Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.
Eman : “Datuk aku kuat….Kalau bertanding silat, tak pernah kalah.
Emon : “Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk.”
Eman : “Datuk kau kuat tak, Emin?”
Emin : “Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah,sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.
Eman dan Emon : “Ye laaa…. kuatnya datuk kau.”
YOU ARE READING
Lawak Kampus
RastgeleNama sahaja lawak kampus tapi tidak diambil dari lawak kampus.Lawak yang dikumpulkan daripada semua sumber. Ada yang buat sendiri.Sila vote.Tak nak vote tak apa