Chapter 1

660 39 1
                                    

Donghyuk memandang gambar lamanya bersama Minjung. Rasa rindu semakin hari semakin menggunung. Jika Minjung, berada di depannya, pasti Donghyuk akan memeluknya dan ayat yang ingin diucapkan adalah 'Mianhae'.

Namun, semua itu hanyalah angan angan yang pastinya sangat mustahil untuk dicapai. Jika masa dapat diputar, perkara yang ingin Donghyuk lakukan ialah mendengar penjelasan daripada Minjung sebelum menuduhnya tanpa apa apa bukti yang kukuh.

Air mata Donghyuk bergenang pada tubir mata. Hatinya sakit setiap kali ingatan mengimbau kembali masa lalu yang memang tidak dapat diperbetulkan lagi.

-Throwback-

Minjung mengurut kepalanya yang terasa berdenyut denyut. Sejak malam tadi lagi, kepalanya sakit. Sehingga sekarang, sakitnya masih tidak hilang. Minjung bersandar pada sofa di ruang tamu di tingkat bawah sementara menunggu kekasihnya, Donghyuk datang menjemput untuk keluar.

Mereka ingin melawat rakan mereka yang baru sahaja membuka kafe baru, Yunhyeong. Sudah seminggu semenjak kafe tersebut dibuka, namun mereka berdua tidak berkesempatan untuk datang mengunjung.

Tetapi, memandangkan, hari ini cuti, mereka ingin menggunakan kesempatan ini untuk pergi ke kafe tersebut.

"Kenapa dengan muka noona ?" Soal Chanwoo yang baru keluar dari dapur sambil sebelah tangannya memegang segelas cawan. Dia melabuhkan punggung di sebelah kakaknya sambil matanya memerhati wajah Minjung.

Minjung sedikit terkejut mendengar pertanyaan Chanwoo yang tiba tiba. Minjung memegang pipinya. "Kenapa dengan muka noona ?" Soal Minjung.

"Hmm, nampak pucat sangat lah." Chanwoo meletakkan belakang telapak tangannya pada dahi Minjung. "Tak panas pun." Tambah Chanwoo lagi.

"Noona tak apa apa lah. Pening sikit je. Mungkin sebab tak cukup tidur." Teka Minjung. Dia menolak tangan Chanwoo. Chanwoo sekadar mengiyakan kata kata kakaknya dan kembali menonton televisyen.

Minjung tidak mengambil serius mengenai keadaanya. Wajahnya yang dikatakan pucat oleh Chanwoo pun dia tidak endahkan. Cuaca sekarang ni panas. Mungkin sebab tu kepalanya pening. Sebab perubahan cuaca.

***

"Ga-ja." Ajak Donghyuk. Dia memegang tangan Minjung dan mereka berdua masuk ke dalam kafe milik Yunhyeong bersama sama.

Sebaik sahaja mereka menolak pintu terebut, bunyi loceng kedengaran di seluruh kafe.Yunhyeong yang sedang membuat minuman, terhenti perbuatannya. Dia mengalihkan pandangannya ke arah mereka. Senyuman manis terus terukir sebaik melihat Donghyuk dan Minjung.

"Donghyuk-aa, Minjung-aa !!" Jerit Yunhyeong gembira. Tangannya yang basah dilap menggunakan tuala yang tersangkut pada apronnya.Donghyuk dan Minjung membalas senyuman Yunhyeong.

"Mianhae sebab tak datang masa hari pertama kedai ni dibuka. Aku ada hal lah nak kena urus waktu tu." Terang Donghyuk.

"Aku pun sama. Ada hal jugak." Minjung tersengih.

"Yahh, entah entah korang berdua ni pergi dating apa waktu first day kedai ni dibuka ?" Soal Yunhyeong dengan sebelah keningnya diangkat.

"Aniya." Donghyuk tergelak mendengar tuduhan Yunhyeong. Dia menampar bahu rakannya.

"Yelah yelah. Korang duduk lah dulu. Aku buatkan minuman khas untuk korang. Aku bagi diskaun. Jadi, korang tetap kena bayarlah." Ujar Yunhyeong lalu terus beredar.

Donghyuk dan Minjung mengambil tempat duduk yang agak jauh dari pandangan orang ramai. Mereka duduk saling berhadapan.

Donghyuk yang asyik memerhati wajah Minjung membuatkan Minjung tidak selesa. Minjung cuba untuk menghalang pandangan Donghyuk dengan tangannya.

[COMPLETED] Lie 거짓말 (Malay Ver.) + DonghyukWhere stories live. Discover now