Bab 7 : Nyesal Tak Sudah

6.7K 50 2
                                    

Aku melangkah lemah memasuki bilik ku. Aku sudah penat menangis semalam kerana menyesal akan perbuatan aku. Selepas mendengar arahan dari papa semalam , aku hanya mampu menangis semahu-mahunya.

Aku melintasi almari lamaku yang memuatkan buku bukuju yang lama. Aku berhenti ketika ternampak satu buku yang hampir terkeluar. Niat aku mahu menyusun semula namun..

"Eh buku ni? Hmm Cara solat dengan betul , tahun berapa ni?"
"Ohya 2010 , aku beli ni waktu pameran buku darjah 4"

Aku berhenti sejenak , mataku makin lama makin mengenangkan air mata. Akhirnya aku kalah setelah menahan air mata. Aku menangis lagi.

Bagaimana aku boleh berubah sedangkan 6 tahun dulu aku sering membeli buku buku agama?

Aku menyelak lagi buku itu , aku juga mempunyai pelbagai buku berunsurkan agama. Entah berapa lama aku taruh disitu.

Aku melihat rak ditingkat atas , disitu terdapat Iqra , Muqaddam dan Al-Quran . Al-Quran ? Bila kali terakhir aku bacanya. Rak tersebut dipenuhi debu. Aku bersin berulang kali.

Tatkala aku mahu memegang Al-Quran , langkahku terhenti. Ohya aku tiada wuduk . Mandi wajib pun belum dan pernah ke aku mandi wajib sebelum ni? Betapa jahilnya aku ini.

Aku mahu pergi ke bilik air untuk mandi wajib. Namun...

Kejap , mandi wajib mcm mana?

Arghhhh jahilnya

Aku menyelak semua buku , lalu ku cari cara untuk mandi wajib. Ya akhirnya ku jumpa.

Aku baca satu persatu. Aku praktikkan supaya ingat dan mahir . Setelah ku faham , aku masuk ke bilik air lalu mandi wajib dengan tertib.

.......

Setelah mandi wajib , aku pergi ke almari baju untuk mengambil selendang lalu dililit di kepala.

Aku kembali ke rak untuk mengambil Al-Quran. Aku menepis debu yang ada pada Al-Quran laluku buka Al-Quran dengan perlahan. Ada satu kertas terselit satu kertas.

"Karen Amelia pada masa depan ,
Tolong khatamkan Al-Quran sebanyak 3 kali sebelum berumur 20 tahun
ya? Ini arahan dari Karen masa lalu hehe. Karen
sekarang dah khatam dua kali. Jadi Karen masa depan
tolong tambah bagi banyak ye hehehe"

Aku tersentuh. Inikah aku pada 7 tahun dahulu? Sedangkan aku yang sekarang langsung tidak ingat akan huruf jawi. Macam mana aku mahu tunaikan permintaan Karen yang dahulu?

Aku buntu. Mama dan Papa tidak pernah sekalipun aku lihat mengaji , apatah solat. Bakal suamiku? Mungkin dia tahu solat dan mengaji?

Ah bukan sekarang waktu untuk pikir tentang bakal suami.

Aku sedar aku bukan seperti Karen yang dahulu. Karen dahulu pandai agama , pandai mengaji , rajin solat dan segala perintahNya dilakukan. Karen sekarang mementingkan nafsu dan kepuasan.

Hmm nanti aku bakal kahwin , bakal mempunyai anak , mampukah aku mendidik mereka nanti?

Ah ini semua angkara Izz!! Jantan tak gunaa!!!

Begitulah aku sekarang , sekejap sedih , sekejap tenang dan sekejap marah. Hidupku makin tidak tentu arah. Namun apabila melihat saja Al-Quran didepanku . Hatiku lantas tenang.

Tiba-tiba pintu ku diketuk,

Aku lantas mengelap air mataku yang masih tersisa lalu segera bangun untuk membuka pintu.

Perempuan MurahanWhere stories live. Discover now