Bab 12

28.4K 1.3K 19
                                    

Sudah lima tahun kejadian itu, tetapi tetapi setiap detik Irina mengingati itu. Ya, disebabkan kejadian itu juga, dia menghidap penyakit Autisme akibat kemurungan.

'Sudah lima tahun.. dan kini aku pulih sepenuhnya. Tetapi, bagaimana harus aku katakan kepada mama dan papa? Haruskah aku menyembunyikan ini semua. Sudah dua tahun berlalu". Bisik hati Irina sendirian. Permandangan di luar balkoni itu memang menarik minatnya.

"Oi Rina.. kau nak tunggu kau betul betul beku dulu ke baru nak masuk?" Sindir Airil. Irina tersengeh.

"Airil.. come here." Irina menepuk nepuk kerusi di tepinya. Airil berkerut. Tak pernah Irina memanggilnya 'Airil' sebelum ini. Aneh!

"Kau demam erh? Atau kau dah sembuh?" Soal Airil sambil melekatkan tangannya ke dahi Irina. Irina menolak lembut.

"Rina okey la. Erm, Airil... Rina nak minta tolong boleh?" Soal Irina malu malu. Airil memandang Irina pelik. Kenapa dengan isterinya itu? Muka dah macam sotong bakar?

"Hah, ada apa?" Soal Airil sambil bermain telefon Iphone 6 nya. Irina mula gelisah. Mukanya dah merah menahan gentar dan malu. Tapi, dia terpaksa buat semua ini. Kalau tak, mesti dia akan dapat masalah. Dia melepaskan keluhan berat.

Tiba tiba bunyi SMS masuk. Segera Airil menekan peti masuk untuk melihat SMS  yang sampai tadi.

From: Mama Laila

Airil.. mama rasa hari ini hari datang bulan Bella. Kalau diikutkan, sekitar minggu ni la. Airil tolong tengokkan Bella ya. Walaupun dia tu perangai macam budak kecil, tapi dia tetap seorang perempuan. Maaf susahkan Airil.

Airil terkebil kebil membaca SMS daripada Datin Laila itu. Dipandang pula Irina. Dia mengeluh berat.

To: Mama Laila

Okey ma.. nanti Airil tengokkan. Tapi ma, Rina sekarang dah macam makin sihat la. Dah macam gadis normal. Betul ke yang Rina tu betul betul sakit?

Usai membalas SMS mama mertuanya itu, dia memandang Irina tajam.

"Kau nii betul ke sakit? Aku nampak kan, kau dah macam normal". Dipandang tepat ke arah mata Irina.

"Ri.. rina mana ada sakit la. Rina sekarang ni kan sihat." Airil melihat sahaja wajah Irina.

"Baik kau jawab betul betul". Airil mendekatkan badannya ke arah Irina. Irina sudah mati akal.

"Arr.. pakcik jahattt. Huaaaaaaa". Airil yang tadi berwajah serius mula bertukar cemas.

"Heii.. aku minta maaf laa Rina. Aku janji tak buat lagi. Oi, berhenti la nangis". Pujuk Airil. Dia mengeluh kesal. Irina memang tak normal. Ada ke orang normal menangis macam bayi.

"Taknak....huaaa". Airil mengeluh berat. Tiba tiba telefonnya berbunyi minta diangkat.

'Mama.. alamak, apa aku nak buat'. Bisik hati Airil.

"Kejap.. kau duduk sini. Aku nak jawab call kejap". Airil berlalu pergi meninggalkan Irina yang masih menangis.

Talian bersambung..

"Airil cakap apa tadi? Apa maksud Airil". Datin Laila.

"Err.. nothing important mama.. but she like diffrent now. Ermm, like a normal girl." Airil.

"Mama rasa kan.. ada something fishy tu. Airil tolong mama boleh?" Datin Laila.

"Ada apa mama.. kalau Airil mampu Airil akan tolong." Airil.

....
....
....
....

Talian terputus.

