B a b 8

5.5K 289 13
                                    

ALTER EGO

'Something lethal and macabre has awakened—'





GELAP. Pandangannya malap, Kirana membiarkan tubuh ditolak perlahan dari belakang.

"Abang nak bawa Ana ke mana ni?" Disoal lembut.

Entah kerana apa, Zuhail meminta untuk dia memakai kain penutup mata. Walaupun pelik, Kirana tetap mendengar kata.

"I've surprise for you."

Selang berapa minit, langkah mereka terhenti. Perlahan ikatan penutup mata dileraikan.

"Ta-da..."

Matanya membuntang. "Abang!"

Kirana berpaling. "Apa ni?"

Pipi Kirana dielus. "Moth garden,"

"Untuk Ana?"

Zuhail tertawa. "Mestilah untuk isteri tersayang." Jemari Kirana ditaut dan dibawa ke bangku kayu yang berada di situ.

"Abang takut abang busy dengan kerja dan sayang akan bosan seorang diri. Jadi, sayang boleh luangkan masa jaga kupu-kupu. It's suit you."

"Thank you." Pipi Zuhail dikucup.

Rama-rama yang berterbangan bebas dengan pelbagai warna itu dipandang teruja.

Kirana bangkit, langkahnya dibawa ke arah meja panjang yang berada di situ. Atas meja itu dipenuhi dengan balang, dan setiap balang dipenuhi dengan kepompong rerama.

Bibirnya terkuak lebar. "Abang balang satu ni dah jadi butterfly,"

Iris mata mencari kelibat Zuhail di bangku. Tiada.

"Abang?" Dipanggil risau.

"Here." Pinggang kerengga Kirana dipeluk dari belakang.

"Sayang suka?"

Kirana mengangguk laju. Hujung dagu Kirana, Zuhail tarik lembut dan tanpa amaran ulas bibir itu ditaut.


BIBIR bersenandung kecil. Baja dimasukkan ke dalam pasu, selesai menanam bunga. Sarung tangan ditanggalkan.

Balang yang disimpan di dalam cold box sejam lalu dikeluarkan.

"Cantiknya color awak," diomel perlahan.

"As pretty as you." Sayup.

Kirana tersentak. Retina memerhati sekeliling, serentak bulu romanya merinding.

Dan sekali lagi, halwa telinga mendengar bunyi seperti orang bersiul.

Dia pasti tiada siapa di rumah melainkan dia sendiri. Zuhail dari awal sudah keluar bertugas.

Telefon di kocek dikeluarkan. Punat kamera ditekan dan video dirakam di sekitar situ, Kirana berpura merakam setiap bunga dan rama-rama di dalam kanvas itu.

Tetap saja kornea mata berjaga-jaga, memerhati kawasan luar kanvas.

"Abang, cepatlah balik." Gumamnya.

Entah kenapa dari tadi, Kirana rasa diperhatikan. Dia tak mahu pesimis tapi siulan itu menyakinkannya yang dia tidak keseorangan.

"Ah!" Serentak dengan jeritan, telefon di tangannya turut terlepas.

Di luar kanvas, ada bayang hitam yang melintasi.

Setapak Kirana berundur sebelum langkah pantas menuju ke pintu keluar. Terketar jemarinya cuba menurunkan zip kanvas.

Airmata sudah turun berjurai.

Pap!

Suara berteriak nyaring saat pergelangannya disentuh sesuatu.

"Hey, sayang kenapa ni?"

Zuhail melangkah ke dalam. Kirana yang tersedu-sedu dipandang risau. Kedua sisi wajah itu disentuh.

"Kenapa ni?"

"Dia datang." Tubuh Zuhail dirangkul.

"Abang, macam mana kalau dia dapat jumpa Ana?" Esaknya.

Kening Zuhail berkerut. "Sayang cakap apa ni?"

"Pembunuh tu datang cari Ana, Ana tahu..."

"Sayang. Tarik nafas." Ubun kepala diusap. "Bertenang." Tapak tangannya mengusap belakang.

"Tiada siapa dekat sini." Tekannya.

"Abang baru sampai tadi, memang tak ada satu kelibat pun."

Kirana tersedu. "Ta... tapi."

"Listen, sayang. Mungkin itu cuma halusinasi. You still suffering from PTSD."

Kirana menggeleng. Dia cuba menafikan tapi memikirkan kemungkinan ujaran Zuhail, tubuh itu dipeluk kemas.

"Ana tak tahu, Ana takut." Suaranya tenggelam.

"Shh... everything's gotta be just fine. Don't worry about it."

"Nothing gonna harm you, as long as I'm here." Keras.

Alter ego | e b o o kWhere stories live. Discover now