Chapter 2

190 15 2
                                    

"Hyung.. Kenapa dengan noona ?" Chanwoo memandang Jinhwan dengan wajahnya yang sangat sayu. Hatinya sangat pilu apabila melihat kakaknya terbaring lemah di atas katil di dalam wad dengan wajah yang sangat pucat seolah olah badannya sudah tidak mempunyai darah.

Chanwoo sangat sayang akan kakaknya. Hanya kakaknya sahajalah yang sangat memahaminya dan sentiasa ada di sisinya ketika dia mempunyai masalah. Cukuplah ibu bapa mereka yang berpisah, dia tidak mahu Minjung meninggalkannya juga.

Jinhwan mendekati Chanwoo dan memeluk tubuhnya erat. Kepala Chanwoo diusap lembut. "Minjung tak apa apa lah. Jangan risau. Semuanya akan ok." Jinhwan cuba menenangkan hati Chanwoo. Namun, hatinya juga turut resah.

Seorang doktor keluar selepas selesai memeriksa keadaan Minjung. Jinhwan dan Chanwoo segera mendekati doktor tersebut. Chanwoo melihat nama doktor itu. 'Kim Hanbin'.

"Minjung sekarang dalam keadaan yang stabil. Boleh saya berjumpa dengan keluarga dia ?" Soal Dr. Hanbin sambil memandang mereka berdua.

Jinhwan menganggukkan kepalanya. "Biar hyung yang jumpa dengan doktor. Chanwoo temankan Minjung ye." Ujar Jinhwan sebelum dia mengikut langkah Dr. Hanbin ke pejabatnya.

***

"Ada apa apa masalah dengan Minjung ke doktor ?" Soal Jinhwan setelah dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Wajahnya resah memandang muka Dr. Hanbin yang seperti teragak agak hendak mengatakan sesuatu.

"Ada tak, keluarga Minjung yang pernah menghidap kanser otak ?" Dr. Hanbin memandang wajah Jinhwan. Di tangannya terdapat beberapa keping kertas.

"Ayah Minjung meninggalkan disebabkan kanser ni." Jawab Jinhwan.

"Malangnya, Minjung turut menghidap kanser ni." Dr. Hanbin menyerahkan kertas yang dipegangnya kepadanya Jinhwan.

Jinhwan terkejut mendengar kata-kata Dr. Hanbin. Jantungnya berdegup kencang apabila mendapat tahu Minjung turut mengidap kanser yang sama seperti ayahnya. Jinhwan menyambut huluran kertas tersebut. Dia membacanya dengan berhati-hati.

"Hampir separuh sel-sel otak Minjung sudah tidak berfungi. Kalau Minjung tidak mendapat rawatan segera, kemungkinan besar peluang untuknya hidup sangat tipis.Tapi, agak terlambat untuk Minjung mendapatkan rawatan kerana kanser ni merebak dengan cepat." Terang Dr. Hanbin.

Jinhwan senyap. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan. Bagaimana dia hendak memberitahu Minjung tentang ini ? Bagaimana dengan Chanwoo ? Minjung adalah satu-satunya kakak yang Chanwoo ada.

"Kalau Minjung makan ubat yang diberikan pada masa yang telah ditetapkan, mungkin kesan kanser tersebut boleh dilambatkan sedikit." Dr. Hanbin cuba menenangkan Jinhwan.

Banyak perkara yang bermain-main di fikiran Jinhwan. Hatinya resah sepanjang perjalanannya kembali ke wad Minjung.

***

"Hyung." Chanwoo berdiri lalu mendekati Jinhwan apabila Jinhwan masuk ke dalam wad. Dia memandang wajah Jinhwan yang sangat resah. "Hyung. Wae-yo ?"

"Chanwoo-aa." Jinhwan menarik Chanwoo keluar dari wad. Dia tidak mahu perbualan mereka menganggu Minjung yang sedang lena.

"Hyung." Chanwoo memandang Jinhwan yang seperti teragak agak hendak mengatakan sesuatu.

"Chanwoo-aa. Apa pun yang berlaku pada Minjung, kita kena terima ya ? Kalau kita pun turut sedih, nanti Minjung noona mesti akan rasa berputus asa." Jinhwan memegang kedua dua belah bahu Chanwoo.

Chanwoo menggigit bibirnya. Dia berasa begitu gementar untuk mendengar apa yang akan dikatakan oleh Jinhwan. Kenapa dengan noona ?

"Minjung menghidap kanser yang sama macam appa Chanwoo. Kanser otak." Jinhwan mengeluh. Dia melihat wajah Chanwoo yang sangat terkejut.

Chanwoo terkaku. Serta merta matanya bergenang dengan air mata yang hampir mengalir ke pipinya. Adakah noona juga akan meninggalkannya ?

Jinhwan menarik Chanwoo ke dalam pelukannya. Kepalanya diusap lembut. Chanwoo menangis di bahu Jinhwan. Amat susah baginya untuk menerima kenyataan bahawa satu satunya orang yang amat dia sayang sedang menunggu hari untuk pergi.

Jinhwan tidak dapat menahan dirinya. Dia turut sebak melihat Chanwoo yang menangis. Sekarang ini, dia perlu memikirkan cara untuk memberitahu Minjung tentang kansernya. Bagaimanakan reaksi Minjung nanti. Adakah Minjung akan menerimanya ? Hati Jinhwan risau memikirkan hal itu.

***

"Noona." Chanwoo memegang erat tangan kakaknya.

Minjung tersenyum melihat adiknya. Dia mengusap usap tangan Chanwoo. "Gwenchana. Noona tak apa apa lah." Mata Minjung bergenang dengan air mata.

Jinhwan hanya senyap memandang Minjung yang masih lagi tenang setelah diberitahu tentang kansernya. Jinhwan sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang dia berasa sangat sedih dan risau pada masa yang sama.

"Oppa." Minjung memandang Jinhwan.

"Eo. Wae-yo Minjung-aa ? Nak apa apa ke ?" Jinhwan duduk di atas kerusi sebelah kanan katil Minjung.

Minjung menarik nafas lalu dihembus lembut. "Jangan bagitahu Donghyuk tentang ni. Boleh tak oppa ? Chanwoo pun." Minjung memberitahu hasratnya.

Reaksi Jinhwan dan Chanwoo menunjukkan yang mereka tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh Minjung. " Noona, dia kena tahu." Bantah Chanwoo.

Jinhwan masih lagi senyap. Dia menunggu Minjung menyambung percakapannya.

"Chanwoo, boleh ya ? Untuk noona. Kalau dia tahu tentang ni, mesti dia akan sedih. Ataupun dia akan tinggalkan noona." Suara Minjung bertukar sayu.

"Noona, Donghyuk hyung bukan orang yang akan tinggalkan noona macam tu je." Chanwoo berasa serba salah.

"Oppa tak kisah kalau Minjung tak nak oppa bagitahu Donghyuk. Oppa faham perasaan Minjung. Tapi, Minjung kena janji, akan jaga kesihatan Minjung sebaik mungkin." Jinhwan bersetuju dengan Minjung.

"Hyung !" Chanwoo memandang Jinhwan.

"Kita buat ini untuk Minjung. Boleh kan, Chanwoo ?" Jinhwan cuba memujuk Chanwoo.

Chanwoo melepaskan keluhan berat. Dengan terpaksa, dia akhirnya berjanji dengan kakaknya bahawa dia tidak akan memberitahu Donghyuk. 'Bagaimana dengan hubungan noona dan Donghyuk hyung nanti ?'

***

[COMPLETED] Lie 거짓말 (Malay Ver.) + DonghyukWhere stories live. Discover now