Bab 39

22.1K 1K 11
                                    

Have fun guyss..

Airil berkerut.

"Yusop? Siapa Yusop? Aku tak kenal pon". Farris mengeluh.

"Yusop Ahmad. Kau tak kenal ke? Aku dah check data peribadi dia. Dia pernah ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan merompak 5 tahun lepas. Dah nak masuk 6 tahun dah". Airil berkerut.

Tiba tiba dia teringat akan Syazril.

"Aku rasa ni ada kena mengena dengan Syazril la Ris. Aku rasa ni pasal rompakan kat rumah Irina dulu." Ujar Airil. Farris berfikir.

"Maksud kau yang jadi musuh kau tu sebenarnya musuh Syazril? Means dia salah orang macam tu?" Airil mengangguk perlahan.

Kalau ni musuh Syazril maknanya Syazril dalam bahaya. Airil mengeleng kepala. Dia taknak abangnya dalam bahaya tapi... jika bukan Syazril dalam bahaya.. dia akan dalam bahaya.

Airil mengusutkan rambutnya.

"Kau kena cari si Yusop tuu sampai dapat. Aku nak jumpa then tanya dia kenapa dia cari Syazril. Aku kena selesaikan hal ni secepat mungkin. Aku takut family aku dalam bahaya". Farris mengangguk.

"Okey bro.. aku cuba selesaikan apa yang patut."

Airil mengeluh berat mengingatkan perbualannya bersama Farris tadi. Satu kerja pun dia tidak dapat fokus.

"Bos.. dah waktu balik ni. Bos taknak balik lagi ke?" Soal Najmi iaitu P.A Airil. Airil tersentak.

"Hah? Err.. ya saya nak balik la ni. Kamu balik la dulu". Najmi mengangguk lalu terus berlalu. Airil mengusutkan rambutnya.

Serabut..

Dalam kereta pun Airil masih memikirkan hal tadi. Hingga ke rumah. Dilihat rumahnya gelap sahaja.

Tiba tiba dia teringat sesuatu. Irinaaa!!

"Ya Allah.. aku lupa ambil Rin". Airil mengetuk kepalanya lalu memandu laju keretanya ke universiti Irina.

Airil kalut mencari Irina. Dia melihat satu susuk tubuh yang tertidur di wakaf kecil. Airil berlari ke arah susuk itu. Ya, itu Irina.

Airil memarahi dirinya sendiri.

"Bodoh kau Rilll.. kau biar isteri kau tunggu kau sampai malam". Marah Airil sendirian. Dah la Irina mengandung.

Terus dicepung tubuh isterinya masuk ke dalam kereta.

"Eh Airil.." terpisat pisat Irina tersedar apabila tubuhnya diletakkan di atas kerusi kereta. Airil tersenyum hambar.

"Maafkan saya. Saya.. saya lupa ambil awak". Irina tersentak apabila Airil menukar kata ganti dirinya dari 'aku mu' kepada 'saya awak'.

"It's okey.. saya okey je. Mesti awak ada banyak kerja kan kat office. Muka awak nampak kusut semacam je". Ujar Irina sambil tersenyum. Airil menghulurkan satu plastik kepada Irina.

"Buah jambu air. Saya beli tengah hari tadi". Kata Airil sambil memandang ke arah lain. Irina tersenyum riang lalu mencapai plastik itu. Jelas wajahnya gembira.

"Thankss Airill". Airil mengangguk saja lalu meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Sesekali dikerling ke arah Irina.

"Aku nampak muka kau cam ada masalah je? Kau ada sembunyikan sesuatu dari aku ke?" Soal Airil. Laa, baru tadi tukar kata ganti diri. Irina terus mengeleng kepala.

"Takde laa.. saya okey". Nafi Irina sambil tersenyum. Tersenyum hambar. Airil mengangguk perlahan. Dia tahu Irina menipunya. Pasti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh isterinya itu.

