Part 5

11 0 0
                                    

STARKWOOD HOTEL, HUJUNG KUALA LUMPUR (ARAS KETUJUH)

Alunan lagu 'Avi Maria' menyelubungi sekitar ruangan tersebut. Lagu opera yang dialunkan oleh penyanyi opera terkenal daripada Itali iaitu Luciano Pavarotti itu dapat didengari dengan jelas di segenap sudut aras itu. Sungguh apabila mendengar suara penyanyi legenda yang telah mati 10 tahun lepas itu sememangnya akan membuatkan sesiapa sahaja menjadi terpesona, khayal, dan leka daripada mengingati apa yang berada di sekitar mereka. 

Di atas sebuah kerusi malas yang menghadap unggun api, Hades kelihatan sedang duduk sambil  beliau memejamkan mata. Kedua tangannya ditemukan dan dijarakkan di antara satu jari dengan jari yang lain. Mindanya ketika ini sedang cuba untuk dikosongkan. Nafas dadanya yang tadi sudah cukup normal kini cuba untuk ditenangkan lagi. Sesekali itu juga akan kedengaran hembusan nafas yang dilepaskan oleh Hades menerusi rongga hidungnya. Segelas air anggur hijau diletakkan di sebuah meja kecil di sisi kiri kerusinya itu.

Kedua telinganya cuba untuk menangkap alunan serta bait-bait lagu opera yang sengaja dipasang kuat itu. Ya, Hades memang sengaja memasang lagu opera tersebut dengan kuat kerana dia tidak mahu mendengar bunyi tembakan yang jelas kedengaran dari tingkat bawah hotel tersebut. Saat ini beliau, lebih elok jika bertenang sebelum menghadapi situasi peperangan. Hal ini kerana bagi Hades, bilamana jiwanya kacau dan serba goyah maka amat sukar untuk dia merancang strategi. Tambahan pula yang akan dihadapinya sebentar nanti bukanlah calan-calang lawan, tetapi anak didiknya sendiri iaitu Farhan atau O.

'Mereka tidak akan dapat menyekat dia. Sekali dia bertekad maka sekali itulah juga dia akan nekad. Sukar untuk menentang orang yang memiliki semangat yang kental seperti dia." Hades bermonolog di dalam mindanya. Dia tahu bahawa tidak kira berapa lama pun masa yang perlu diambil. Yang pasti, Farhan akan tetap sampai. Namun berdasarkan daripada bunyi tembakan senjata automatik yang semakin lama semakin jelas itu, Hades tahu bahawa selang beberapa minit sahaja lagi Farhan pasti akan tiba. Ya, dia pasti akan muncul tidak lama lagi!

Bunyi tembakan bertalu-talu kini sudah semakin mendekati tingkat tujuh hotel tersebut. Itu menandakan bahawa anak didiknya itu kini sudah semakin menghampiri pintu biliknya. Hades dengan tidak membuang masa terus memetik jari kanannya. Serentak dengan itu juga, alunan lagu opera itu tadi berhenti. Telinganya dipasang, dibuka dengan seluas-luasnya. Beliau cuba untuk mendengar di manakah bunyi tembakan yang didengari tadi berada kini. Pistol Five-Seven beliau yang telah dilengkapi dengan adampter masih lagi dibiarkan di meja kaunter minuman yang terletak beberapa meter jauh daripada tempat dimana dia sedang duduk.

Secara tiba-tiba, kedengaran suara-suara jeritan dan disulami dengan bunyi tembakan bertubi-tubi. Ya, itu ialah suara anak-anak buah Hades. Daripada bunyi tembakan tersebut, Hades yakin bahawa kini mereka sudah tumbang. Ditumbangkan oleh Farhan dengan sekelip mata sahaja. Lantas dengan tidak membuang masa lagi, Hades bangkit daripada tempat duduknya dan berjalan ke ruang tengah ruang peribadinya itu. Beliau kemudiannya hanya tegak berdiri sambil melihat ke arah pintu gerbang biliknya itu. Derapan tapak kaki jelas kedengaran dari arah luar, semakin lama semakin menghampiri pintu biliknya. Hanya menunggu dibuka sahaja pintu tersebut. Selang beberapa saat kemudian, pintu dibuka dari arah luar.

Farhan melangkah masuk. Pistol SIG Sauer P226 digenggam erat di tangannya. Muka Farhan yang mirip seperti penyanyi vokal kumpulam 2pm itu kelihatan bercalar-balar dan terdapat sedikit luka berdarah, kesan daripada beberapa siri pertarungan yang dilaluinya tadi. Kedua matanya merenung tajam ke arah Hades. Ya, dia amat mengenali bekas seniornya itu. Lelaki yang wajahnya mirip seperti Yamashita Tomohisa itu ditatap lama. Perasaan benci, geram, dan bengang bercampur-baur di dalam mindanya. Berbeza dengan Hades yang hanya melihat ke arah bekas juniornya itu dengan pandangan yang kosong. 

"Aku sudah agak. Kau pasti akan berjaya sampai ke sini. Tahniah aku ucapkan kepada kamu..O" Hades berkata sambil kedua belah tangannya diselukkan ke dalam kocek seluar. Farhan masih mendiamkan dirinya. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 21, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE TIP POINTWhere stories live. Discover now