B a b 7

6.9K 342 42
                                    

ALTER EGO

'Something lethal and macabre has awakened—'


TIBA di rumah milik Zuhail. Kirana turun dari kereta, sekeliling diperhati. Rumah Zuhail satu sahaja tanpa rumah jiran yang rapat-rapat seperti rumah keluarganya. Di hujung sana, Kirana boleh lihat laut. Cantik.

Melihat kelekaan Kirana, Zuhail memanggil isterinya masuk sambil di tangannya membimbit kedua-dua luggage hingga tiba di bilik.

"Ana buat lah apa-apa dulu, abang nak mandi kejap." Tuala di capai.

Angguk. Pupil mata memerhati langkah Zuhail yang bergerak ke bilik air.

Sementara Kirana meneroka seluruh kawasan bilik Zuhail. Sedikit jakun dirasakan. Bilik Zuhail memang bilik teruna, tiada hiasan melampau melainkan minimal warna hitam dan putih.

Luggage dibuka. Kirana menyusun baju ke dalam almari. Tak sampai 15 minit, Zuhail keluar dengan hanya bertuala di tubuh. Kirana tak berani nak mengangkat wajah, malah dipercepatkan susunan dan tangan terus bergerak mencapai tuala mandi.

Terlupa sesuatu, Kirana bergerak ke almari semula ingin mencapai baju dan segala rahsia dalam itu tapi pantas sahaja Zuhail mencapai lengannya.

"Kalutnya isteri abang ni." Ditarik pinggang kerengga itu mendekat.

Rambut lurus Kirana diselit dibelakang telinga. "You know what, sayang?"

Kirana tertunduk. "Hm?" Dia hanya membalas perlahan.

"I think your face needs my kisses," diujar perlahan.

Pantas Zuhail menarik pinggangnya merapat ke tubuh dan tanpa amaran, dilabuhkan bibirnya di dahi Kirana.

Sedetik, Zuhail jarakkan muka dan ditenung wajah memerah itu semula.

Kirana yang tak tentu arah, mula melarikan anak mata. Sebolehnya dia mahu mengelak dari renungan tajam Zuhail.

Tak sengaja anak matanya jatuh pada bahu Zuhail.

"Ah!?" Refleks jemari kecilnya menolak dada Zuhail menjauh.

Mengigil jari telunjuk dihala ke arah parut yang ada di situ. "It... itu..."

Zuhail mendekat. "Oh, parut ni?" Suaranya kendur.

"Sayang, jangan takut dengan abang..."

Berkerut dahi Zuhail bila Kirana makin berundur.

"Parut ni abang dapat bila nak berkas penjenayah. Bahu abang tertembak..." Perlahan Zuhail mendekat.

Jemari Kirana dicapai lembut. Lambat-lambat menaik ke lengan sebelum bahu itu disentuh.

Wajah Kirana sudah basah dengan airmata. Tubuhnya mengeletar hebat.

"Ana..."

Tubuh Kirana ditarik dalam pelukan.

"Abang minta maaf, kalau Ana takut abang tak akan buka baju depan Ana lagi." Rambut Kirana dibelai lembut.

Puas dipujuk tapi Kirana masih tidak berhenti menangis. Masih teresak-esak di dadanya. Zuhail masih mengusap perlahan hingga tangisan Kirana mulai kendur dan terhenti sendiri.

"Sayang?" Dipanggil lembut.

Genggaman tangan Kirana di dadanya juga melonggar. Zuhail segera jarakkan tubuh.

Melihatkan Kirana yang tidak sedarkan diri terus saja tubuh itu dikendong dan direbahkan ke tilam. Punggung dilabuhkan di tepi katil. Ubun-ubun milik isterinya diusap menggunakan ibu jari.

"There's something you shouldn't know, Kirana." Digumam perlahan.


KELOPAK mata dibuka. Terpisat-pisat, sekeliling diperhati. Kirana sedar dia masih di bilik Zuhail, tapi ruangan di sebelahnya terlihat kosong.

Kaki dijatuhkan ke bawah dan baru dia perasan yang pakaiannya sudah bertukar. Gaun pijama itu disentuh.

"Sayang dah bangun?"

Segera wajah dipalingkan. Melihat figura Zuhail yang melangkah masuk ke bilik dengan dulang di tangan.

Kirana picit dahi, dia tak ingat apa yang berlaku semalam. Tapi yang dia tahu, dia menangis ketakutan kerana parut di bahu Zuhail.

"Breakfast in bed for my beautiful wife." Dulang ditaruh di atas tilam.

Kirana masih diam tidak membalas.

"Sayang okey?" Rambut Kirana diusap.

Kirana hanya merenung kosong.

"Abang tukar baju Ana?" Disoal perlahan.

Zuhail angguk kepala. "Sayang pengsan semalam, jadi abang bersihkan badan sayang."

"Tapi sumpah abang tak ambil kesempatan. Abang tutup pakai duvet and lap..."

"... Carefully." Terangnya.

Iris mata kirana jatuh pada lengan Zuhail seketika sebelum ditatap semula raut itu.

"Ana semalam... Ana teringat..."

"Ana..."

"It's okay sayang, abang faham." Jemari Kirana dicapai.

"Sekarang makan dulu." Sudu disua ke mulut isterinya.

Lambat-lambat mulut dibuka. Membiarkan Zuhail menyuap makanan untuknya, dan setiap kali ada kesan comot di hujung bibir, Zuhail mengelap menggunakan kekura jarinya.

Kirana tahu dia salah sangka dengan suami sendiri. 

Alter ego | e b o o kWhere stories live. Discover now