'Taknak cakap takpe. Aku ada spy la kat universiti kau tu Rin. Isyaf kan adaa'. Bisik Airil. Tak sia sia dia berjumpa dengan Isyaf. Boleh juga dia tahu perkembangan isterinya itu di universiti.

Sampai di rumah.. Airil terus menghantar SMS kepada Isyaf.

Isyaf.. kau tahu tak apa apa jadi dekat Rin kat u?

Jadi? Jadi apa bang? Kenapa dengan Irina bang?

Aku tanya kau.. kau pulak tanya aku. Aku nampak Rin tu macam sedih je. Macam sembunyikan sesuatu dari aku. Kau tahu apa apa?"

Err. Bang.. sebenarnya saya nak bagitahu tapi Rin dah pesan jangan bagitahu abang. Saya takut la Rin marah.

Airil berkerut. Irina suruh Isyaf rahsiakan?

Bagitahu aku sekarang...

Paksa Airil. Dia mesti tahu. Kalau budak Isyaf ni tak nak bagitahu, memang dia kerjakan sampai lunyai.

Tapi bang.. nanti Rin marah

Aku takkan cakap kat Rin la.. bagitahu je lahh.

Err.. Rin tadii.. dia kena buli dengan Fisya lagi. El kekasih saya tu cakap, Fisya toreh tangan Rin dengan pisau. Mereka.. kutuk kutuk Rin nii pelacur murahan yang goda abang. Sejak abang comfess yang abang ni suami Rin, Rin makin teruk kena kecam. Hampir satu universiti tau.

Berasap telinga Airil. Terus dia naik ke biliknya. Dia harus jumpa Irina.

Pintu bilik dibuka. Dipandang Irina yang termenung. Terus lengan baju Irina diselak. Irina tersentak.

Irina cuba tarik tapi Airil lebih kuat. Airil memandang Irina.

"Kenapa boleh jadi macam ni? Orang buli kau kann. Hah?" Irina tersentak mendengar suara tegas Airil.

"T.. tak.. tadi Rin cuma terjat....." belum sempat Irina menghabiskan kata katanya, Airil sudah menyampuk.

"Tak payah tipu akuuu. Kau kena bulii kannn. Hah. Mulai sekarang aku tak benarkan kauu sambung belajar lagii". Irina tersentak.

"T.. tapii". Airil memandang Irina tajam.

"Kau nak tunggu kauu tu kena buli teruk teruk baru kau nak berhenti. Come on Rin. Aku boleh sara kau. Kau tak perlu belajar then kerja semua." Air mata Irina mula mengenang.

"Rin sambung belajar bukan semata mata nak kerja then dapat gaji tapi ni minat Rin. Dari dulu Rin nak jadi doktor. Tu cita cita Rin dari dulu lagiii". Kata Irina sambil mengalirkan air mata. Teresak esak dia menangis.

Airil serba salah.

"Rin.. aku bukan nak marah kau tapi aku takut apa apa jadi kat kau. Mungkin hari ni sikit. Esok? Mana tahu. Aku risaukan kau Rin". Irina mengesat air matanya.

"Rin nak sambung belajar. Saya nak capai cita cita saya". Airil terdiam.

"Nanti aku fikir.." Kata Airil lalu berlalu dari situ. Dia mengeluh. Asyik kalah dengan pujuk rayu Irina.

Tapi..

Ni untuk keselamatan Irina.

Dia tak sanggup kehilangan Irina.

Korang ingat tak Sop? Yang perompak yang tolong Airil? Haaa.. tu la Yusop Ahmad kalau korang nak tahu. Kalau nak tahu lebih lanjut.. tunggu next chap.

Sis cuba update cepat..  abaikan typo..

Vote and comment...

Siapa rindu Maisara? Hahaha.. jangn risau.. Maisara akan keluar bab seterusnya.

Suamiku, Encik Pengasuh?✔️Where stories live. Discover now