambil kunci keretanya yang disangkutkan di tempat penyangkut kunci bersebelahan dengan pintu utama rumahnya. 

Kereta Lamborghini berwarna jingga miliknya tersergam di ruang tengah garajnya. Seusai sahaja memasukkan beg gitar berisi senapang itu tadi ke tempat duduk belakang, Farhan kemudiannya menuju ke tempat duduk pemandu. Enjin dihidupkan dan beliau memandu keretanya itu keluar daripada garaj tersebut secara berundur. Seusai sahaja keretanya itu keluar dengan secara automatik, pintu garaj itu mula menutup ruang masuk dengan perlahan. Lantas, beliau menekan pedal minyak dan memecut laju keretanya lalu meninggalkan rumah banglonya. 

THE TIP POINTWhere stories live. Discover now