1

4.3K 116 3
                                    


"Aku takde nanti, kau kena kuat. Macam mana pun, kau tak boleh mengalah. Kalau kau mengalah, kau bukan adik aku." Pesan Ashraf.

Nunu peluk tubuh sambil bersandar di kerusi. Matanya menjeling dan memandang tempat lain. Matanya sudah merah.

"Kau dengar tak?" kerut dahi Ashraf.

"Adik tak mengalah kalau abang pun tak mengalah." Mata mereka berpandangan antara satu sama lain. Ashraf sengih dengan bibir pucat dia.

"Kau pernah tengok aku mengalah ke? Sampai hari ni aku hidup lagi tau." Ketawanya lemah. 'Bad joke.' Rengus Nunu.

"C'mon. Muka macam cekodok basi kenapa? Aku ada lagi 7 bulan lah. Mana nak tahu berkat doa kau, 7 bulan boleh jadi 7 dekad." Gurau Ashraf.

"You're bad at joke. Tak kelakar langsung." Marah Nunu. Ashraf sambung ketawa.

"Dik, aku hensem tak?" tanya Ashraf.

"Boleh la. Kalau abang ada rambut lagi hensem. Sekarang dah botak, macam alien." Mata Nunu masih merah tapi dia cuba berfikiran positif.

"Kimo ni la buat aku botak. Bilik sebelah ada budak perempuan tu lawa gila dik! Aku rasa kita orang boleh jadi kawan baik sebab kita orang ada matching head. Dia pun botak juga." Ketawa Ashraf.

"Ei tak baik tau abang ni." Nunu tumbuk lemah lengan abangnya.

"Happy la sikit." Ashraf sedar wajah Nunu terlalu muram hari ini.

Tak dapat dibendung, akhirnya Nunu mengalirkan air mata. Adik mana yang tak sedih melihat abang terbaring di katil hospital dengan tiub di tangan, muka pucat, kepala tidak berambut, selalu sibuk dengan kimoterapi.

Lelaki ini yang dulunya berlari padang empat pusingan siap gelak-gelak lagi. Dialah yang sentiasa ada bila ayah bertempik dek masalah yang timbulkan. Umpama pari-pari yang sentiasa melindungi. Tapi kini..

"Hey." Ashraf hulur tangan minta disambut. Nunu kesat air mata yang sudah jatuh sampai ke dagu dengan belakang tangan. Tangan mereka bertaut.

"You'll be fine. After all, kau kan troublemaker dalam family kita. Kau kuat. Aku tahu tu." Senyum Ashraf.

Air mata Nunu jatuh lagi. "Siapa nak tolong adik kalau ayah marah lagi?"

"Nanti kalau aku takde, aku duduk kat bahu ayah macam hantu raya. Bisik kat ayah kasi lepaskan kau. Okay?" gurau Ashraf lagi. Tapi gurauan itu menambah duka Nunu.

"Okay, okay. Sorry. Janganlah menangis. Kau ni menangis macam esok aku nak mati aje." Ashraf mengelus lembut jemari Nunu.

"Abang boleh tak stop cakap pasal mati?" terus Nunu menangis teresak-esak.

Ashraf diam. Dia biarkan adiknya itu menangis semahunya sebelum gadis itu kembali tenang selepas 2 minit.

"Kalau kau percaya aku sentiasa ada dengan kau, then aku memang akan sentiasa ada. Jangan pernah lupa aku sebab kalau kau lupa, aku takkan ada untuk kau." kepala Nunu diusap lembut.

"Kenapa abang tak bagi tahu awal-awal? Kalau abang bagi tahu awal, kita orang boleh tolong abang."

"At first, aku tengok mama lebihkan Afgan, aku rasa marah. Jealous. Yelah sebab dia sakit, mama sentiasa kasi perhatian kat dia. Mama tak pernah dengar apa aku nak cakap. Pada dia, aku ni suka buat masalah, macam kau lah. Apa pun yang keluar dari mulut aku, semua masalah pada dia. Aku sayang Afgan. Sebab tu aku tak cakap apa-apa. Aku rasa aku lagi kuat dari dia. So dia memang layak dapat perhatian lebih dari mama.

Dia TroublemakerWhere stories live. Discover now