Chapter 6

152 16 2
                                    

Suanana di bilik Minjung menjadi bingit apabila mesin bantuan pernafasan yang digunakan oleh Minjung tiba-tiba berbunyi. Dada Minjung juga berombak naik dan turun. Namun matanya masih tidak terbuka.

"Minjung-aa !! Minjung-aa !! Kenapa ni ?" Jinhwan menggoncang kuat tubuh Minjung. Jantungnya berdegup kencang apabila melihat keadaan Minjung yang tidak stabil.

"Junhoe-yaa. Pergi panggil doktor. Palli !" Arah Jinhwan.

Junhoe mengangguk dan segera berlari keluar untuk mencari doktor. Seketika kemudian, Dr. Hanbin dan beberapa orang jururawat berlari masuk ke dalam bilik Minjung. Mereka membawa beberapa alat yang tidak diketahui fungsinya untuk apa.

Seorang jururawat menarik Jinhwan keluar dari bilik tersebut walaupun Jinhwan meronta-ronta untuk kekal di sisi Minjung.

"Doktor ! Tolonglah selamatkan Minjung. Jebal. Buat lah apa apa pun, supaya Minjung selamat !!" Jinhwan meraung sebelum pintu bilik Minjung ditutup rapat. 

Jinhwan terduduk lemah di atas kerusi. Rambutnya diusap ke belakang. Air matanya mula bertakung. 

Jururawat yang masuk ke dalam bilik Minjung, menolak katil Minjung keluar dan membawanya ke bilik pembedahan dengan cepat. 

"Keadaan Minjung semakin parah. Pembedahan segera perlu dilakukan. Tolong tandatangan surat ni." Dr. Hanbin memberikan sekeping surat dan sebatang pen kepada Jinhwan.

Jinhwan segera menandatangani surat tersebut sebagai kebenaran untuk melakukan pembedahan kepada Minjung. 

"Terima kasih." Dr. Hanbin berlari menuju ke bilik pembedahan. Dia ingin bersiap sedia. 

Jinhwan turut berlari mengikuti mereka. Tangannya sibuk mendail nombor Chanwoo dan memberitahunya tentang keadaan Minjung yang semakin kritikal.

***

"Hyung, kenapa ni ?" Suara Chanwoo menegur Jinhwan. Di belakang Chanwoo, ada Donghyuk dan Yunhyeong. Mereka terus mencari bilik pembedahan apabila mendapat tahu yang Minjung perlu dibedah dengan segera.

"Hyung, mana Minjung ? Saya nak jumpa dengan Minjung. Tolonglah benarkan saya jumpa dengan dia." Donghyuk datang ke arah Jinhwan. Wajah Donghyuk jelas menunjukkan yang dia amat risau dengan keadaan Minjung.

Jinhwan berdiri. Bahu Donghyuk ditepuk lembut. "Mianhae Donghyuk-aa. Tapi sekarang, Minjung sedang dibedah sebab keadaan dia tiba-tiba tak stabil. Kanser dia dah makin parah." Lemah suara Jinhwan menjelaskannya. Keluhan berat dilepaskan.

"Mwo ?!" Donghyuk terkejut. Apa yang terjadi kepada Minjung ?

Sudah hampir dua jam mereka menunggu Dr. Hanbin keluar. Seorang pun daripada mereka tidak mengeluarkan suara. Semuanya berada di dalam dunia mereka sendiri. Junhoe pula sudah pulang ke rumah kerana disuruh oleh Jinhwan. Dia mahu Junhoe untuk berehat.

Chanwoo yang sudah dua hari tidak tidur, akhirnya terlelap. Dia tidur beralaskan paha Jinhwan. Jinhwan merenung wajah Chanwoo yang keletihan. Pasti sukar untuk Chanwoo juga. Rambut Chanwoo diusap lembut. 

Jinhwan menyadarkan tubuhnya ke belakang. Hatinya tidak tenang memikirkan Minjung yang sedang dibedah. Bagaimanakah keadaan Minjung sekarang ? Adakah semuanya berjalan dengan lancar ?

Donghyuk mengusap wajahnya. Fikirannya kusut. Dia ingin sangat berjumpa dengan Minjung. Keadaan tidak akan menjadi sebegini teruk jika dia tidak menuduh Minjung sesuka hati. Ketika mereka sedang menunggu, tiba-tiba, Bobby muncul bersama seorang wanita yang agak berumur.

"Ahjumma." Jinhwan menegur ibu Minjung dan Chanwoo. 

"Jinhwan-aa. Keadaan Minjung macam mana ?" Omma Minjung mendekati Jinhwan. Wajahnya anak bongsunya yang lena, ditenung dengan penuh kasih. 

Jinhwan mengeluh. Bahunya diangkat. "Molla. Dah dua jam lebih Minjung dalam bilik pembedahan." Jinhwan menerangkan.

Chanwoo tersedar daripada tidurnya. Wajahnya terkejut apabila melihat ommanya berada di depan mata. Segera Chanwoo berdiri.

"Omma." Perlahan Chanwoo memanggil ommanya.

"Chanwoo-aa." Ommanya terus memeluk Chanwoo. Kepalanya Chanwoo diusap lembut.

