Aku terjaga dek alarm yang membingit telinga menandakan sudah pukul 6pagi tetapi kembali menutup mata pura pura tido kerana Tengku Daniel sudah terjaga dari lenanya.
Ubun ubunku dicium olehnya dan perutku diusap berkali kali.
"Kenapa sayang buat semua ni ?Kenapa sayang paksa abang buat semua ni ? Abang sayang sangat sangat dekat sayang tapi disebabkan dengan apa yang sayang dah buat,abang kecewa sangat dengan sayang."Kata Tengku Daniel dengan nada kecewanya.
Ya Allah
Aku rasa macam nak menangis je sekarang ni.
Aku ialah mangsa keadaan !
Suami aku lebih percayakan orang lain berbanding aku isteri dia.
Allah Hu"Hoi ! Bangun,solat Subuh berjemaah !"Kejut Tengku Daniel kasar.
Ya Allah
Kau tabahkanlah aku yang lemah ini.
Aamiin.Seusai solat Subuh,aku turun ke bawah menuju ke dapur untuk menyediakan breakfast.Setelah siap menyediakan breakfast,aku memanggil Tengku Daniel untuk turun makan.
"Daniel ! Daniel ! Turun breakfast !"
Tengku Daniel menuruni tangga sambil memakai jam tangannya.
"Sokey,aku nak pergi breakfast dengan kawan aku kat luar.Kau makanlah sensorang."Tanpa perasaan Tengku Daniel berkata.Seterusnya dia keluar dari rumah menuju ke keretanya.Keretanya meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahku.
Allahuakbar
Airmataku setitis demi setitis menitik.******************
Punching bag ditumbuk dan disepak sekuat mungkin sambil ditemani airmata yang mencurah curah.Breakfast tidak dimakan walau sedikit pun.
Hampir 3 jam aku bergelut dengan punching bag tanpa memikirkan kesan buruknya.
Sungguh,hati aku hancur berkecai bak pasir dipantai.Beralaskan karpet tempatku berbaring.Tangan kiri diletakkan didahi manakala tangan kanan diletakkan diperut.
"Kenapa dia tuduh aku macam tu ?! Kenapa dia lebih percayakan orang lain berbanding aku isteri dia ?! Aku tak pernah ambil atau curi pun yang bukan hak aku !! Duit nafkah setiap bulan yang dia bagi tak pernah luak pun !! Kenapa semua ni terjadi pada aku ?! Aku ialah mangsa keadaan !!"Jeritku didalam bilik gym bersebelahan bilik tidurku untuk melepaskan apa yang terbuku dihati tanpa menyedari yang Tengku Daniel telah mendengari segala galanya ketika ingin masuk ke bilik tidurku melalui bilik gym.
"Ya Allah,aku tak mampu menanggung ujianMu yang sangat berat ini.Aku hanyalah hambaMu yang lemah."Badanku terasa sangat lemah dan tak bermaya akhirnya aku pengsan di bilik itu.
Sudah 10 minit Tengku Daniel setia menanti percakapan aku yang seterusnya tetapi hanya senyap.Tengku Daniel berasa tidak sedap hati lalu dibukanya pintu bilik itu dengan kasar.
"Ya Allah,Dyna !!"Terkejut Tengku Daniel melihat aku terlantar di karpet dengan muka pucat lesi bersama airmataku yang masih belum kering di pipi.
"Kalau terjadi pape dekat sayang,abang takkan pernah maafkan diri abang."Kata Tengku Daniel ketika mengangkatku masuk ke dalam kereta menuju ke hospital bersama airmata penyesalannya.
*****************
"Doktor ! Macam mana dengan isteri saya ?!"Terus soalan itu diajukan kepada doktor yang baru saja keluar dari bilik dimana isterinya diperiksa.
"Puan Dyna tiada apa apa masalah cuma badannya yang agak lemah."Maklum Dr.Aisyah itu.
"Alhamdulillah"
"Tetapi kandungannya terlalu lemah dan mudah tergugur jika puan Dyna membuat kerja berat atau aktiviti lasak selepas ini."Kata Dr.Aisyah.
"Baiklah doc,saya akan pastikan yang isteri saya takkan buat kerja berat atau aktiviti lasak sekali pun."
"Baiklah,kalau takde pape saya pergi dulu"
Tengku Daniel hanya menganggukkan kepala dan memberikan senyuman kecil kepada doktor itu.
"Ya Allah,aku lalai dengan tanggungjawabku.Kau ampunilah dosa dosaku Ya Allah."Doa Tengku Daniel di dalam hati.
Pintu bilik vip dibuka perlahan lahan dan terlihat isteri yang sangat dirinduinya terlantar lesu dikatil itu.
Kerusi ditepi katil di dudukinya.Tanganku diambil dan diciumnya sangat lama.
"Sayang,abang nak minta maaf dengan apa yang abang dah buat.Abang lalai dengan tanggungjawab abang.Abang mungkir janji dengan sayang.Abang tuduh sayang yang bukan bukan.Abang minta maaf sayang"Penuh keikhlasan kata kata yang keluar dari mulut Tengku Daniel.
Sungguh,dia sangat menyesal dengan apa yang dia dah buat.Airmata masih lagi mencurah curah tiada tanda untuk berhenti.
******************
Sejak balik dari hospital,aku bagaikan patung bernyawa didalam rumah.Apabila ditanya,aku hanya menggeleng atau mengangguk saja.Tiada senyuman yang terlakar dibibir.Segala kerja rumah dibuat oleh Tengku Daniel.Saja ingin menderanya.
"Sayang,makan sikit ye.Dari pagi lagi sayang tak makan,kesian kat anak kita"Rayu Tengku Daniel bersungguh sungguh.
Aku hanya menggeleng.
"Sikitt je ye ?"rayunya lagi.
Geleng
"Pleassee"
Geleng seterusnya kakiku melangkah menuju ke tangga memasuki bilik tido.Bukan nak tido pun cuma nak ambil angin dekat balkoni.
Frust dengan Tengku Daniel masih lagi terasa.
Angin malam mula menerpa ke mukaku.Sangat sejuk pada waktu ini dan amat mendamaikan."Sayang,masuk jom ? Sejuk kat luar ni nanti sayang sakit,abang pula yang susah hati."Ajaknya bersama lengan sasanya memeluk pinggangku bersama gosokkan diperutku.
Geleng
Tengku Daniel hanya dapat mengeluh dengan perangaiku.
YOU ARE READING
Aku Dengan Kau ✔
Romantik[COMPLETED] Asal jumpa je gaduh dan asal gaduh je jumpa.Inilah kisah antara Nur Dyna Amal dan Tengku Daniel Amsyar.Dyna ialah seorang yang kasar,cantik,kaya,baik hati tapi yang sedihnya dia sebatang kara hidup di dunia ini sejak dia berumur 19 tahun...