ALTER EGO''Something lethal and macabre has awakened-'
LARIAN makin diteruskan. Hanya takut yang bermain di minda sekarang ini, apa yang Kirana tahu dia perlu menuju ke kawasan yang masih ada pengunjung.
Penuh cungap langkahnya terhenti di depan kedai makan. Lelah dan cuak membuatkan renungan pengunjung di situ terlihat menakutkan. Kirana ambil keputusan untuk masuk ke kedai telefon yang terletak bersebelahan.
"Hey..."
Tanpa menghiraukan sapaan uncle cina itu, Kirana masih meneruskan larian. Dia menuju ke tepi sudut kedai tersebut. Tubuhnya melorot ke bawah, lutut dibawa ke pelukan. Cuba menyembunyikan diri.
Lelaki separa umur itu mula datang mendekat. Melihatkan wajah pucat lesu gadis itu, dia menyoal prihatin.
"Adik, kamu okey ka ni?"
Soalan dibiarkan sepi. Kuku ibu jari digigit resah, Kirana masih dalam dunianya sendiri.
"Tak apa lah, you rehat sini dulu. Muka banyak pucat..."
Langkah kudrat uncle cina dibawa ke kaunter semula bila seorang pelanggan melangkah masuk. Kirana hanya memerhati dari hujung mata. Pelanggan lelaki itu kekal berbual dengan uncle tersebut, diperhati lama hingga renungan lelaki itu mula berlabuh padanya.
Cuak, Kirana segera melarikan anak mata. Wajah disembam ke lutut.
"Anak uncle ke?" Pelanggan itu menyoal pelik.
"Bukan, ini amoi tiba-tiba saja masuk sudah macam itu..."
Lelaki itu mengangguk faham. Setapak dia membawa langkah ke sana.
Tap...
Tap...
Bunyi tapak kaki jelas di pendengaran. Kelopak mata makin dipejam erat, bibirnya diketap rapat.
"Ada apa-apa yang abang boleh bantu?" Tubuhnya disama aras dengan kedudukan gadis itu.
Kirana masih statik.
"Adik lari rumah ke?" ditanya lagi.
Kirana hanya menggeleng kecil,
"No worries, you can tell me anything. I'm a police officer by the way,"
Mendengar ujaran itu, Kirana angkat wajah. Wajah polis itu ditenung dalam, iris mata mereka bertaut.
Dengan sisa airmata masih berbekas. Rambut yang serabai dan raut penuh ketakutan, gadis itu masih terlihat cantik.
Berdehem. "Abang Inspektor Zuhail, boleh panggil abang Hael." Tangan dihulur tapi hulurannya hanya dipandang sepi.
"Ana takut..." Hanya itu yang keluar dari mulutnya.
"Ada orang bunuh... dia bunuh orang," Sedu.
"Dan dia akan cari Ana..." Kirana mengongoi.
Kening Zuhail berkerut. Tubuh dibangkit berdiri.
"Uncle, ada nampak orang yang mencurigakan follow adik ni?"
Uncle kedai menggeleng.
"Ana. Abang kena bawa awak ke balai untuk penerangan."
"Macam mana uncle mahu percaya you bukan main cakap? Mana tahu you yang follow dia?"
Zuhail mengeluh. Tak banyak bicara, kad polisnya dikeluarkan dan dihala di depan wajah taukey kedai.
"Jaga amoi ini baik-baik, kalau dia ada hilang uncle viral kan you." CCTV ditunjuk.
Tanpa kata, tubuh Kirana dipimpin dan dibawa keluar. Langkah dituju ke kereta peronda polis yang dipandu.
Seatbelt dipakaikan untuk Kirana, gadis itu hanya diam membisu dan termenung jauh. Faham dengan keadaannya, Zuhail memandu tanpa bicara.
Kirana masih memikirkan tentang pembunuh itu. Wajah lelaki misteri tak cukup jelas di ingatannya, dan mungkin dalam kelompok manusia dia boleh menyamar jadi sesiapa sahaja.
YOU ARE READING
Alter ego | e b o o k
Mystery / ThrillerSomething lethal and macabre has awaken. . . "You can act like a moth hunny bunny, and i'll be a damn flame." The vigilant killer that obsessed with inspector's wife.