Part 2

23 3 1
                                    

SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR

Majlis bacaan dan juga nyanyian qasidah yang dianjurkan oleh pihak Darul Murtadza pada malam itu telah selesai. Majlis yang berbentuk hiburan keagamaan itu diadakan bagi bertujuan untuk menyampaikan nasihat dan juga pengajaran di samping memuji serta mengingati junjungan besar Nabi Muhammad yang merupakan penghulu seluruh alam. Majlis bacaan qasidah secara beramai-ramai ini diadakan pada setiap hari Khamis dan juga Ahad selepas para jemaah selesai menunaikan solat Isya'.

Seusai sahaja majlis tersebut, para jemaah Masjid Muadz bin Jabal mula keluar daripada ruang dalam masjid dan berjalan pulang. Majoriti mereka yang hadir pada malam tu selalu dilihat mengenakan pakaian sunnah seperti jubah dan juga serban. Namun ada juga yang mengenakan pakaian yang agak casual ketika mana mengunjungi rumah Allah yang satu ini. Sungguh tiada halangan atau paksaan di dalam berpakaian di dalam ajaran Islam. 

Hal ini kerana di dalam Islam keimanan serta ketaqwaan itu tidak diukur dari sudut cara seseorang itu berpakaian, malahan ianya dilihat dari sudut bagaimana dia mengabdikan diri kepada Allah. Meskipun benar bahawa berpakaian cara sunnah itu dituntut namun timbul juga persoalan bahawa bagaimana hendak mengatakan Islam itu terletak pada jubah sekiranya si pemakai pakaian sunnah itu sendiri tidak menggambarkan etika Islam? 

Oleh itu, di dalam ajaran Islam tidak diajar untuk menilai atau melihat seseorang yang baik itu hanya dengan pada pakaiannya sahaja. Sebaliknya perlu dilihat kepada dalamannya dan juga amalannya. Namun itu juga bukan menjadi semacam lesen untuk seseorang yang Islam itu untuk tidak mengamalkan pakaian sunnah dan dalam masa yang sama meninggalkan larangan membuka aurat. Berfesyen tidak salah di sisi agama namun harus bertepatan dengan syara'. Malah yang lebih utama adalah mampu menutup aurat seseorang itu daripada dilihat oleh seseorang yang ajnabi pada dirinya.

Di ruang tengah saf di dalam masjid, kelihatan Imam Mustafa sedang mendirikan solat sunat Ba'diyah Isya dengan khusyuk sekali. Turut berada bersama dengan beliau pada ketika itu beberapa orang jemaah masjid yang sedang membuat aktiviti masing-masing. Ada yang sedang membaca Al-Quran, ada yang sedang berbual dan ada juga yang turut melakukan solat sunat dua rakaat sepertimana yang dilakukan oleh Imam Mustafa. Keadaan sekitar yang begitu Islamik membantu sedikit sebanyak beliau untuk menjadi lebih fokus di dalam menunaikan solat sunat tersebut. Seusai sahaja solat, beliau kemudiannya menadah tangan untuk berdoa. Memohon kepada Ilahi agar diberikan taufik dan hidayah serta perlindungan daripada segala kejahatan. Selesai sahaj berdoa, Imam Mustafa terus berdiri dan melangkah keluar dari ruangan saf masjid.

Ketika mana beliau sedang berjalan menuju ke motorsikalnya yang terletak di ruang parking khas untuk kakitangan masjid, tiba-tiba langkah beliau terhenti. Kedua matanya terlihat akan seseorang yang cukup dikenalinya. Bukan sehari dua namun sejak dari kecil lagi Imam Mustafa cukup mengenali insan yang sedang berdiri di hadapan matanya ketika itu. Spontan, air muka imam muda itu berubah menjadi manis. Senyuman terukir di bibirnya. Sambil itu juga beliau mengarahkan agar kakinya bergerak membawanya menuju ke sahabat beliau itu. Ya, siapa lagi jikalau bukan Farhan.

"Assalamualaikum Farhan. Allah, lama tidak berjumpa. Apa khabar?" Imam Mustafa terus memeluk sahabatnya itu. Farhan hanya sekadar tersenyum sahaja. Senyum tawar.

"Aku okay. Cuma aku ada masalah sedikit tapi akan selesai, InsyaAllah." Farhan membalas pertanyaan rakannya itu tadi dengan berbasi-basa sahaja. 

"Jadi macam mana dengan kehidupan engkau? Semuanya berjalan lancar ke?" Imam Mustafa melanjutkan pertanyaannya itu kepada rakannya. Sambil itu juga beliau turut memerhatikan rakannya itu dari atas dan bawah. Penampilan rakannya disedari cukup berbeza pada malam itu. 

"MasyaAllah bergayanya sahabat aku malam ini...Engkau ada nak pergi ke majlis apa-apa ke Farhan?" Imam Mustafa bertanya, ingin tahu.

Farhan terkedu. Pertanyaan itu ibarat halilintar yang dipanahkan tepat ke arah dia. Sungguh memang tujuan dia hadir ke perkarangan Masjid Muadz bin Jabal pada malam itu tidak lain tidak adalah untuk memberitahu perihal sebenar kepada rakannya itu. Ya, apa yang bakal dilakukan oleh beliau dalam beberapa jam sahaja lagi akan merubah kitaran hidup dia dan juga sesiapa sahaja yang berkaitan dengan dirinya. Kedatangan Farhan pada malam ini pun kerana hendak melunaskan apa yang patut.

THE TIP POINTWhere stories live. Discover now