Bab 1

234 15 6
                                    

Minggu persekolahan kali ini berakhir seperti biasa.Aku berjalan pulang ke rumah bersama Tuah dan kakaknya,Dayana.Nafiz,Harun dan Syahmi hilang entah ke mana.Dayana berjalan bersama rakan-rakannya di hadapan manakala Tuah menemani aku di belakang.

"So how,ada citer pape ke? Perang ke? Homework belambak ke?" Aku memulakan perbualan.

"Haah ade," mata Tuah membesar sambil memandngku."Aku banggakan Cikgu LKM sebab dah lulus dalam test paper BI kali ni,dia cakap,Aaaa my favourite student you make me proud.Lebih kurang gitu lah,"bersungguh-sungguh dia mengajuk gaya Cikgu LKM.

Aku hanya mampu tergelak melihat gayanya.Sebenarnya aku juga berasa bangga dengan pencapaiannya itu.Memanglah dia bukan murid yang cemerlang dan dia juga tidak masuk kelas hadapan,tetapi aku tak kesah semua tu.Bagi aku,kepandaian perlu dikongsi,bukan ditayang riak kepada semua orang.Tuah orang yang ceria,itulah sebab aku suka berkawan dengannya.

"Berkawan jangan berkira sangat,kalau bukan kita yang mengubah,siapa lagi?masih ku ingat kata-kata emak tempoh hari.Sejak hari itu,aku cuba menjadi friendly dengan semua orang.

Sedang kami berjalan di sebelah padang,aku ternampak Thaqif sedang bersiri di bahagian dalam pagar kawasan sekolah." Eh Tuah,kau gerak dulu.Nanti aku catch up,"kataku ringkas.

Tuah pon terus berjalan mengekori kakaknya.

"Thaqif,kau buat apa tu?" tanganku dengan semulajadinya memegang pagar hijau yang ada di hadapan.

Thaqif mendongak lalu berkata,"Em,aku carik barang,hilang...eh aku dah lambat ni,okbye," dia terus berlari menjauhiku.

"Hmmm,bye,"

Nada suaranya agak pelik.Aku tahu mesti ada sesuatu yang tak kena.Mataku tiba-tiba memfokus kepada tanah yang kelihatan baru sahaja ditimbus.Pelik bin ajaib.

"Apalah mamat tu buat tadi"hatiku berbisik.

Apabila aku menolah ke belakang,Zubir memanggil namaku dari jauh.Aku terus menuju ke arahnya lalu duduk di sebelahnya.Pada masa yang sama juga,Stefanus duduk di sebelah kiriku.Kini,aku dikepung oleh dua manusia biru/pengawas sekolah.

Zubir mula bertanya,"Kau buat apa tadi?"

"Takdelah,aku nampak Thaqif kat hujung padang tadi,pelik pelik lah dia tu,"

"Dia tu memang pelik-pelik.Muka pon macam playboy,manala tak pelik," celah Stefanus.

Aku menoleh ke kiri lalu berkata,"kau ni,tak elok laa cakap orang macam tu,tapi aku setuju jugaklaa sebab muka dia memang macam playboy,hahahah."aku ketawa seoeang diri.

Stefanus hanya menggelengkan kepala.Suasana hening seketika.
Tiba-tiba ada seorang pakcik lalu di hadapan kami sambil berkata,"Ada benda akan datang sini,benda tak elok..."kata pak cik tua yang berjanggut putih dan memakai topi merah yang agak uzur.Dia terus berjalan melepasi semua orang yang ada di situ.

Kami bertiga memandang antara satu sama lain.Kami beranggapan bahawa pak cik tersebut kurang waras.Mungkin baru saja putus cinta?

"Eh korang,aku lupa,Tuah," aku terus menggoncang tangan Zubir dan Stefanus lalu terus berlari ke arah Tuah.

----------

Malam itu,seperti rutin biasa,selepas menyiapkam barang sekolah aku akan main henfon.Selepas tiga hari takde internet,akhurnya aku dapat membuka Instagram.Baru je topap tadi.Aku ternampak gambar Thaqif sedang mendaki gunung.Gambar itu dipos tiga hari lepas.Mesti seronok dia bercuti.

----------------

Hari Ahad,
Cuti mingguan sudah pon tamat.Aku hanya melepak di rumah Nafiz dia hari lepas.Takde apa yang barfaedah pon selain acah acah workout and main The Sims 4 dengan Tuah.Memang seronok tapi rasa macam sekejap jelah.

Kelas Matematik Cikgu Aziah bermula pada pukul 9.Seperti biasa,Cikgu Aziah masuk lalu memberi salam.Kemudian,murid Islam membaca doa.Disebabkan hari ini cikgu mengajar tentang tajuk yang senang,hampir semua murid tidak mengendahkannya di hadapan.Hanya beberapa orang pelajar perempuan sahaja yang fokus.Salah seorang daripadanya ialah Anis.Pelajar cina lelaki berbual-bual di belakang kerana mereka sudah mempelajari tajuk Poligon di tempat tusyen masing-masing.Geram jugak aku tengok Chan and the geng ni.

Zubir pula sibuk bertanya pada orang soalan yang berbunyi,"weyh,acane ni? Ajar aku please."

"Kenapa dia tak tanya cikgu je?"geram benakku dibuatnya.

Aku memang tak nampak apa cikgu tulis kat papan putih.Tapi takpe aku faham.So,aku just buat buat fokus untuk jaga hati cikgu.Memang selalu gini.

Dalam keadaan yang riuh-rendah,cikgu tetap menguatkan suaranya.Jelaslah dia memang seorang yang tabah.

Secara tiba-tiba,Anis meghadap ke belakang lalu menjerit," WOI DIAMLAH,KAN CIKGU TENGAH AJAR!"

Semua manusia di dalam kelas itu terdiam.Cicak yang terlekat pada dinding turut jatuh.Mata kami tertacap pada wajah Cikgu Aziah yang sedang memandang ke luar kelas.

Kami terus memandang ke tempat sama.Apabila cikgu keluar dari kelas dengan wajah yang agak terkejut,Chan,Zubir,Imran dan beberapa murid cina lain turut keluar.Aku mengekori rakanku yang lain keluar selepas selesai menulis sedikit catatan.

Kelas sebelah turut keluar ke koridor tingkat empat tersebut.Mereka semua melihat penjuru padang yang mengeluarkan sinaran hijau terang dan bunyi yang aneh.

Bunyi itu dicampuradukkan dengan suara murid dari setiap arah.

"Apa tu?"

"Eh,eh kau nampak tak?"

"Silaunya!"

"Sape pasang sportlight pepagi camni,"

Semuanya menusuk telingaku serentak...

Hai guys,
Its Fauzi here!
Dah siap bab 1 cerita ni,
Maaf kalau ada typo or salah tatabahasa sebab yang ni aku tak semak balik coz panjang sangat.
So how? Kalau best vote lah ye.
Nak komen pon boleh,jangan segan segan.

Oh,korang dah usya citer aku yang lagi satu tu,Romance~

Taknak laa mention tajuknya kat sini hahahaha.Kalau nak tau pi la smusya sendiri.

Ok tqvm guyz and wait for the next chapter.BYE




PenaklukanWhere stories live. Discover now