Chapter 4

148 14 0
                                    

Donghyuk dan Yunhyeong duduk di sebuah restoran makanan segera yang terdapat di dalam Seoul Mall. Sambil minum Coklate Milkshakenya, mata Donghyuk asyik memandang keadaan sekeliling.

"Ramai betul pasangan kekasih hari ni. Aku pulak. Keluar dengan kau." Keluh Donghyuk. Tangannya mengacau ngacau minuman.

"Aishh, kau ni. Aku tahu lah kau rindu dengan Minjung. Tapi janganlah sedih pulak sebab hujung minggu kau ni diisi oleh Yunhyeong." Yunhyeong cuba bergurau dengan Donghyuk.

Ketika mata Donghyuk leka memandang sekeliling, tiba-tiba matanya, ternampak seseorang yang rupanya seperti Minjung.

"Itu Minjung ke ?" Jari Donghyuk menunjuk ke arah seseorang.

Yunhyeong mengalihkan pandangannya ke arah yang ditunjukkan oleh Donghyuk, namun dia tidak nampak sesiapa yang rupanya sama seperti Minjung.

"Bayangan kau je lah." Yunhyeong memandang semula ke arah Donghyuk.

Donghyuk mengeluh. Mungkin betul cakap Yunhyeong. Orang yang dia baru nampak tadi, mungkin bukan Minjung. Ya, itu semua cuma bayangan.

***

"Bobby-ya. Aku nak balik lah." Minjung berhenti berjalan. Dia memandang Bobby yang berada beberapa tapak di depannya.

"Awal lagi ni." Bobby melihat jam tangannya. Dia mendekati Minjung semula. Dia memandang Minjung yang sedang mengurut kepalanya.

"Yahh. Waeyo ? Kau pening ke ?" Bobby mula risau. Dia memegang bahu Minjung agar Minjung tidak jatuh. 

Minjung tidak dapat menjawab. Dia sekadar menganggukkan kepalanya sebagai jawapan kepadanya pertanyaan Bobby. 

"Arasseo. Aku bawa kau balik." Bobby memegang erat bahu Minjung dan menarik Minjung dekat dengannya. 

Ketika mereka berdua sedang berjalan ke tempat parking, tiba-tiba, ada dua orang lelaki yang menghalang laluan mereka. 

Minjung tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejutnya apabila melihat Donghyuk sedang berdiri di depannya. Di sebelahnya pula, Yunhyeong.

"Awak buat apa dekat sini ?" Donghyuk memandang Minjung dengan wajah yang serius. Matanya ternampak tangan Bobby yang sedang memeluk erat bahu kekasihnya.

"Donghyuk-aa. Benda ni bukan seperti yang awak sangkakan." Minjung mengalihkan tangannya daripada kepalanya. Walaubagaimanapun keadaannya, dia tetap tidak mahu memberitahu Donghyuk mengenai sakitnya.

Donghyuk tidak dapat menahan perasaan marahnya, lalu dia terus meluru ke arah Bobby dan menumbuknya dengan kuat. Bobby yang tidak menjangkakan perkara tersebut, tidak dapat mengelak dan terus jatuh terduduk.

Minjung menekup mulutnya. Dia berasa amat terkejut dengan tindakan Donghyuk. Yunhyeong juga begitu. Tidak pernah sekali pun dia melihat Donghyuk marah seperti ini.

"Donghyuk-aa !! Awak buat apa ni ?" Minjung menolak Donghyuk jauh dari Bobby. Kemudian, dia membantu Bobby bangun semula. Minjung terkejut melihat hidung dan bibir Bobby yang sudah berdarah. Segera Minjung mengeluarkan sapu tangannya lalu mengelap darah tersebut.

Donghyuk seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat sekarang. Kekasihnya, Minjung, sedang keluar bersama lelaki lain. Jadi, sebab itu lah panggilan dan mesejnya tidak pernah dilayan. Hati Donghyuk bengang dengan apa yang dilihatnya.

Yunhyeong menahan Donghyuk yang sekali lagi ingin meluru ke arah Bobby. Dia tidak mahu keadaan menjadi makin teruk. Yunhyeong juga keliru dengan apa yang terjadi. Adakah benar perkara yang sedang dilihatnya ini ? Minjung bersama dengan lelaki lain ?

Donghyuk menarik Minjung jauh dari Bobby. Kedua dua belah bahu Minjung dipegang. "Sebab ini lah awak tak jawab panggilan saya ? Mesej saya pun awak tak balas ?" Wajah Donghyuk merah kerana marah.

