Part 4

28 2 2
                                    

HUJUNG KUALA LUMPUR (BERDEKATAN STARKWOOD HOTEL)

Kereta Lamborghini berwarna jingga itu dipandu perlahan oleh Farhan menuju ke sebuah tempat letak kereta yang terletak sedikit jauh daripada kawasan hotel tersebut. Melihat jam di tangan beliau, waktu ketika ini sudah memasuki sekitar pukul 11.15 malam. Meskipun masih berada di dalam kawasan Kuala Lumpur namun keadaan di sekitar hotel tersebut sudah kosong. Lengang, seolah-olah tiada langsung jiwa yang pernah menghuni atau sedang menduduki kawasan sekitar premis berkenaan. Setelah dipastikan tiada sesiapa di kawasan berkenaan, Farhan terus melangkah keluar daripada kenderaannya. Beg gitar berisikan senapang AR15 Tactical dikeluarkan daripada tempat duduk belakang dan terus digalaskan di bahu kanannya. 

Keadaan persekitaran pada waktu itu cukup sunyi. Sepi dan hanya bunyi-bunyian angin sahaja yang menemani Farhan di sepanjang jalan beliau menuju ke hotel tua tersebut. Sungguh, ramai di kalangan masyarakat yang menetap di sekitar Kuala Lumpur yang tidak tahu bahawa akan kewujudan tempat misteri sebegini. Buktinya? Sehingga kini mereka tidak tahu mengapa pihak kerajaan mengeluarkan arahan bahawa keadaan di persekitaran hotel tersebut (sepanjang 600 meter radius) mesti dikosongkan. Sedangkan semua sudah sedia maklum bahawa Kuala Lumpur merupakan bandar yang tidak pernah tidur. Bandar tempat di mana pahala dan dosa akan bertarung siang dan malam tanpa henti. Bandar metro yang bernafas selama 24 jam.

Hanya mereka yang sama spesies dengan Farhan sahaja yang mengetahui sebab sebenar di sebalik arahan tersebut. Ya, hal ini kerana hotel itu bukannya untuk sebarangan orang. Hanya mereka yang mempunyai hubungan dan kepentingan di dalam organisasi rahsia sahaja yang dibenarkan untuk menetap di situ. Tujuan utama hotel itu didirikan adalah untuk dijadikan sebagai markas kumpulan rahsia tersebut setelah mana mereka mula menapak di tanah ini, bukan sekadar tempat untuk berehat atau bercuti sahaja. Malahan, di dalam hotel itulah juga segala perbincangan dan juga operasi rahsia diutarakan. Antaranya termasuklah perkara berkaitan dengan skandal atau isu-isu di dalam kerajaan dan juga agenda mereka yang seterusnya. Ringkas kata, hotel tersebut merupakan lubuk kejahatan yang langsung tidak diketahui oleh sesiapa. Yang diketahui bangunan itu hanyalah sebuah hotel biasa, itu sahaja.

Semasa di dalam perjalanan memasuki kawasan letak kereta utama di hadapan bangunan hotel tersebut, minda Farhan mula membayangkan situasi yang kemungkinan bakal berlaku. Sebermula daripada melangkah masuk dari pintu utama sehinggalah menuju ke tingkat atas hotel. Semuanya cuba untuk diimaginasikan. Dengan berbuat demikian maka mudah untuk Farhan merancang apakah langkah yang harus diambil dan apakah langkah yang tidak perlu dilakukan. Tali beg gitar yang digalas di bahu kanannya itu digenggam erat. Kedua biji mata Farhan digerakkan ke kiri dan ke kanan ekor matanya untuk memerhatikan keadaan sekeliling. Nafasnya dikawal agar sentiasa bertenang. Bertenang meskipun dia tahu bahawa sebentar lagi dia akan melangkah ke 'zon perang'. Pistol SIG Sauer P226 yang diletakkan di  pinggangnya itu dipegang bahagian pemegangnya oleh Farhan sebagapi langkah awal. Jika ada yang cuba untuk menyekat maka dia tidak akan sesekali teragak-agak untuk melepaskan tembakan.

Tangga yang diperbuat daripada batu marmar hitam dari Hong Kong itu dimudeki oleh Farhan dengan penuh berhati-hati. Selangkah demi selangkah beliau semakin menghampiri pintu utama hotel tersebut. Pistol SIG Sauer P226 itu tadi dibawa keluar dan dipegang dengan erat. Sambil mengacukan senjata api itu ke hadapan, Farhan menggerakkan satu lagi tangannya untuk membuka pintu utama hotel. Setelah dibuka pintu itu, beliau terus melangkah masuk dengan penuh berwaspada. Keadaan di ruang lobi masih seperti dahulu. Cuma bezanya adalah tiada usher  yang menunggu, tiada lagi para pembunuh upahan atau orang kepentingan yang selalunya duduk berbual di ruang lobi. Bukan itu sahaja malahan petugas yang sering berada di meja bahagian receptiont juga tidak ada. Semuanya menghilangkan diri. 

'Mereka sudah bersedia. Aku sudah agak.' Farhan berkata di dalam hatinya. Sejurus setelah dipastikannya bahawa keadaan di ruang lobi lancar, maka beliau terus menyimpan pistolnya itu semula. Senapang AR15 Tactical yang disimpan di dalam beg gitar dibawa keluar. Setelah diperiksa senjata itu untuk kali terakhir, Farhan terus menuju ke sebuah lif. Setelah memasuki lif tersebut, Farhan kemudiannya menekan punat butang bernombor satu.

THE TIP POINTWhere stories live. Discover now