Bab 18

23.9K 1.2K 9
                                    

Hai guyss.. author nak bagitahu korang yang cerita ni mungkin akan di update laju sikit. Author nak cepat habiskan cerita ni. Hope enjoy.. Tq for your support guys.

Mundar mandir Airil di hadapan wad kecemasan. Datin Laila sudah menangis tak henti henti. Datin Isma yang cuba manenangkan besannya itu dipeluk.

"Macam mana boleh jadi macam ni Airil. Dah lama dah Irina tak kena macam ni." Airil mengeleng lemah.

"Tak tahu la pa.. tadi Airil balik tengok dia nangis. Pastu meracau minta maaf dekat Kak Rhina. Tiba tiba je pengsan. Tu yang Airil bawak pergi hospital terus". Cerita Airil. Dato Syed tersentak.

"Rhina? Irin ingat ke Rhina?" Soal Dato Syed seakan terkejut.

"Err.. ya. Selalu jugak Irina meracau dalam tidur. Dia selalu panggil nama Syazril dan Kak Rhina. Siapa dorang pa?" Datin Laila memandang Airil.

"Irina ingat? T.. tapi macam mana". Dato Syed terkejut dengan semua ini. Setahunya Irina langsung tak mengenali orang di sekelilingnya sejak mengidap penyakit autisme.

"Kenapa pa?" Soal Airil.

"Sejak Irin didapati mengidap penyakit Autisme... dia tak dapat  kenal  dan ingat satu pun orang yang ada di sekelilingnya. Mama dan papanya pun dia lupa. K.. kami tak sangka sekarang Irin dah mula ingat". Kata Datin Laila.

Pintu wad kecemasan dibuka.

"Boleh saya jumpa dengan keluarga pesakit?" Soal Doktor Rafiq.

"Saya suami dia doktor.." kata Airil. Doktor Rafiq mengangguk.

"Mari ikut saya ke bilik saya. Ada sesuatu yang harus saya katakan pada encik". Airil hanya menurut lalu mengekori langkah doktor muda itu.

"Ada apa dengan isteri saya doktor?" Soal Airil. Doktor Rafiq mengeluh.

"Berdasakan laporan, isteri encik menghidap penyakit Autisme bukan?" Airil mengangguk laju.

"Begini.. saya dah pereksa isteri encik tadi. Tenyata penyakitnya itu sudah berangsur pulih sudah sekian lama. Autisme adalah penyakit yang melibatkan otak manusia. Pesakit yang menghidap penyakit ini biasanya akan dapat dikesan melalui beberapa kaedah. Kami dah pereksa banyak kali tetapi keputusannya tetap sama. Puan Irina tidak menghidap penyakit Autisme lagi." Kata kata Doktor Rafiq membuatkan Airil membisu.

"Maksud doktor, isteri saya normal?". Soal Airil.

"Ya.. isteri encik normal." Airil meraup mukanya kasar.

"Tapi dia bersikap macam budak 5 tahun selama ni buat apa doktorr.." Doktor Rafiq memandang Airil yang kelihatan kusut.

"Macam ni lah encik.. saya pasti Puan Irina pasti ada sebabnya yang tersendiri. Lebih baik encik tanya dan bincang baik baik dengan Puan Irina." Airil mengangguk lemah. Kecewa dan terasa dirinya ditipuu.

"Doktor.. saya minta tolong doktor jangan bagitahu keluarga saya yang lain ya." Doktor Rafiq hanya mengangguk.

"Baiklah encik.. encik boleh pergi lawat isteri encik di bilik 476." Airil keluar dari bilik itu dengan perasaan bercampur.

Gembira?

Sedih?

Marah?

Semua ada. Gembira sebab Irina normal. Sedih kerana ditipu. Marah kerana Irina menipu. Jika keluarganya yang lain tahu pasti mereka kecewa.

Datin Laila yang setiap hati menangis mengenangkan nasib anaknya... tahu anaknya menipu. Kau rasa bagaimana perasaan mamanya apabila dapat tahu. Sia sia dia menangis selama ini.

Pintu bilik itu dibuka. Kelihatan Irina bergelak tawa bersama Azrash dan yang lain.

"Airil? Doktor cakap apa?" Soal Dato Syed.

"Takde pape.. cuma Irina trauma sikit je". Tipu Airil. Irina memandang sahaja Airil. Riak wajah Airil membuatnya rasa tertanya tanya.

"Yang muka kamu muram semacan ni kenapa?" Soal Dato Adam pula. Airil tersenyum sinis.

"Entah la abah.. rasa cam diperbodohkan.. ditipu. Hipokrit". Airil memandang Irina sinis.

Irina mengalihkan pandangannya. Tak sanggup dia bertentang mata dengan mata Airil. Entah kenapa dia rasa seram.

'Airil dah tahu ke'. Bisik hati Irina.

****

"Serius bini kau tuu normal?" Soal Farris. Airil mengangguk saja.

"Tapi dia masih tak tahu yang aku tahu dia normal. Aku cuma nak tengok sejauh mana dia punya lakonan". Kata Airil. Farris mengeleng kepala.

"Pasal penyiasatan tu bro.. aku rasa ada something tak kena la bro. Aku dah cari latar belakang keluarga tu tapi takde satu pun yang tepat. Macam telah dilindungi. Aku terpaksa hack semua tu tau semata mata nak cari". Airil yang mendengar kata kata Farris terfikir.

"Habistu? Kau dah dapat ke belum?" Soal Airil. Farril mengeleng sambil mengeluh.

"Tak.. susah la bro. Identiti family diorang disimpan kemas. Aku ni bukan pencuri identiti yang handal. Tapi kan, aku dah dapat satu perkara. Tentang Rhina.. kakak bini kau." Airil berkerut.

"Apa dia?" Soal Airil. Farris mencapai fail hitam lalu diberikan kepada Airil.

"Tu biodata diri kakak dia. Berserta dengan gambar. Aku dapat tahu kakak dia ni dah meninggal 5 tahun lepas. Punca kematian aku belum tahu lagi tapi dia ada seorang anak lelaki. Semasa kematian tu, umur anak dia 2 tahun. Sekarang dah 7 tahun kut." Airil tersentak. Tiba tiba dia teringatkan Azrash.

"Apa nama anak dia?" Soal Airil.

"Tak tahu lagi.. tapi nama suami dia Syazril Al Irfan. Suami dia pun dah meninggal dunia 5 tahun lepas. Tarikh kematian sama dengan kakak Irina. Anak dia masih hidup. Tapi keberadaan masih tak tahu". Airil meletakkan fail itu. Syazril Al Irfan dan Syazrash Al Irfan. Adakah kebetulan atau memang Azrash anak Syazril.

"Ril.. kau okey?" Soal Farris.

"Aku nak kau cari tahu pasal kematian dorang. Aku rasa peristiwa silam tu berlaku pada hari kematian mereka. Dan pasal anak diorang.. aku nak kau tolong siasatkan nama budak tu." Farris mengangguk. Dia dapat lihat Airil kelihatan kusut je.

Huhuhu.. apa lagi yang terbongkar lepas niii.. tq guys yg sudi baca. Kalau korang tak support.. author tak semangat pum nak buat ni tapi disebabkan nak jugak tamatkan cerita ni.. author cuba update laju laju.. pape pom tq again.

Vote and comment..

Hope enjoy^€^

Abaikan typo....

Suamiku, Encik Pengasuh?✔️Where stories live. Discover now