Cikgu Siti adalah guru yang selalu bersemangat mengajar murid-muridnya. Amat semangat mengajar di kelas, ia sering kali memakai giliran waktu guru lain yang akan mengajar selepas dia. Ada sisi baik, tetapi ada juga sisi buruknya. Sisi baiknya, para murid dapat belajar lebih dari apa yang sepatutnya mereka dapat satu hari itu. Sisi buruknya, para murid tidak suka kerana mengajarnya terlalu lama, murid-murid jadi bosan. Dan, guru lain tidak boleh maksimum menggunakan masa mereka untuk mengajar.
Suatu ketika, Cikgu Siti mendapat giliran mengajar di akhir waktu pulang sekolah. Para murid pun mengadu, "Ah, pasti pulang lewat! Ah, pasti bakal kelaparan kerana telat makan tengah hari.."
Cikgu Siti yang merasa tidak selesa dengan tingkah laku murid-murid di kelas itu, akhirnya menghentikan proses belajar mengajar dengan memberi soalan. "Kalau ada yang boleh menjawab soalan saya, semua boleh pulang. "
Tiba-tiba, kapur melayang mengenai papan tulis.
"Siapa yang melempar kapur?" bentak Cikgu Siti.
Roy terus angkat tangan"Saya,Horeyy, kita boleh pulang!"
YOU ARE READING
Lawak Kampus
CasualeNama sahaja lawak kampus tapi tidak diambil dari lawak kampus.Lawak yang dikumpulkan daripada semua sumber. Ada yang buat sendiri.Sila vote.Tak nak vote tak apa