Part 3

29 3 0
                                    

STARKWOOD HOTEL, HUJUNG KUALA LUMPUR

Sisa-sisa lamb chop yang masih lagi ada di dalam pinggan itu dihabiskan dengan segera oleh Grave. Sungguh, malam itu seleranya agak lain macam. Kelaparan yang dialaminya pada waktu itu membuatkan dirinya berasa tidak senang duduk sedari tadi lagi. Secawan Burgundy merah yang terletak di sebelah kiri pinggan tersebut diambil dan diteguk sehingga habis. Manakala, garfu dan juga pisau pemotong daging yang digunakan oleh Grave itu tadi diletakkan dengan secara teratur di atas pinggan. Tangan kanannya kemudiannya mencapai sehelai tisu putih yang diletakkn di sebelah kanan pinggan tersebut dan digunakan untuk menyapu sedikit kekotoran kesan makanan mewah itu di bibirnya. 

Berhadapan dengan Grave di sebelah hujung satu lagi meja tersebut, seorang Muslimah yang berpakaian labuh berwarna hitam kelihatan sedang duduk sambil memerhatikan lelaki di hadapannya ketika itu. Makanan yang dihidangkan di hadapannya ketika itu langsung tidak dijamahnya walaupun sedikit. Seleranya berada di paras sifar ketika itu. Ditambahi lagi dengan situasi sekarang yang dia sendiri tidak memahami dengan sejelas-jelasnya. Persoalan-persoalan seperti di mana dia berada ketika ini, mengapa dia diculik menjadikan dirinya semakin tidak berseleran untuk menjamah makanan yang disediakan di hadapannya itu. 

"Kenapa awak culik saya?" Shahirah memulakan bicara dengan bertanya, sekaligus memecahkan keheningan yang sedari tadi hanya dihiasi dengan bunyi dentuman kuat guruh di luar. Suasana sifar bicara yang menyelubungi mereka berdua ketika ini membuatkan Shahirah bertambah kurang selesa. 

"Semua ini ada kaitan dengan..Farhan ke?" Shahirah bertanya sekali lagi. Serentak dengan persoalan itu, bunyi kuat dentuman guruh di dada langit kedengaran lagi. Kali ini bunyinya jauh lebih kuat dan agak dekat detakannya sehinggakan Shahirah terpaksa menutup telinga beliau dengan tangannya. 

Grave menjeling tajam ke arah wanita Muslimah di hadapannya itu. Jelingannya yang tajam seperti sang iblis itu membuatkan Shahirah gerun tatkala mana melihat perubahan wajah lelaki yang kelihatan seperti ala-ala Liam Neeson itu. Rambutnya yang berwarna putih dan disikat kemas ke tepi itu membuatkan Grave kelihatan kacak dan hampir seiras dengan pelakon utama cerita Taken itu. Spontan dengan itu kedua-dua tangannya disatukan dan diletakkan di bibirnya. Matanya yang berwarna biru terang retinannya itu masih lagi menatap wajah Shahirah. Dalam masa yang sama, Grave mula memerah akal dengan semahu-mahunya. 

'Apa yang istimewa sangat wanita di hadapan aku ini? Apa yang ada pada dirinya sehingga mampu membuatkan lelaki yang keras hatinya seperti O berubah dengan sebegitu cepat?' Soalan-soalan seperti itu sedang bermain di minda Grave ketika ini. Dan sehingga kini masih tiada sebarang jawapan yang mampu dicanangkan oleh mindanya. 

"Kenapa awak pandang saya begitu? Awak masih belum menjawab soalan saya lagi..Siapa awak sebenarnya? Kenapa awak culik saya?" Shahirah memberanikan dirinya untuk bertanya sekali lagi dengan nada yang sedikit lantang. 

"Shahirah...Itu nama awak, bukan?" Grave bertanya. Suaranya yang sedikit garau itu kedengaran agak menyeramkan. Ditambahi lagi dengan reaksinya yang agak dingin itu membuatkan sesiapa sahaja yang berada di hadapannya pada ketika ini pasti akan menggeletar dan rasa ingin melarikan diri.

"Ya...Itu nama saya." Shahirah menjawab.

"Saya hairan. Sungguh saya merasakan suatu kelainan pada awak. Cuma kelainan yang bagaimana saya sendiri pun tidak pasti. Namun saya yakin awak memilikinya, jikalau tidak masakan awak boleh mempengaruhi O. Sudah ramai yang menjadi mangsa peluru beliau. Dia tidak pernah terpengaruh dengan pujuk rayu mangsa-mangsanya. Tapi bila disebut nama awak, dia terus berubah. Hairan bin pelik." Ujar Grave sambil mukanya tersenyum sinis.

Shahirah terdiam. Mulutnya yang tadi lantang meminta jawapan kini senyap seolah-olah dikunci oleh sesuatu yang bersifat ghaib namun wujud. Jadi itulah nama sebenar Farhan, atau mungkin juga nama gelaran beliau kerana Shahirah masih ingat bahawa Farhan atau O pernah berkata pada beliau bahawa di tempat dia dibesarkan, mereka tidak akan memanggil beliau dengan nama. Sebaliknya mereka akan diberikan nama gelaran atau code name. Cara itu lebih mudah bagi mereka mengenalinya. 

THE TIP POINTWhere stories live. Discover now