Bab 13 : Sesuatu

4.8K 64 9
                                    

Aku berjalan memasuk bilik pengantin. Erm maksud aku , bilik kitorang.

Aku membelek setiap inci bilik .
Ternyata Luqman pandai menghias bilik atau mungkin ... Dia upah wedding planner? Haha

Langkahku terhenti saat aku ternampak satu tombol pintu terletak di tengah dinding. Aku cuba menekan dinding tersebut.

Ggggghhhhh

Dinding bergegar?

Ada pintu disebalik ini ke?

Lalu aku memulas tombol itu ..

"Karen.."

Ah , aku terkejut.

Aku pusing kebelakang. Rupanya makcik aku yang menegurku.
Tanganku yang tadi memegang tombol cepat2 dialihkan ke belakang.

"iye?" tanyaku.

"Karen buat ape tu?" soalnya buat tidak tahu. Dah terang terang kan nampak tadi haih.

"Karen tengah tengok bilik je ni , lawa luqman buat" aku tidak mahu menjelaskan apa yang ku buat kerana mulut orang tua ni boleh tahan capoi

"oh ye ke , haa tadi ibu luqman cakap yang luqman pergi taman yang dekat dengan kawasan ni , ambil angin mungkin" jelas makcik

Taman? Buat apa dia pergi taman?

"Ouh terima kasih makcik" balasku

Makcik terus beredar selepas aku berkata.

Aku terdiam seketika. Malaikat lalu? Kenapa luqman pergi ke tan sedangkan kenduri belum lagi selesai? Dahla tak bagitau , blah macamtu je haih

Aku berjalan ke arah mama yang sedang duduk bersama ibu luqman di ruang tamu. Mereka kelihatan sangat mesra bersembang. Entah apa yang disembangnya.Gosip?

"Mamaaaaa.. Ib..ibuuuu" panggilku. Aku sedikit janggal untuk memanggil ibu luqman sebagai ibu.

"ye karenn " jawab mereka serentak.

"Karen nak keluar sekejap , nak cari luqman kat taman" aku meminta izin dahulu. Nanti apa pula yang mereka kata. Pengantin hilang time kenduri.

"Eh luqman tak ada eh , mama tak perasan. Takpe la karen pergi cari dia okayh. Kalau mama yang pergi , lain pulak jadinya" mama langsung ketawa.

"Kan , bini dah lawa macamni takkan la maknya jugak nak panggil balik" Sambung Ibu luqman.

Errr , aku hanya memerhati mereka bergurau senda lalu aku melangkahkan kaki keluar.

Sedang kakiku menapak keluar dari pintu rumah. Aku sempat menyambar kunci motor yang berdekatan di pintu.

Aku bergerak ke ruang garaj yang menempatkan kereta dan motor. Aku langsung menolak tongkat dan duduk di atas skuter(?) ku iaitu berjenama sym atau tak lain tak bukan Safe Yang Menunggang atau Syamsul Yusof Mencelah.

Aku memasukkan kunci lalu menghidupkan motor. Aku langsung memusingkan tangan lalu skuter pun bergerak. Aku agak gila apabila menunggang moto. Jadi aku melajukan pergerakkan sehingga pemandangan kiri dan kanan ku kabur.

Jalan yang lurus ku pecut sampai di simpang tiga aku membelok ke kiri lalu memecut sekali lagi lalu membelok kanan dan akhirnya aku sampai di taman tasik.

Taman tasik itu sangat dikenala kerana mempunyai tasik dan taman rekreasi disekelilingnya.
Aku membelok ke arah tempat parking lalu berhenti tepat di tempat motosikal.

Aku bangun dari motor lalu mencabut kunci. Aku menongkatkan motor agak tidak jatuh. Lalu mata ku melirik ke setiap inci taman itu. Mataku cuba mengesan gerangan yang aku ingin cari.

Perempuan MurahanWhere stories live. Discover now