Kedengaran bunyi-bunyian yang indah dan merdu dari luar rumah . Bayu yang menuruni membasahi setiap hidupan dibumi mengulit manja pagi ini . Cip Cip Cip ! Bunyi kicauan burung yang memecahkan keheningan pagi menjadi mukaddimah hari ini .
Kringg ! Kringg ! Deringan jam loceng Fazura Izwani berdering menjerit membangunkan Wani . Kaki Izwani sedikit terusik lalu tangannya mematikan jam loceng itu . Usai sahaja jam loceng itu dimatikan olehnya , dia mengerdipkan matanya beberapa kali untuk melihat keadaan sekelilingnya dengan jelas .
Tok ! Tok ! Tok ! Pintu bilik Fazura Izwani diketuk . “Masuk.” Ujar Izwani dengan sepenuh tenaga yang dia ada pada pagi itu . “Selamat pagi Cik Izwani , Cik perlu bersiap segera untuk ke Farhan Holdings .” ujar kelibat seseorang di muka pintu . Izwani mengangkat sedikit kepalanya lalu menggosok matanya . “Oh , kamu Tisya . Alright . Tolong start engine kereta saya . Kejap lagi saya turun .” kata Izwani ringkas .
Tisya mengangguk lalu beredar dari bilik Izwani . Lantas Wani duduk di atas katilnya sebentar lalu turun dari sana dan mencapai tuala mandinya yang disangkutnya di hadapan meja soleknya . Lantas dia menyegarkan dirinya .
Sesudah sahaja dia menyegarkan dirinya dia mengenakan seluar sleck berwarna hitam dan kemeja putih panjang lengan serta mengenakan tudung bawal labuh menutup dada . Lalu , Izwani berjalan menuju ke walk-in-closet miliknya . Dia membuka pintu yang pertama .
Kelihatan beratus kasut yang tersusun rapi mengikut jenis , jenama dan ton warna . Dia mencapai kasut gothic berwarna hitam tidak bertumit yang kebiasaannya digunakan untuk bekerja dalam pejabat lalu Izwani berjalan lagi ke dalam walk-in-closet miliknya dan membuka pintu kedua . Kelihatan berpuluh-puluh beg dan tas tangan yang disusun juga mengikut warna , saiz dan jenama . Lantas dia mencapai beg galas berwarna hitam putih yang bersaiz sederhana dan berjenama Lacoste dan digalasnya dibahunya .
Izwani berjalan ke dalam lagi dan membuka pintu yang ketiga . Bilik ketiga pula terdapat barisan-barisan tergantung seperti rak buku tetapi disusun gadget seperti Iphone , Samsung , Sony , Blackberry , Nokia dan sebagainya dan Izwani menuju ke satu sudut dan mencapai telefon Nokia 3310 . Telefon yang dia rasa menepati ciri-ciri seseorang yang bermula dari bawah .
Akhirnya , Izwani berpatah balik ke pintu keluar walk-in-closet miliknya itu . Fuh , itu baru walk-in-closet ,tapi sudah kelihatan macam butik dan kedai telefon ! maklumlah , anak orang kaya . Wani bergerak menuju ke satu dinding yang kelihatan seperti terowong dan dia menghidupkan lampu di jalan itu.
Perlahan-lahan Wani menyusuri jalan itu dan di sebelah kiri dan kanan dalam terowong itu , tergantung gambar-gambar milik Izwani bersama adik beradiknya juga kedua ibu bapanya dan rakan-rakan sekolahnya pada suatu ketika dahulu . Senyuman terukir di bibir Wani tatkala dia melalui terowong tersebut . Terowong yang penuh dengan memori . Akhirnya dia tiba di tempat parkir kereta . Kelihatan Tisya sedang duduk di tempat penumpang di dalam kereta milik Fazura Izwani . Izwani segera membuka pintu kereta dan menyusur keluar dari perkarangan rumahnya .
Tisya hanya mendiamkan diri sejak tadi . “Latisya , nanti kamu bawa balik kereta saya ke syarikat ya . Tengahari kamu jemput saya di Farhan Holdings , boleh ?”tanya Wani membuka bicara . “Baiklah Cik Wani .”jawab Latisya dan tersenyum ringkas dan Izwani focus pada pemanduannya semula .
Perjalanan itu sunyi tanpa sebarang bicara . Hanya kedengaran bunyi radio sahaja yang bergema di dalam kereta itu . “Do I have any appointment today ?” tanya Izwani lagi bagi memecahkan kesunyian . Tisya menjawab “Yes you have . Dalam pukul 2 petang hingga 3 petang Cik Wani perlu ke Marrybrown Café , kena lunch dengan client untuk kontrak shipping . Pukul 4 hingga 6 , Cik Wani dan Cik Nafyssa ada project , as always both of you guys do every evening , pukul 8 malam hingga 10 malam , Cik Wani dan adik-adik ada majlis rasmi di Sutera Harbour , Majlis Perkapalan Antarabangsa .”
YOU ARE READING
Suamiku CEO Pink RM15
Roman d'amourFazura Izwani. Seorang CEO perempuan termuda pertama di sebuah Syarikat Perkapalan yang bertapak di Sabah, ingin menukarkan jawatannya kepada pekerja biasa di syarikat lain atas alasan sudah penat berkerjaya dan ingin bermula dari bawah . Ditakdirka...