Airil tersandar di pintu. Perbualannya dengan Datin Laila tadi sungguh sulit. Kepalanya sudah serabut memikirkan ini semua. Dipandang Irina yang sudah nyenyak tidur sambil mnghisap ibu jarinya.

'Kalau kau normal Irina, aku orang yang paling kecewa dengan kau Irina dan pada waktu yang sama juga aku... aku.. aku dh mula sayangkan kau'. Bisik hati Airil sayu.

"Jangannnn.. tolong jangan. Jangan bunuhh. Arrhh". Tiba tiba Irina meracau. Airil tersentak.

"Irina.. Irinaa.." Airil menggenggam tangan Irina erat.

"Tolonggg.. jangan bunuh Rhinaaaa... Syazrillllllll". Irina tersedar. Peluh mula membasahi dahinya. Irina memeluk erat Airil sambil menangis teresak esak.

"Apa mengganggu pemikiran kau Rina". Irina mengeleng kepala. Peristiwa itu sentiasa menghantui hidupnya. Peristiwa yang sentiasa membuat jiwanya kacau. Peristiwa yang berlaku 5 tahun lepas!!

"R.. rina takut Azril. Rina takutt". Teresak esak Irina menangis di pelukan Airil. Azril?

"Rina.. see my eyes". Irina mengeleng kepala.

"Rinaa". Teragak agak Irina memandang mata Airil.

"Rina.. aku tahu selama ni kau tengok diri aku sebagai Syazril, bukan Hazairil tapi aku minta kat kau Rina, aku bukan lah Syazril. Walaupun muka aku mirip lelaki tu, tapi aku tetap bukan dia. Mungkin aku tak tahu siapa dia pada kau dulu, dan apa jadi kat dia tapi aku akan sentiasa cuba untuk lindungi kau. Aku harap kau sedar tu Rina". Ujar Airil. Mata Irina berkaca.

"Dan aku tahu, kau tak trauma dengan aku sebab kau nampak aku sebagai Syazril kan? Dan kewujudan aku bagi kau Syazril tu buat kau rasa nyaman kan. Dan trauma kau serta merta hilang. Tapi.. aku harap kau lihat aku sebagai Airil bukan Azril". Tangan Irina terketar ketar mengusap wajah Airil.

"Az.. azril dah takde?" Airil hanya diam. Irina ditarik ke dangkapannya.

"Aku tak tahu kisah kau Rina.. tidur lah. Aku akan sentiasa di sisi kau". Kata Airil.

***

T

hina sudah mabuk teruk. Bunyi dentuman muzik membuatkan dia makin menjadi jadi.

"Thinaa.. sampai bila kau nak jadi macam ni hah. Kalau arwah Rhina tengok kau macam ni, mesti dia sedih tahu tak". Amanda mengeleng kepala melihat sahabatnya itu. Perangai makin teruk.

"Arhhh.. aku benci perempuann tu. Kau tahu tak, aku perangkap dia biar dia kahwin dan berambus dari rumah tu. Biar senang hidup aku". Thina mula ketawa. Amanda mengeleng kepala melihat gelagat sahabatnya itu.

"Ni bukan Thina yang aku kenal dulu. Dulu Thina yang aku kenal sangat lain. Apa dah jadi dengan diri kau nii Thina". Amanda mengeleng kepala.

"Memanggg aku dah berubahh. Aku berubah sebab perempuannn bodoh tu. Aku benciii diaaa". Jerit Thina macam orang tidak waras.

"Fine.. if you don't want to change, you not my friend anymore. Kau akan menyesal nanti Thina. Dendam takkan membawa kebaikan. Kalau kau balas dendam sekalipun, Rhina takkan kembali. Kalau kau dah sedar, kau cari aku. Aku sentiasa ada dengan Thina yang dulu". Kata Amanda lalu pergi dari situ meninggalkan Thina yang sudah mabuk.

APA YANG DIBUALKAN AIRIL DAN DATIN LAILA.. THNKS YG SUDI BCA DAN ABAIKAN TYPO. VOTE AND COMMENT.. MAAF CERITA NI MENGRUT.

Suamiku, Encik Pengasuh?✔️Where stories live. Discover now