"Selama ini awak sibuk keluar dengan lelaki lain. Oh, tak hairan lah awak tak layan saya. Kalau lah saya tak nampak awak tadi, mesti saya akan rasa macam orang bodoh kan sebab masih lagi cuba nak hubungi awak." Donghyuk tersenyum sinis. Dia memandang Minjung yang hanya senyap. 

Bobby yang mendengar kata kata Donghyuk berasa marah. "Sebelum kau tuduh dia macam-macam, kau kena dengar dulu penjelasan daripada dia." Bobby memandang Donghyuk. Jantungnya berdegup kencang.

"Aku pasti, suatu hari nanti, kau akan menyesal dengan apa yang kau baru cakapkan. Kau tak tahu, sekarang ni Minjung tengah .." 

"Aniya !! Bobby-ya. Jangan cakap apa apa. Jebal." Rayu Minjung. Matanya sudah berair. "Ya ! Memang selama ni saya keluar dengan lelaki lain. Sebab itulah, saya tak pernah jawab panggilan dan mesej awak. Semua tu mengangggu saya !" Ketika Minjung menuturkan kata-kata tersebut, air matanya mengalir deras.

Mianhae Donghyuk. Jinjja mianhae. Saya nak awak lupakan saya. Saya nak awak tinggalkan saya. 

Mata Bobby membuntang saat mendengar kata kata yang keluar daripada mulut Minjung. Dia memandang Minjung dengan pandangan yang sangat tidak percaya.

Donghyuk pula tidak terkata-kata. Hatinya benar-benar hancur saat mendengar apa yang dituturkan oleh Minjung. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia sangat kecewa. Tanpa berkata apa apa, Donghyuk terus berlalu pergi.

Minjung mengejar Donghyuk dan memegang tangannya. "Mianhae Donghyuk-aa." Jari Donghyuk dipegang erat.

Namun, Donghyuk menolak tangannya Minjung dan terus berlalu pergi. Yunhyeong yang tidak tahu hendak berkata apa turut mengikut langkah Donghyuk yang semakin menjauh. Dia memandang Minjung dengan simpati sebelum mengejar Donghyuk.

Minjung jatuh terduduk. Dia mula menangis. Minjung memegang dadanya dan menagis teresak esak. Hatinya tidak pernah mengiyakan apa yang baru sahaja dikatakan olehnya sebentar tadi. Semua itu tidak benar sama sekali.

Bobby mendekati Minjung dan membantu Minjung untuk berdiri semula. Bahu Minjung dipeluk dan diusap  lembut untuk memujuknya.

"Gwenchana. Kau jangan lah risau." Bobby membawa Minjung masuk ke dalam kereta. 

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, hanya tangisan Minjung sahaja yang kedengaran. Bobby hanya membiarkan Minjung melepaskan kesedihannya.

***

"Hyung !! Noona dah balik." Chanwoo meletakkan semula playstation dan berdiri. Dia membiarkan Junhoe bermain seorang diri. Chanwoo pergi menyelak langsir untuk melihat Minjung.

Namun, Chanwoo terkejut apabila melihat wajah kakaknya dibasahi dengan air mata. 'Apa yang berlaku ?'

Segera Chanwoo membuka pintu dan mendapatkan kakaknya.

"Noona, wae ?" Chanwoo memegang wajah Minjung. Tetapi, Minjung tidak bersuara. Kemudian Chanwoo memandang Bobby pula.

Bobby menggelengkan kepalanya. Memberi isyarat agar membiarkan Minjung bersendirian. Chanwoo mengangguk lemah. Dia memeluk erat bahu Minjung, dan membawanya masuk ke dalam bilik.

Chanwoo menyelimutkan tubuh Minjung. Air mata Minjung yang masih basah di pipinya, dilap lembut oleh Chanwoo.

***

Keadaan di ruang tamu menjadi sepi selepas Bobby selesai menceritakan apa yang berlaku ketika dia dan Minjung keluar tadi.

"Perkara ni tak sepatutnya berlaku." Jinhwan bersandar lemah pada sofa. 

"Kalau Donghyuk hyung tahu yang noona sakit, perkara ni memang tak akan berlaku." Marah Chanwoo pula. 

Junhoe menggosok belakang Chanwoo untuk menenangkannya. "Apa kata kita bagitahu je Donghyuk hyung ?" Cadang Junhoe.

"Tak boleh. Bukan sekarang. Masanya belum tiba lagi." Jinhwan membantah. 

***

[COMPLETED] Lie 거짓말 (Malay Ver.) + DonghyukWhere stories live. Discover now