"Omma, dah 3 hari noona tak sedarkan diri. Bila noona nak sedar ? Noona akan selamatkan omma ?" Chanwoo memandang ommanya dengan wajahnya yang sudahpun dibasahi air mata. Dia menangis teresak esak.

Ommanya mengelap lembut air mata Chanwoo. "Gwenchana. Noona kamu akan sedar tak lama lagi. Noona kamu kuat orangnya." Ommanya cuba memujuk Chanwoo.

"Annyeonghaseyo. Saya Donghyuk." Donghyuk mendekati mereka dan memperkenalkan dirinya.

"Oh, jadi inilah Donghyuk. Minjung selalu cerita dekat makcik tentang kamu." Omma Chanwoo tersenyum. Kepala Donghyuk juga diusap. Pasti dia turut risau mengenai Minjung.

TIba-tiba, pintu bilik pembedahan dibuka. Dr. Hanbin keluar sambil menanggalkan topeng mukanya. Dia merenung satu per satu wajah di hadapannya.

"Maafkan saya. Kami sudah pun berusaha untuk menyelamatkan Minjung, tetapi..." 

"Apa maksud doktor ? Tapi apa ? Doktor kena selamatkan Minjung. Dia tak boleh tinggalkan saya macam ni. Ada banyak benda saya nak cakap dengan dia. Saya perlu jumpa juga dengan Minjung. Jebal. Selamatkan dia." Donghyuk meluru ke arah Dr. Hanbin sambil mengoyangkan kedua dua belah bahunya. Yunhyeong memeluk Donghyuk untuk menenangkannya.

Mereka semua hanya diam. Masing-masing terkedu. Air mata Chanwoo dan Jinhwan lebat membasahi wajah mereka. Bobby dan Yunhyeong tidak terkata-kata. Mereka menangis dalam diam. Hati mereka merintih kesedihan mendengar khabar pemergian Minjung.

Minjung meninggalkan mereka begitu sahaja. Tanpa mengucapkan selamat tinggal. Minjung meninggalkan mereka tanpa senyuman. Minjung pergi dalam keadaan dirinya yang rindukan Donghyuk.

"Andwae. Awak tak boleh tinggalkan saya macam ni." Donghyuk mengetap bibirnya. "Mianhae Minjung-aa. Mianhae." Rintih Donghyuk. Dia melutut. Air matanya deras mengalir. Hatinya amat sukar untuk menerima kenyataan yang Minjung sudah pun meninggalkannya. Selamanya.

Yunhyeong turut melutut. Dia memeluk bahu Donghyuk dan mengusapnya lembut. Dia membantu Donghyuk berdiri semula. Air mata Yunhyoeng juga mengalir. Pemergian Minjung secara tiba tiba, amat susah untuk diterima.

"Jam 8.40 malam, pesakit bernama Jung Minjung, yang mengidap kanser otak telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saya ucapkan takziah kepada keluarga Minjung." Dr. Hanbin melihat jamnya. Dia menundukkan tubuhnya 90 darjah sebelum meninggalkan mereka.

"Omma. Wae ? Wae omma ? Noona dah tinggalkan kita. Noona tinggalkan kita macam tu saja omma. Kenapa noona buat kita macam ni ?" Chanwoo menangis teresak esak di bahu ommanya. 

Ommanya cuba untuk menahan air mata daripada mengalir. Dia memujuk Chanwoo. Pada saat ini, dia perlulah tabah. Dia perlu lebih tabah daripada Chanwoo.

-End of throwback-

Donghyuk keluar dari keretanya. Cermin mata hitam diperbetulkan. Dia memegang sejambak bunga yang kecil dengan cermat. Hari ini, Donghyuk ingin melawat kubur Minjung. 

"Dah 1 tahun awak pergi. Tapi, saya tetap tak boleh lupakan awak." Donghyuk meletakkan bunga yang dibawanya di tempat Minjung. Gambar Minjung ditenung lama. Serta merta air matanya mengalir. 

"Mianhae Minjung-aa. Mianhae." Donghyuk mengelap air matanya. Rasa bersalah tidak pernah sekali pun hilang dari dalam dirinya.

Walaupun Minjung sudah tiada, namun, memorinya bersama Minjung tidak dapat dilupakan begitu sahaja. Minjung sangat istimewa buat Donghyuk. Setelah, agak lama Donghyuk berada di kubur Minjung, dia pun beredar pergi.

Setiap minggu, Donghyuk akan datang melawat kubur Minjung untuk melepaskan rasa rindunya. Gelang yang Minjung pernah berikan kepadanya dulu, masih disimpan dengan rapi oleh Donghyuk. Dia tidak akan sesekali membuangnya. Gelang itu amat berharga kerana itu adalah hadiah terakhir yang Minjung berikan kepadanya.

Donghyuk masuk ke dalam keretanya dan beredar. Minggu depan, di akan datang semula ke kubur Minjung. Itu pasti.

Minjung-aa. Saya harap awak gembira dengan kehidupan awak di sana. Saya tak akan sesekali melupakan awak. Selamanya, hanya awaklah yang berada di dalam hati saya.

-THE END-

Vote. Comment

[COMPLETED] Lie 거짓말 (Malay Ver.) + DonghyukWhere stories live. Discover now