24

1.2K 66 1
                                    

"Akak!" Nunu cepat-cepat mendekati Balqis yang baru sampai ke rumah. Beg galas wanita itu diletak ke atas sofa sebelum punggung turut dilabuhkan ke situ.

"Kenapa ni dengan muka berkerut-kerut?" Botol mineral dari sisi beg dikeluarkan.

"Nunu nak tanya ni. Rumah ni Kak Bal sewa, kan?"

Balqis mengangguk. Air masih berkumpul di dalam mulut.

"Siapa owner rumah?"

"Nunu tak tahu ke? El tak bagi tahu?" Balqis pelik. Takkan Alan tak bagi tahu.

Nunu menggeleng.

"Rumah El la. Sebelum ni, dia memang duduk sini waktu mula-mula dapat kerja kat hospital tu. Ayah dia provide rumah ni sebab dekat dengan tempat kerja dia. Lepas tu, dia beli sendiri rumah and pindah ke sana. Dia kasi akak menyewa kat sini."

Nunu rasa macam nak pitam. Kaki terasa lembik semacam.

"So dia ada kunci rumah ni la?"

"Mestilah. Rumah dia. Tapi dia tu takdelah macam orang lain yang nak ambil kesempatan. So far akak duduk sini, tak pernah lagilah dia tiba-tiba masuk rumah ni sesuka hati walaupun dia ada kunci."

Nunu telan air liur. "Takpelah. Nunu pening kepala pula. Nak masuk tidur." Nunu terus masuk ke dalam bilik.

Whatsapp dari Dalila dan Ajda dipandang sepi. Dia baring memandang syiling bilik. Dia rasa seakan kini berada di bawah jari Alan. Kerja, tempat tinggal.. semuanya di bawah kawalan Alan. Macam boneka yang tergantung di tali.

Nunu capai bantal dan menekap wajahnya. Nak menjerit, tapi karang apa pula cakap Kak Bal.

Whatsapp dari Elora yang tiba-tiba buatkan bibirnya tersenyum.

"KAU dengan Doktor El macam mana?" soala Ajda membuatkan Nunu hampir tersedak air yang baru nak diteguknya.

"Kau datang teman aku lunch ni semata nak tanya pasal tu ke?" Nunu menjeling.

"Kita orang rindu kau. Kau ni, cubalah bersangka baik sikit kat kita orang." Dalila back up Ajda.

"Kau ingat aku tak kenal muka-muka selebeh kau orang ni? Aku faham sangatlah kalau kau orang sengih macam siput busuk tu."

"Suka hati aje kau tuduh kita orang. Kita orang cuma caring dengan kau, sayangkan kau. So nak tahulah apa perkembangan kau." Cebik Ajda.

"Entah. Aku tak tahulah dengan dia tu. Aku marah dengan bapa dia. Aku benci tahu tak. Tapi.." Nunu merengus.

"Tapi?" mata Dalila dan Ajda jelas tak sabar nak dengar kata-kata keramat dari mulut Nunu.

Nunu memandang dua sahabat di hadapannya silih berganti. "Aku rasa tak adil buat dia macam tu. Sebab yang salahnya bapa dia. Aku pun marah kalau orang lepas geram kat aku even bapa aku yang puncanya."

"Oh.." Dalila dan Ajda berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman lebar.

"Kau orang ni dah kenapa?" Nunu kerut dahi.

"So kau nak buat apa?" -Ajda.

"Aku tak tahu. Aku tak la pandai mana kalau kau nak suruh aku rampas balik harta bapa aku. Aku baru 21, kau rasa apa yang aku boleh buat? Setakat pergi kerja kena maki, kena buli bolehlah."

Dia TroublemakerWhere stories live. Discover now