22

1.2K 68 3
                                    

"Nah!" satu kotak A4 diletak ke atas meja Nunu. Puan Rozita tiada minggu ini kerana sibuk dengan kursus di Penang.

"Ni untuk apa?" tanya Nunu pelik.

"Hantar semua dokumen ni kat finance." Arah Alin.

"Kenapa saya yang kena buat?" Nunu pandang Alin yang sudah bertudung. Rambut masih belum elok kot. Hik!

"Buat ajelah. Banyak bunyi pula! And, Encik Zubir suruh kau buat surat 3 pages kenapa kau balik awal waktu team building hari tu. Hantar hari ni." Alin terus keluar dari bilik itu dan duduk di tempatnya.

'Hari tu kata okay. Ni tiba-tiba nak kena buat surat. 3 pages pula tu!'

Nunu merengus berat. Matanya sempat menjeling-jeling ke luar. Alin terus duduk di kerusinya dan silang kaki. Wanita itu tenung komputer tanpa tangan di papan kekunci.

Sah! Tengok drama.

Nunu belek dokumen di dalam kotak A4 itu. Tak mahu buat silap kedua yang hanya akan menyusahkan dirinya sendiri.

Sedang dokumen dibelek, kepalanya teringatkan Alan.

'I like you.'

Suara itu berdengung di dalam kepala Nunu. Cepat-cepat dia menggeleng dan kembali fokus dengan kerjanya. Tapi hanya untuk sementara, wajah lelaki itu pula yang dia nampak atas kertas putih bertulis penuh.

"The heck." Nunu campak kertas itu hingga berterabur di lantai.

'Nunu! Apa ni?!' Nunu genggam penumbuk. Nunu takde sekelumit rasa pun pada lelaki itu sebelum ini. Dia hanya anggap lelaki itu seseorang yang dia kenal, tak lebih dari itu. Nak masuk ke level kawan pun jauh sama sekali. Tambahan dengan kebenciannya pada keluarga Alan.

'Dia cuba nak racun kepala aku ke apa? Supaya aku suka kat dia.. so nanti aku tak balas dendam?' Nunu termenung di kerusi berodanya. Muncungnya sekejap ke kiri sekejap ke kanan memikirkan segala kemungkinan.

"Aina." Sergahan Kamal membuatkan Nunu tersentak. Cepat-cepat dia kutip semula kertas yang dia taburkan sebentar tadi.

"Kenapa?" tanya Nunu.

"Kau okay ke?"

"Okay. I'm okay." Nunu susun semula kepingan kertas itu.

"Dah lunch. Jomlah makan dengan kita orang." Ajak Kamal.

Nunu berfikir sejenak.

"Takpelah. Pergilah makan." Senyum Nunu nipis. Kamal mengangguk dan terus melangkah keluar dari pejabat dengan beberapa orang teman sepejabat lagi.

Perut Nunu berkeroncong. Dia usap perut yang sudah bergendang rock kapak. Dia perlu siapkan surat pula.

Nunu terus simpan segala dokumen di dalam kotak A4 semula dan pantas mengangkatnya ke pejabat kewangan. Dia perlu pantas bekerja.

Kosong. Pejabat itu kosong pada jam 12.30 tengah hari. Nunu letak kotak di kaunter dan sempat meninggalkan notis. Laju betul orang kalau nak pergi rehat.

Dia kembali ke biliknya dan bersiap sedia jemarinya untuk menari di atas papan kekunci. Tiga keping? Halwa telinga ni macam dengar-dengar lagu Menanti di Barzakh aje. Matilanak nak siapkan 3 muka surat.

Tanpa makan tengah hari, Nunu beri tumpuan penuh pada skrin komputer. Jarum jam sudah menunjukkan pukul empat petang. Nunu yang baru tersedar waktu Zohor hampir tamat, terus berlari ke surau untuk solat.

Dia TroublemakerWhere stories live. Discover now