Bab 14: Perasaan

2.6K 35 7
                                    

"KAREENNN"

'Why ni mama?'

"Ada orang datang buat kecoh dekat rumah ni, go back home right now karen!"

Panggilan dimatikan.

'Kenapa ni karen?, tanya Luqman. Mukanya jelas menunjukkan risau.'

'Kita kena balik sekarang juga luqman!' Aku langsung menarik tangan luqman ke arah kereta Luqman.

Kereta aku? Biar sahajalah.

Luqman segera menekan kunci kereta lalu masuk ke dalam kereta. Aku yang sudah terlebih dahulu masuk hanya memerhati perbuatan Luqman. Luqman memulakan enjin kereta dan memandu dengan berhemah. Aku yang sudah tidak sabar mahu pulang mendesaknya melajukan pemanduan.

Luqman masih dengan kesabarannya. Berkali kali dia mengingatkan aku supaya bersabar. Dari kejauhan, aku melihat sekumpulan lelaki sedang memasuki kereta. Hampir sahaja kami sampai di rumah. Kereta itu berlalu pergi. Aku seakan akan kenal akan sekumpulan lelaki tersebut.

Belum sempat kereta berhenti, aku sudah membuka pintu lalu berlari ke arah Mummy yang sedang terduduk di atas lantai.

Aku sempat melihat ke kiri dan kanan. Alas meja yang disusun rapi itu tadi kini sudah tiada. Pinggan dan cawan yang disediakan sudah berterabur. Kerusi dan meja semuanya dalam keadaan tunggang terbalik. Mummy kelihatan sedikit mengeletar.

"Mummyy! Kenapa ni?" segera aku memeluk.

"Karenn, ta.. Tadi.."

"Kenapa tadi mummy?"

"Izz! Izz datang cari kamu."

"Seriously mummy?! Kenapa dia cari Karen balik? Karen dah kahwin dah ada suami. Dia pun sudah ada isteri. Why dia cari Karen?" Aku seakan tidak percaya. Orang yang hampir membuat aku bunuh diri sedang mencari aku semula. Sedangkan aku sudah melupakan Izz dalam hidupku.

Luqman yang berada disebelahku hanya diam memerhati perbuakan aku dan mummy. Aku rasa bersalah kerana Luqman akan terlibat dengan masalah yang bakal aku hadapi dengan Izz.

"Mummy tak tahu Karen, tapi bila dia tak dapat cari Karen tadi, dia terus mengamuk tidak tentu hala." Berkali kali Mummy mengurut dadanya.

"Dah ye, lupakan pasal Izz. Sekarang kita kemas apa yang patut. Karen awak kemas bahagian lantai. Saya akan kemas bahagian meja tu. Jom, 1, 2,3 mulaaa" Luqman yang tadi diam sahaja tiba tiba mencelah.

Aku sebenarnya semakin jatuh cinta dengan kelembutan Luqman dari bahasanya. Walaupun rupanya tidak sehensem Syazuwan Hassan, namun mukanya dianggap bersih bagi aku.
Lama aku tenung mukanya, semakin lama aku tenung, makin aku sedar yang aku sudah jatuh cinta dengannya.

"Karen.."

Lamunan aku terhenti. Aku memandang ke arah Luqman yang sedang mencari anak mataku. Mukanya yang seperti jawapan daripadaku.Aku senyum ke arahnya. Dia membalas senyumanku dengan senyuman yang lebar lalu tersengih.

"Saya ni hensem sangat ke sampai awak tenung saya macam itu?" Luqman mengusikku.

Aku mencubitnya. Perasan betul. Aku terus mengemas yang sepatutnya aku lakukan ketika termenung tadi. Aku sedar ada mata yang sedang memerhati aku. Luqman. Dia memandang aku. Aku hanya berpura-pura seakan tidak sedar. Lama dia memandang aku sehingga kerja mengemas aku sudah selesai.

Aku memandang Luqman. Lantas dia berpura - pura sedang mengemas. Tersengih aku melihatnya.

"Awak pandang saya ke tadi?" soal aku kepadanya.

"Ha pandang? Buat apa saya pandang awak? Saya tengah sibuk kemas ini. Perasan awak ni." Luqman berpura pura tidak bersalah.

"Kalau awak taknak pandang saya, saya pandang awak tau" Aku mengusiknya kembali. Aku melihat setiap tingkah laku Luqman tanpa sikit pun terlepas. Aku sedar bahawa Luqman terasa sedikit terganggu.

Dia meletakkan sebelah tangannya di tepi mukanya untuk menghalang mata aku dari melihat mukanya.

Comel.

"Saya tahu saya comel, dah jangan pandang pandang macam nak makan. Kalau lapar, kan makanan ada banyak dekat dapur. Pergilah." Luqman membalas usikanku. Baruku tahu orang seperti Luqman ini mempunyai perangai yang tersendiri disebalik kealiman yang aku benci dahulu.

" Ei, dahla awak ni, saya taknak kawan dengan awak. "Merajukku lalu berjalan ke arah dapur. Makin lama aku melayan Luqman, makin lama aku akan kalah dengan perangainya. Kelembutan Luqman sangat berbeza dengan Izz. Izz melayan aku dengan baik namun baiknya tidak berkekalan kerana lakonannya tidak bertahan. Aku dapat rasakan bahawa Luqman tidak berpura pura.

Aku berjalan merentasi ruang tamu yang kelihatan sedikit berselerak. Saudara mara ku kebanyakkan sudah pulang untuk menyambung kerja mereka. Aku menyusun semula karpet yang kelihatan senget dan mengutip cawan dan pinggan yang ditinggalkan. Aku membawanya ke dapur untum membasuhnya. Ketika sedang membasuh, aku sedar bahawa aku semakin rajin untuk melakukan kerja rumah. Padahal ketika aku masih anak dara, aku sangat malas membasuh pinggan apatah lagi menyapu sampah.

Aku merasakan bahawa perkahwinan ini membuat aku ke arah perubahan. Walaupun tidak ketara, cukuplah sedikit demi sedikit aku berubah.Cinta aku kepada Luqman juga seakan akan bukan cinta yang sebenar.

Kenapa sangat mudah aku cintakan dia?

Kenapa dengan hanya kelembutannya membuatkan aku tersentuh?

Kenapa Izz mencari aku sedangkan dia sudah bahagia bersama dengan kawan aku sendiri?

Bukankah dia sudah berpindah jauh dari aku?

....

Hai kesayangan readers sekalian ❤️ Sudah lama bukan kita tidak bertemu 😭 Ni just short chapter je, sebab author tertinggal banyak benda, maafkan patik 😩Thankyou kepada yang masih setia menunggu ❤️ Dalam masa tercepat, author update ye 🌸❤️

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 08, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Perempuan MurahanWhere stories live. Discover now